"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Monday, January 21, 2013

Bab 2: Menjadi Terkenal (bah.2)

SAID YANG TERKENAL


Tidak lama kemudian tersebarlah satu berita pemuda yang luar biasa ini sehingga para ulama’ menemuinya untuk berdebat dengannya dan bersoal jawab dengan pertanyaan-pertanyaan mereka. Akan tetapi Said dapat menjawab semua itusehingga mereka memberi gelaran “Saidi mahsyur” bermaksud Said yang terkenal.

Kemudian beliau menuju ke Bitlis lalu ke kota Tillo. Di sana beliau beriktikaf di salah satu tempat ibadah dan menghafal kamus “al-Muhith” karangan Fairuz Abadi sehingga satu siin.[1]

Pada tahun 1892M Said pergi ke Mardin. Di sana beliau mulai memberikan pelajaran dan menjawab pertanyaan orang-orang yang datang kepadanya di dalam masjid kota. Kerana fitnah orang, datok bandar, Nadir Bik merasakan bahawa orang ini merbahaya dan membawa keresahan di dalam kota. Maka dia memutuskan untuk mengusirnya dari kota. Said lalu diiring oleh para tentera dengan tangan digari menuju ke kota Bitlis.

Setelah kedatangan Said, Umar Basha, datok bandar Bitlis pada masa itu mengetahui kelebihan dan kedudukan pemuda alim ini. Dia segera mengasihaninya dan dia mendesak Said agar tinggal bersamanya di rumahnya. Pada mulanya Said menolak akan tetapi datok bandar tersebut mendesaknya berulang kali sehingga Said menerima dan beliau diberi sebuah bilik di dalam rumah datok bandar tersebut.

Di sana Said mempunyai banyak kesempatan menelaah buku ilmiah dan menghafal banyak kitab. Beliau menelaah buku-buku dalam bidang ilmu kalam, logika, nahwu, tafsir, hadith, fiqih dan menghafal lebih dari lapan puluh kitab ilmu-ilmu Islam.

Setiap hari beliau mengulangi bacaannya terhadap kitab-kitab tersebut secara hafalan dan menghabiskannya dalam tiga bulan.[2] Dan di kota ini juga beliau mengambil pelajaran agamanya yang terakhir dari seorang alim lagi mulia, Sheikh Muhammad Kafrawi.[3]

--------------------------------------------

[1] Iaitu menghafal lebih kurang 1155 mukasurat dengan ukuran 23* 34cm dan setiap mukasurat mengandungi 41 baris. 

[2] Salah seorang murid lamanya meriwayatkan iaitu Mustafa Songghor mengenai Sheikh Said Nursi, sekitar hal ini sebagai berikut: “Di Wan saya mengulung-gulung hafalan 80-90 kitab yang pernah ku hafal dahulu. Buku-buku tersebut adalah jalan utnuk sampai kepada hakikat-hakikat Al-Qur’an.” (Dari buku Bilinmeyem Taraflariyle Bediuzzaman Said Nursi, ms. 57. 

[3] Beliau dinisbahkan kepada desa Kafrah di wilayah Si’irid. 

SAID DI KOTA WAN

Pada tahun 1849M Said pergi ke kota Wan atas undangan datok bandarnya Hasan Basha. Beliau menginap di rumah datok bandar kemudian di rumah Tahir Basha. Pada waktu itu Allah Ta’ala mentakdirkan Said bertemu dengan beberapa ilmuan moden (dalam bidang geografi, kimia dan sebagainya). Ketika beliau berdiskusi dengan mereka, beliau merasa kerdil dalam ilmu-ilmu ini. Hal ini membuatkan beliau mempelajarinya dengan penuh minat sehingga beliau menguasainya dan mampu untuk mengarang serta berdiskusi dengan orang-orang yang pakar.

Dalam waktu yang singkat beliau mampu mengusai matematik, falak, kimia, fizik, geologi, falsafah, sejarah dan sebagainya. Dan kerana kemampuan dan kecerdasannya yang luar biasa, beliau semakin terkenal dan digelar “Badiuzzaman”. (3) 

BERITA YANG MENGEJUTKAN

Pada waktu itu ketika beliau berada di kota Wan, beliau membaca di dalam suarat khabar tempatan sebuah berita yang sangat mengejutkan yang menggoncang seluruh tubuhnya. Berita itu memuatkan kata-kata menteri penjajahan Inggeris, Gold Stone di Dewan Rakyat Inggeris. Dia mengatakan kepada para hadirin sambil tangannya memegang Al-Qur’an, “Selagi Al-Qur’an ini di tangan kaum Muslimin, kita tidak boleh memerintah mereka. Maka tidak ada jalan lain bagi kita kecuali melenyapkan atau memutuskan hubungankaum Muslimin dengannya.”

