"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Monday, January 21, 2013

MEREKA YANG TIDAK REDHA DENGAN ISLAM SIRI 1 HINGGA 4


SIRI 2

BERJUANG DEMI SELAIN ALLAH

Perjuangan yang bertentangan dengan Islam sengaja dibuat agar manusia menolak Allah dari seluruh aspek kehidupan. Mereka jelas sekali ingin melawan Allah Yang Maha Perkasa serta mengajak manusia membenci tuhan. Ideologi sesat amat bertentangan dengan Islam ibarat warna putih dan hitam. Jika Islam cintakan keamanan dan keselamatan, mereka ini pula cintakan kehancuran. Jika Islam melarang riba’, mereka pula menganjurkan riba’. Islam menyuruh menyembah Allah, mereka yang zalim ini menafikan terus prinsip kewujudan tuhan. Pelopor kepada fahaman sesat lagi menyesatkan ini pula terdiri dari manusia-manusia bijak pandai yang jiwanya telah rosak dihasut Iblis dan hawa nafsu. 

Mereka ini benci kepada Allah walaupun kebanyakan mereka tahu Allah itulah Tuhan yang sepatutnya mereka sembah. Ideologi sesat ini tidak sahaja menyerang Islam, malah mereka juga menentang kemanusiaan secara habis-habisan. Mereka menjadikan manusia lain sebagai perkakas untuk berperang kerana mempertahankan ideologi bodoh mereka. Di sini harus kita ingat, peperangan mereka bukanlah untuk menegakkan kebenaran atau keadilan seperti yang selalu digembar-gemburkan namun mereka berperang atas dasar gila kuasa, kekayaan dan sifat benci. Sejak kemelesetan kuasa kerajaan Islam, manusia-manusia ini semakin bermaharajalela sehingga setiap negara di dunia tidak terlepas dari ancaman keruntuhan moral, peperangan, kebuluran, ketidak stabilan politik dan masalah ekonomi.

DAJJAL-DAJJAL KECIL

Manusia-manusia ini sebahagiannya ada yang kita sanjung akibat terpengaruh dengan propaganda media massa yang telah diatur untuk menguasai pemikiran kita sejak sekian lama. Perhatikan nama-nama seperti  Pope Urban II, Richard Lionheart, Edward Longshank, Oliver Cromwell, Isabella of Castile, Ferdinand of Aragorn, Catherine the White, Ivan the Terrible, Jean Jacques Rousseau, Maximilien Robespierre, Napoleon Bonarparte, Karl Heinrich Ulrichs, Aliester Crowley, Karl Marx, Friedrich Engels, Theodore Herzl, Friedrich Nietzsche, Charles Darwin, Otto Von Bismarck, Simon Bolivar, Vladimir Lenin, Leon Trotsky, Mustafa Kamal Attaturk, Woodraw Wilson, Franklin Roosevelt, Dwight D. Eisenhower, Winston Churchill, Fransisco Franco, Adolf Hitler, Bennito Mussolini, Rodolfo Graziani, Harry S. Truman, Joseph Stalin, Mao Tze Tong, Ho Chi Minh, David Ben Gurion, Menachem Begin, Moshe Dayan, Arial Sharon,  John F. Kennedy, Henry Kissinger, Robert McNamara, Jimmy Carter, Zbignew Brezinsky, Nikolay Caucescue, Idi Amin, Augusto Pinochet, Rafael Videla,  Pol Pot, Jose Napoleon Duarte, Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic, Milan Babic, Theoneste Bagosora, Paul Kagame, Felicien Kabuga, Bernard Munyagishari, George Bush Sr.& Jr., Donald Rumsfeld, Colin Powell, Condolezza Rice, Tony Blair, John Howard, Clinton suami isteri, Benjamin Netanyahu, Shimon Perez, Barack Obama dan seluruh sekutu-sekutu mereka. Pendek kata, pada golongan ini terdapat satu kekuatan luar biasa yang bersifat menghancurkan. Mereka lahir hasil cetakan para pejuang benci Tuhan. 

Mereka ini menggalakkan lahirnya tuhan-tuhan palsu, nabi-nabi palsu, ideologi palsu, idola-idola palsu,  perselisihan, bencana kemanusiaan, keruntuhan moral, penipuan, fitnah, penyelewengan, pembunuhan, kebuluran dan kekejaman yang luar biasa yang tidak boleh diterima akal. Setiap mereka memainkan peranan yang sesuai dengan kedudukan dan kepakaran masing-masing. Jelas sekali perbuatan khianat manusia ke atas Allah SWT bukanlah perkara yang terjadi tanpa diperjuangkan. Tiupan semangat anti tuhan dan benci Islam diserap ke dalam seluruh bidang kemanusiaan selama beratus-ratus tahun sehingga seluruh manusia tidak dapat membezakan yang mana hak dan yang mana batil.

Lihat saja pada para ilmuan dan saintis yang dihasut fahaman anti tuhan, apa yang diperjuangkan mereka selama ini? Perjuanagn yang bercorak akademik dan saintifik sentiasa diselubungi ideologi anti tuhan. Kini seorang saintis dari England, seorang manusia pintar bernama Richard Dawkins dan sekutunya adalah antara manusia yang paling lantang menyerang institusi agama dan ketuhanan. 

