"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Monday, January 21, 2013

HATI RAJA DALAM DIRI 2


Bagaimana Mengesan Penyakit Hati? Mujahadah Yang Sangat Pahit? Bila Perlu Menjadi Ahli Taubat?

Menurut Rasulullah SAW, ANTARA SIFAT HATI ITU IALAH IA BERBOLAK-BALIK. Ia bagaikan kuah yang sedang mendidih, sentiasa bersimpang-siur, turun dan naik dengan keadaaan yang cukup unik. Waktu dia sihat, keadaannya bagaikan seperti fitrah asalnya. Namun apabila sakit, ia akan bertukar menjadi kusam, hitam dan bergejolak seperti dirasuk syaitan yang menggila.

Kita sememangnya dapat mengesan sama ada hati kita itu dalam keadaan sihat atau sebaliknya. Syeikh A’toillah pernah memberi panduan mengesan penyakit hati. Antaranya, seseorang itu mempunyai hati yang tidak sihat apabila dia berasa tidak sedih atau rugi andainya tertinggal dari melakukan suatu amalan yang baik dan tidak berasa bersalah sekiranya berbuat dosa.

Sabda Rasulullah SAW,
“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebajikannya dan merasa sedih atas perbuatan dosanya, maka orang itu adalah mukmin (beriman)”.

DariAbu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Ditutupilahneraka dengan berbagai kesyahwatan dan ditutupilah syurga itu dengan berbagaihal yang tidak disenangi”.


Kalau kita umpamakan apabilabadan terasa sakit, selera makan sudah hilang dan lidah pun mulalah terasa pahit. Pendek kata, diri kita rasa serba tak kena. Begitulah juga dengan hatiyang sakit, ia akan menolak segala ‘makanan’ dan ‘ubat ROHANI’ yang enak dan lazat seperti solat, berzikir, membaca Al Quran, berdoa dan apa jua amalan-amalan hati yang mendekatkan diri kepada Allah.

Maka hati yang sakit itu ’WAJIB DIRAWAT’ dengan sebaiknya. Satu-satunya jalan untuk merawat hati yangsakit ialah dengan cara ‘BERMUJAHADAH’ iaitu bersungguh-sungguh menempuh jalan ketaatan. Jalan ketaatan inilah suatu perjalanan yang payah dan memenatkan. Ianya bagaikan ubat yang pahit untuk ditelan. Ianya memerlukan pengorbanan dan kekuatan semangat.

Itulah hukumnya, MUJAHADAH itu pahit kerana SYURGA ITU MANIS. Jadi sesungguhnya tiada jalan pintas untuk mengubati hati yang sakit melainkan BERMUJAHADAH dan barang siapa yang bersungguh malah beristiqamah, Insya Allah akan mendapat pimpinan Allah.

FirmanAllah dalam Surah Al Ankabut: 29
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan), dan sesungguhnya(pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”.

Demi untuk mendapatkan dorongan dan kekuatan dalam bermujahadah, renungilah panduan yang diberikan oleh Al Quran dan Sunnah. Ikutilah nasihat para ulama dan guru-guru mursyid yang merupakan ’DOKTOR ROHANI’ yang sangat arif tentang gerak dan penyakit hatiserta cara merawatnya. Imam Al Ghazali banyak memberi panduan tentang cara menyuluh dan merawat penyakit hati antaranya, katanya, “Carilah hatimu pada 3 tempat, carilah hatimu ketika membaca Al Quran. Jika tidak bertemu, carilah hatimu ketika Solat. Jika tidak ketemu, carilah hatimu ketika duduk bertafakur(mengenang Kebesaran Allah, memikirkan kematian, memikirkan kesilapan diri). Jika tidak ketemu juga, maka berdoalah kepada Allah pinta yang baru(bertaubatlah kepada Allah) kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati”.

