"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Monday, January 21, 2013

Melahirkan warganegara yang beriman


Sam’an wa Taatan

Islam bukan ideologi tetapi Islam adalah wahyu. Ideologi itu dari fikiran manusia. Wahyu pula datang dari Allah. Sudah pasti perjuangan menegakkan Islam tidak sama seperti memperjuangkan ideologi. Asa pendidikan Islam ialah ketaatan kepada Allah. Dalam sejarah manusia, zaman emas kemanusiaan ialah di zaman Rasulullah s.a.w masih hidup di Madinah dan zaman salafussoleh lebih kurang 300 tahun selepas kewafatan baginda s.a.w.

Diantara ciri-ciri masyarakat salafussoleh adalah seperti berikut:

1)    Berkasih sayang dan bertolong bantu.
2)    Orang kaya menjadikan hartanya yang halal sebagai Bank kepada orang miskin.
3)    Orang miskin pula redha dengan kemiskinan dan tidak buat masalah di samping berusaha membaiki taraf hidup.
4)    Kepimpinan yang adil dan tidak rakus menyalahguna kuasa dan membolot kekayaan untuk peribadi dan keluarga.
5)    Wanita yang bermaruah dan taat serta pemalu.
6)    Ulama mendidik rakyat dan menasihati pemerintah mereka menjadi tulang belakang umat Islam dan benar-benar menjadi pewaris Nabi.
7)    Maksiat sangat kurang. Masalah pula hampir semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Sebab itu sabda Rasulullah s.a.w, Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Masyarakat  dididik agar mengikut cara hidup Islam atasdasar patuh dan taat kepada Allah (inilah yang dikatakan Iman). Dengan iman,manusia sanggup melakukan segala kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan. Undang-undang tetap, ada untuk mendidik dan mengawal manusia namun belum mampu menjadi asas untuk mengajak manusia patuh dan taat.

Dengan Iman dapat mengubah seseorang dari jahat kepada baik. Dari kaki maksiat kepada amal soleh. Dari tidak solat kepada rajin solat (bukan solat kerana hendak sihat). Dari dedah aurat kepada tutup aurat (bukan untuk keselamatan tetapi kerana ikut perintah Allah)

Maka iman yang kental dan padu mesti diperjuangkan sungguh-sungguh  sehingga mendapat kekuatan untuk menegakkan hukum-hakam Allah SWT dalam kehidupan dari sekecil perkara hinggalah sebesar-besarnya.

Dihujungdaripada perjuangan dalam semua aspek sudah menjadi amalan atas dasar Sam’anwa taatan inilah akan terbina sebuah negara yang seperti disebut oelh Allah dalm surah Al Saba’ ayat 15 “Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan dari Allah”.

Kesimpulannya,kejayaan perjuangan Islam itu memerlukan dua perkara utama sebagai persediaan:
1)    Pendidkan iman agar patuh dan taat kepadaAllah.
2)    Kuasa Negara (politik/siasah) untuk melaksanakan undang-undang Allah.

7 kriteria perjuangan ideolgi
1)    Undang-undang dan peraturan hidup.
2)    Mengajak rakyat mematuhi undang-undang dan akta.
3)    Menakutkan rakyat dengan hukuman penjara, denda atau bunuh.
4)    Perjuangan untuk mendapat kuasa memerintah.
5)    Mengabaikan kebenaran demi penguasaan.
6)    Perjuangan yang terbatas, hanya memperjuangkan fahaman tertentu.
7)     Suasana negara tidak begitu aman dan damai. Timbul pelbagai masalah yang tidak pernah selesai.

Manusia yang berkemampuan dan berilmu perlu mendidik para pemimpin dan orang ramai tentang hukum-hakam Islam agar mereka jadi faham dan mendapat pendedahan yang sewajarnya. Negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam lebih-lebih lagi negara-negara yang kaya perlu mengorak langkah menjadi pencetus kepada revolusi mentadbir manusia melalui undang-undang islam. Pemerintah atau pentadbir negara adalah pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan dan melaksanakan syariat Islam. Mereka perlu menjadi contoh tauladan kepada masyarakat agar segala arahan yang dikeluarkan mudah dipatuhi. Akhirnya, umat Islam di serata pelosok dunia akan dapat melihat bukti yang nyata betapa Islam adalah cara hidup terbaik yang merangkumi seluruh kehidupan mereka yang secara tidak langsung menambah keyakinan mereka untuk melaksanakan hukum-hakam Allah di atas muka bumi.  

Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...