Berita ini sangat menyentap Said sehingga beliau berjanji kepada dirinya sendiri untuk mengerahkan seluruh kehidupannya untuk menampakkan mukjizat Al-Qur’an dan mempereratkan hubungan kaum Muslimin dengan kitab Allah. Beliau berkata, “Akan saya buktikan kepada dunia bahawa Al-Qur’an adalah matahari maknawi. Sinarnya tidak redup dan cahayanya tidak boleh dipadamkan.” (4)

Beliau lalu memutuskan untuk mendirikan universiti Islam di utara Anatolia dengan nama “Madrasah az-Zahrak” untuk berkhidmat kepada Al-Qur’an. Untuk merealisasikan ideanya ini, beliau pergi ke Istanbul dan tinggal di sana di rumah salah seorang kawannya selama satu setengah tahun untuk memahamkan para penguasa tentang ideanya itu. Akan tetapi nampaknya beliau tidak berhasil sehingga beliau kemudian pulang ke Wan. 

KE ISTANBUL SEKALI LAGI 

Pada tahun 1907M beliau kembali lagi ke Istanbul. Beliau tinggal di Khan Shajarki[1] di daerah Fatih.[2] Kahn Shajarki adalah tempat tinggal bagi ramai pemikir dan sasterawan seperti penyair terkenal Muhammad Akif,[3] pengarah penyelidikan Sheikh Fatih, pengajar bahasa yang mahsyur Sheikh Jalal dan lainnya.

Dan ketika tinggal di Istanbul, Said menggantungkan tulisan di pintu kamarnya berbunyi, “Di sini semua pertanyaan akan dijawab, semua permasalahan rumit akandiselesaikan tanpa bertanya kepada seorang manusia pun.”[4]

Ini adalah propaganda aneh dan pengakuan yang menghairankan yang menambah popularitinya dan membuatkan ramai orang ingin berjumpa dengannya. Mengingatkan kembali kenangan mengenai hal ini, saudara Hasan Fahmi Basha Oghlu[5] menulis(5), “Ketika seorang pemuda yang digelar “Badiuzzaman” datang ke Istanbul, saya masih belajar di madrasah Fatih. Saya mendengar bahawa dia menggantungkan tulisan di pintu biliknya yang berbunyi, “Di sini setiap permasalahan yang rumit akan diselesaikan, setiap pertanyaan akan dijawab”, akan tetapi dia tidak bertanya kepada sesiapapun.” Terfikir olehku bahawa orang yang mengaku sedemikian adalah orang gila. Akan tetapi para pelajar dan ulama’ yang datang mengunjunginya selalu memujinya sehingga membuatkan aku juga ingin mengunjunginya. Saya lalu memilih permasalahan yang paling rumit dan paling sukar untuk diajukan kepadanya. Saya waktu itu termasuk pelajar yang paling cemerlang di sekolah.

Akhirnya, pada satu malam saya membuka salah satu buku tentang ketuhanan dan memilih beberapa tajuk rumit yang tidak mungkin dijawab kecuali dengan beberapajilid buku.

Keesokan harinya, saya pergi mengunjunginya dan mengajukan pertanyaan-pertanyaan saya kepadanya. Jawapannya sungguh mengkagumkan dan luar biasa. Dia menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut seolah-olah bersama saya kelmarin melihat buku tersebut. Saya jadi yakin dan pasti bahawa ilmunya bukan kasbi (diperoleh dengan usaha) seperti ilmu kita, akan tetapi ilmunya adalah ilmu laduni (anugerah Allah).”

Said juga dikunjungi oleh seorang ulama’ yang bernama Hasan Affandi yang menghabiskan umurnya untuk mengajar dan tidak pernah ponteng mengajar kecuali sehari sahaja iaitu pada hari dia mengunjungi Badiuzzaman Said nursi. Keesokan harinya setelah mengunjungi Said dia berkata kepada murid-muridnya, “Saya tidak pernah menyaksikan orang seumpamanya (Said). Dia adalah seorang yang luar biasa. Tidak akan ada lagi orang sepertinya.” (6)

-----------------------------------------------------------------------------

[1] Khan adalah hotel yang dahulu ada di kota-kota atau di pertengahan jalan antara kota-kota. 

[2] Dihubungkan kepada masjid jamek terkenal yang dibangunkan oleh seorang pemimpin Muslim iaitu Muhammad al-Fatih, pembuka Constantinople (Istanbul).

[3] Penyair Islam yang paling fasih di Turki (1873 – 1936M). Beliau menjadi anggota di Dar al-Hikmah al-Islamiyyah. Beberapa lembar puisinya terkenal dan beliau mencipta nasyid kemerdekaan.

