...petikan dari buku 'PANDUAN UNTUK MURABBI' oleh Ustaz Abdul Halim Abbas.
Setiap
orang ada kesukaannya. Ada sesetengah orang kesukaan atau hobinya
banyak. Orang lain kesukaannya sedikit. Manusia suka berkhidmat kepada
apa yang disukainya. Dengan perkataan lain memperhambakan diri kepada
apa yang disukainya.
Kesukaan atau hobi itu datangnya
daripada pengaruh sekeliling. Punca tumbuhnya kesukaan itu adalah datang
daripada dipengaruhi atau terpengaruh tanpa paksa. Misalnya orang yang
suka memikat burung, ia suka kerana pada mulanya melihat orang lain
memikat burung. Dan dia tidak dipaksa oleh sesiapa pun untuk memikat
burung. Tetapi dia ikut memikat burung dengan kerelaan hatinya.
Ada
setengah orang menyukai sesuatu kerana dipengaruhi. Pada zaman moden
ini orang dipengaruhi iklan. Contohnya orang suka menonton filem kerana
ia terpengaruh dengan iklan yang mempromosi filem itu. Oleh itu kita
hendaklah faham bahawa terdapat dua cara sekiranya kita mahu membawa
orang ramai menyayangi agama. Pertama, biar mereka terpengaruh secara
sukarela tanpa paksa akan suasana keagamaan yang ada di sekeliling
mereka. kedua, kita mempengaruhi mereka dengan mengiklankan agama.
Maksudnya berdakwah dan menghidupkan syiar yang bertujuan mempengaruhi
masyarakat supaya mahu menyembah Allah.
Setelah itu kita
programkan mereka untuk jadi mujahid, alim ulama, tajir, abid an
lain-lain lagi dengan cara memberi kepada mereka maklumat dan latihan
mengenai jihad, keutamaan ilmu dan kelebihan mengajar. Keutamaan
perniagaan dan kelebihan peniaga yang jujur. Keutamaan ibadah dan
kelebihan abid. Semua maklumat dimasukkan ke dalam fikiran mereka.
Demikianlah
yang dilakukan oleh Rasul terhadap sahabat-sahabat sehingga jelas kita
lihat dengan mata hati, seorang bertanya sesuatu kepad Rasul berbeza
jawapan Rasul dengan seorang yang lain, walaupun soalannya sama. Kenapa
terjadi begitu? Menurut hemah saya kerana Rasul programkan dia untuk
jadi watak-watak tertentu samada abid, mujahid atau ulama.
Sekarang
telah diberi satu ilmu kepada murabbi bagaimana hendak mencetak
manusia. Kita mahu jadikan siapa mereka? Mahu jadikan mereka abid, maka
cetak dengan maklumat-maklumat mengenai ibadah. Kalau mahu jadikan
mereka mujahid, maka cetak mereka dengan maklumat mengenai jihad. Kalau
mahu jadikan mereka hafiz, cetak mereka dengan kelebihan membaca dan
menghafaz Al Quran. Begitu juga sekiranya mahu menyekat mereka daripada
melakukan maksiat, maka sampaikanlah ancaman seksa dan azab neraka buat
pendukung maksiat. Demikianlah seterusnya.
Kenapa sering
terjadi apa yang kita mahu tidak dapat atau tidak berhasil? Kenapa lahir
dari didikan kita manusia-manusia yang jumud? Jawapannya kerana salah
beri maklumat. Mereka hanya dapat maklumat mengenai alamat kiamat
sehingga takut dan ketakutan sahaja yang mempengaruhi diri mereka.
mereka tidak dapat maklumat mengenai perniagaan, bina semangat,
penguasaan ilmu, siasah dan pengetahuan am. Maka tidak hairanlah minda
mereka beku.
Jangan hanya anak didik yang dipersalahkan.
Para murabbi juga selalu buat salah atau salah tanggapan yang
menyebabkan hasil dari didikan juga salah. Oleh itu kita hendaklah
membetulkan jalan didikan kita.
0 comments:
Post a Comment