Beliau mengarang buku rujukan sains antaranya ‘The Selfish Gene’ (1976) dan ‘The God Delusion’ (2006) yang mempertahankan teori Evolusi dan menafikan peranan Allah sebagai Pencipta. Namun beliau ini ‘dijaga’, diberi anugerah dan diletakkan di tempat-tempat terbaik dan istimewa seperti di Universiti Oxford. Beliau menubuhkan ’Richard Dawkins Foundation for Reason and Science’ pada tahun 2006 bagi menjalankan aktiviti anti ketuhanan dan anti keagamaan. Peranan Dawkins dalam memperjuangkan selain Allah mendapat tempat di negara barat yang rata-ratanya menolak Islam dan Allah SWT. Antara program mereka ialah menjelajah London dengan bas-bas khas yang dipanggil ‘Atheist Bus’ bagi mengutip sumbangan wang bagi membiayai iklan-iklan dan slogan anti tuhan yang bakal dikempenkan di sekitar United Kingdom. Jadi jelaslah bahawasanya, perjuangan yang menentang Allah pasti mendapat naungan TANGAN-TANGAN JAHAT yang bergerak umpama bayang-bayang. Anjing-anjing mereka dicatur cukup teliti untuk merelisasikan rancangan mereka di setiap pelusuk dunia.

Unsur-unsur anti tuhan kini telah mencemari seluruh bidang ilmu termasuklah dalam hal kemasyarakatan, keagamaan dan ekonomi. Hasil-hasil fahaman sesat mereka ini diterjemahkan dengan lebih luas dan dipelbagaikan. Lihat sahajalah ideologi Marxism yang diolah mengikut citarasa dan nafsu jahat manusia. Komunisme sendiri terpecah kepada beberapa ideologi kecil antaranya Stalinist, Maoist, Leninist dan Trotskyist. Begitu juga dengan pihak yang memperjuangkan demokrasi atau Fascicsme atau Sosialisme, Zionisme, walau apa pun ‘isme’, perjuangan mereka tetap tidak akan dapat menjamin kesejahteraan manusia secara hakiki kerana mereka memperjuangkan materialism, kekayaan duniawi, kekuasaaan, dan manipulasi modal insan. Mereka berjuang atas nama selain Allah! Malahan mereka benci, biadap dan ingin sekali melawan Allah SWT. Oleh itu di tangan manusia-manusia inilah berlakunya kekacauan dan kerosakan di muka bumi.

SIRI 2 bab 2 

Orang-orang agama pula mengajak manusia berperang atas nama tuhan sedangkan niat asal mereka untuk merampas kekayaan dan membunuh orang Islam. Ini berlaku dalam kempen perang salib (1096-1099) dimana sewaktu mereka mengepung Baitulmaqdis (Jerusalam) sebahagian besar penduduknya dibunuh dengan kejam tetapi kisah sebegini disembunyikan oleh pakar sejarah untuk menipu umat manusia. Orang-orang seni juga menghasilkan karya-karya yang bercirikan anti tuhan, berorientasikan ‘gay’, homoseksual dan mendewa-dewakan makhluk yang diserap ke dalam sesuatu budaya sehingga berjaya merosakkan jati diri sesuatu masyarakat. Bahan seni sebegini diterjemah ke dalam pelbagai bentuk penyampaian seperti buku, lagu, filem, pakaian, gambar dan karikatur. 

Selain itu, rampasan kuasa dibuat oleh ketua-ketua tentera, ahli poltik dan rakyat jelata dengan alasan untuk menumbangkan pemerintahan yang zalim. Akibatnya penggantian kerajaan berlaku namun keadaan manusia yang dipimpin tetap tidak berubah kerana niat asal mereka adalah untuk membolot segala kekayaan negara yang selama ini dipegang oleh pihak yang tidak sehaluan dengan mereka. Para pejuang pula disuruh melakukan pembunuhan dan pembersihan etnik atas dasar benci dan buruk sangka. Antara cara terbaru puak-puak penipu ini memperdayakan dunia ialah menghantar tentera-tentera mereka ke negara lain untuk membunuh manusia sesuka hati atas alasan keamanan. 

Akhirnya manusia yang menyokong mereka tertipu secara terang-terangan dan rakyat yang sudah memang tertindas semakin tertekan. Hasil bumi mereka dirompak dan pemimpin tempatan dijadikan budak suruhan untuk melaksanakan rancangan jahat pihak atasan. Kumpulan-kumpulan ini berkempen mahu menegakkan kebenaran dan keamanan di atas muka bumi, namun rupa-rupanya mereka mempunyai agenda sulit yang lebih besar iaitu mengkucar-kacirkan kepercayaan dan memerangi kebenaran. Orang-orang ini jelas memperjuangkan selain Allah namun diri mereka sentiasa disanjung dan dipandang tinggi. Ada saja kumpulan yang menoykong mereka dari segenap lapisan masyarakat. 

Jadi orang-orang yang sebegini wajar kita gelarkan mereka dajal-dajal kecil kerana umat manusia tertipu dan saling salah faham terhadap perjuangan mereka yang berpunca dari kekeliruan dan kejahatan yang sengaja mereka lakukan. Orang-orang ini telah menjadikan yang salah itu benar dan yang benar itu salah.  Secara keseluruhannya, bagi segala kejahatan yang berlaku mestilah berpunca dari sikap anti tuhan dan fahaman yang membenci tuhan. 

 Mereka pula dibantu dengan sumber kewangan dari hasil yang haram dan dijalankan oleh manusia yang tidak berpendirian yang diri mereka itu dipandu oleh syaitan dan hawa nafsu. Pengikut dan penyokong mereka pula adalah golongan yang paling malang kerana mereka ini tertipu dan tidak sedar yang mereka telah diperbodohkan.

Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...