Terdapat umat Islam yang sudah bulat kepercayaan dalam hatinya dengan Lailahaillallah tetapi tetap derhaka, berhasad dengki, tidak suka membantu orang, mementingkan diri sendiri, mengambil ringan soal Fardhu Ain apatah lagi Fardhu Kifayah. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui, maka didatangkanNya cara UNTUK KEMBALI DAN MEMBAIKI HATI yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan diikuti oleh seluruh para sahabat dan orang-orang soleh iaitu AMALAN BERTAUBAT. Menurut Rasulullah SAW, orang Islam yang banyak bertaubat kepada Allah tidak kira waktu makan, kerja, berehat, membeli-belah, bertani, berniaga, bermesyuarat dan sebagainya digolongkan oleh Allah sebagai ahli taubat. TAUBAT itu sebenarnya tidak kira waktu dan tempat. Manusia yang mengira bahawa bertaubat itu hanya dibuat selepas selesai solat, sebenarnya masih kurang faham kepada amalan yang mulia ini. BERTAUBAT yang dimaksudkan di sini ialah suatu MUJAHADAH, latihan kerohanian, usaha untuk mengubah dan membaiki diri melalui rawatan ’HATI’. Jadi lebih banyak kita bersosial, berurus niaga dan berjuang, lebih banyaklah TAUBAT kita kepada Allah kerana hal yang kecil mahu pun besar bakal dipertanggungjawabkan kepada kita di akhirat kelak. Maka, bertaubatlah setiap hari yang secara khususnya melalui Solat Sunat Taubat dan secara istiqamahnya sentiasa beristighfar tidak kira waktu dan tempat. Dari amalan bertaubat akan lahir rasa menyesal, semakin dekat kepada Allah dan lebih banyaklah kebaikan yang akan dibuat atas sebab wujudnya ’RASA-RASA’ yang enak dalam hati kita dan ‘DESAKAN’ untuk membuat sesuatu yang baik. Tanpa adanya ‘RASA’ dalam hati, perbuatan baik itu tidak lebih daripada perbuatan orang-orang kafir yang menolong orang kebuluran di negara-negara Afrika. Mereka hanya mengikut naluri kemanusiaan(rasa belas kasihan) yang wujud dalam diri mereka. Oleh itu dari manakah datangnya ‘RASA’ yang enak itu kalau bukan dari hati kita sendiri. ‘RASA’ enak yang dimaksudkan di sini ialah rasa ingin buat sesuatu kerana Allah semata-mata iaitu rasa IKHLAS YANG SEBENAR-BENARNYA.

Oleh itu BERTAUBAT itu sangat penting dalam kehidupan seorang muslim dan muslimat kerana tanpa meminta keampunan dan menyesali perbuatan dosa yang kita lakukan hanya akan menyebabkan kita tidak diPandang Tuhan. Perbuatan yang kita sangka dapat memberi pahala akhirnya memakan diri kita semula kerana tidak wujud rasa ‘BUAT KERANA ALLAH SEMATA-MATA’. Pahala untuk buat kebaikan memanglah dicatat namun untuk kita selamat di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat, pahala kebaikan sahaja tidak mungkin cukup untuk menyelamatkan diri kita.

 Sesungguhnya manusia yang mahu kembali kepada Allah sebenarnya sudah ada bibit-bibit KETAQWAAN dalam hati mereka. Mereka akan mula rasa perlunya membawa Tuhan dalam kehidupan, akan wujud rasa Allah itu Maha Melihat hati mereka dalam setiap perbuatan. Taubat ini berasal dari rasa bersalah kerana berbuat dosa. Kesedaran yang diri sudah terlanjur melanggar Hukum-Hakam Allah dan kesedaran bahawa diri sudah terlalu biadap dengan Tuhan.

Di sinilah sebenarnya HATI memainkan peranan yang cukup besar dalam membawa manusia itu dekat semula kepada Allah SWT.

“Bertaubatlah kamusekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung”.
SurahAn Nur: 31

“SesungguhnyaAllah menyukai orang-orang yang bertaubat”.
SurahAl Baqarah: 222

Sabda Nabi SAW yang bermaksud,
“Orang yang bertaubat itu adalah kekasih Allah. Dan orang yang bertaubat itu adalah seperti orang yang tidak berdosa”.

Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...