[4] Tidak pernah dilihat beliau menanyakan sesuatu kepada orang lain sepanjang hayatnya kerana beliau pernah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w. pada waktu kanak-kanak. (Dari Bilinmeyen Taraflariyle Bediuzzaman Said Nursi, ms. 52) 

[5] Kemudiannya beliau menjadi anggota dalam majlis permesyuaratan urusan agama seperti kementerian wakaf di negara-negara Arab. Di Istanbul, Said Nursi mengajukan permohonan kepada Sultan Abdul Hamid untuk membuka sekolah-sekolah yang mengajarkan ilmu-ilmu matematik, fizik, kimia dan sebagainya, di samping sekolah-sekolah agama di utara Anatolia yang penduduknya masih ramai yang bodoh dan miskin.

-----------------------------------------------------------------------------

Said menghadap Sultan. Ketika pertemuannya dengan Sultan, beliau mengkritik kediktatoran, sistem keamanan dan polis istana Yeldezr,[1] sehingga hal ini membuatkan para pengiring Sultan marah yang sebenarnya tidak menggambarkan kebijaksanaan Sultan sendiri. Mereka lalu mengajukannya ke mahkamah tentera.[2]

Di dalam mahkamah tersebut, Said berkata dengan berani dan lantang sehingga ketua mahkamah menyuruh untuk membawanya kepada doktor jiwa. Para doktor yang terdiri dari doktor Turki, Armenia, Rumawi dan dua doktor Yahudi memutuskan untuk mengurungnya di rumah sakit jiwa Tub Tash. 

TUDUHAN PERTAMA DI DALAM MAHKAMAH AGONG 

Ketika salah seorang doktor datang untuk memeriksa akalnya, Said Nursi berkata kepadanya dengan kata-kata yang membuat hati doktor itu teras sehingga dalam laporannya dia menulis, “Jika ada sebiji zarah kegilaan pada diri Badiuzzaman, maka ertinya di atas muka bumi ini tidak ada seorang pun yang berakal.”

Laporan tersebut dikirimkan Badiuzzaman ke jabatan dalam negeri. Maka menteri dalam negeri menemuinya dan terjadilah dialog seperti berikut:

Menteri: “Sultan kirim salam untukmu dan akan memberimu gaji 1000 Kurush. Dan apabila kamu kembali ke desamu, beliau akan memberimu gaji 3000 lira. Beliau juga mengirim 8000 lira sebagai hadiah untukmu.”

Badiuzzaman: “Saya tidak pernah mengemis upah. Saya sekali-kali tidak akan menerimanya walaupun sebanyak 1000 lira kerana saya datang bukan kerana kepentingan peribadi akan tetapi untuk kepentingan negara. Apa yang engkau tawarkan adalah wang sogokan untuk menutup mulut.”

Menteri: “Jika begitu kamu telah menolak kehendak Sultan padahal kehendaknya tidak boleh ditolak.”

Badiuzzaman: “Saya tetap menolaknya supaya Sultan tidak berkenan kepada saya dan mengundang saya mengadapnya. Dan ketika itulah saya akan mengatakan yang hak.”

Menteri: “Akibatnya pasti tidak akan menguntungkan.”

Badiuzzaman: “Sebab untuk mati ada begitu banyak, tapi mati itu sendiri hanya sekali. Jika saya dihukum mati pasti saya akan bersemayam di hati umat. Mereka akan tahu bahawa saya pergi ke Istanbul dengan menggadaikan nyawa saya di dalam genggaman. Berbuatlah sesuka hati kalian kerana sesungguhnya saya menyedari apa yang saya katakan. Saya ingin membangunkan anak-anak bangsa dan saya tidak melakukannya melainkan kerana saya adalah salah seorang anggotanya, dan bukan kerana menginginkan gaji. Pengabdian orang seperti saya kepada negara hanyalah berupa nasihat. Dan hal ini tidak akan sempurna kecuali dengan kesan yang baik, dan kesan yang baik tidak akan sempurna kecuali dengan meninggalkan kepentingan peribadi. Jadi dengan demikian saya ada alasan untuk tidak menerima gaji tersebut.”

Menteri: “Niat kamu menyebarkan ilmu pengetahuan di desamu sekarang sedang diteliti oleh kabinet.”

Badiuzzaman: “Jadi mengapa penyebaran ilmu pengetahuan diperlambatkan dan gaji pula dipercepatkan? Mengapa kalian lebih mengutamakan kepentingan peribadiku dari masalah umat?” (7)

---------------------------------------------------------------------------------------------- 

[1] Yeldezr adalah istana yang didiami Sultan Abdul hamid ath-Thani. Di sana baginda mengatur urusan negara.

[2] Said Nursi menyebut Sultan Abdul Hamid sebagai “Sultan yang teraniaya” dan beliau menyifatkan dirinya sebagai wali Allah dan khalifah kaum muslimin. (Lihat Son Sahitler, ms. 219 

Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...