Cinta dunia & takut mati
Sabda Rasulullah SAW, "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakahdari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah SWT akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu,dan Allah SWT akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'WAHAN'“. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu ya Rasulullah?" Nabi Muhammad SAW menjawab, "CINTA PADA DUNIA DAN TAKUT PADA MATI".
H.R. Abu Daud
Apakah manusia itu menyangka bahawa tidak akan ada seorang pun berkuasa ke atasnya? Dia mengatakan, “Aku telah membelanjakan harta yang banyak.” Adakah dia menyangka bahawa tiada seorang pun yang melihatnya? Tidakkah Kami adakan untuknya dua biji mata? Dan sepotong lidah dan dua ulas bibir? Dan Kami telah tunjuk kepadanya dua jalan. Tetapi dia tidak menempuh jalan mendaki yang sukar.
(AlBalad: 6-11)
Itulah zaman di mana manusia gila MEMBURU DUNIA, sangat sedikit yang membawa TUHAN dalam hidup. Apabila manusia sudah melampaui batas dan menyisih TUHAN, fungsi kehidupan mereka sudah hilang, terumbang-ambing tanpa hala tuju yang tepat dan jelas. Hidup mereka akan dilanda krisis, porak-peranda, hilang kasih sayang dan menuju kehancuran.Pelbagai idea dilontarkan, pelbagai program dilaksanakan dengan harapan akan mengubah situasi kehidupan mereka namun semuanya sia-sia belaka. Diwujudkan segala jenis undang-undang serta penguatkuasaan untuk mengatasi masalah yang timbul namun masih belum dapat meredakan keresahan manusia.
TANYA DIRI ANDA, MENGAPA?
Suasana yang melanda kehidupan manusia ini adalah kerana manusia sudah TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH dan tidak malu kehilangan rasa kehambaan kepada Allah SWT.Mereka hidup bergelumang maksiat dan mencampur-adukkan urusan halal danharam. Mereka tidak lagi mahu mencintai ALLAH, tidak lagi mahu membawa peraturanNya dan hukumNya dalam hidup.
Akhirnya suburlah sifat MAZMUMAH yang sedikit demi sedikit meracun dan merosakkan manusia, termasuklah umat Islam yang sepatutnya sudah mendapat panduan terbaik untuk melayari kehidupan dengan baik dan sempurna namun oleh kerana ditimpa penyakit CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI mereka terjerumus ke dalam lembah yang hina.
Di sinilah pentingnya peranan sekeping hati kalau disuburkan dengan MAHMUDAH atau sifat-sifat baik, kehidupan manusia nescaya aman damai, harmoni, berkasih-sayang dan inilah penentu di Akhirat sama ada ke Syurga atau sebaliknya.
Marilah kita kembali kepada asas (BACK TO BASIC) iaitu kepada ajaran Al Quran (ISLAM) yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT.
Firman Allah, ‘Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada di dalam diri mereka.’
(AlRa’d: 11)
Allah memberi peringatan, ‘Hari Akhirat yang tidak bermanfaat harta dan anak-anak kecuali kembali dengan hati yang sejahtera.’
(AsSyuara’: 88-89)
0 comments:
Post a Comment