...petikan dari buku 'PANDUAN UNTUK MURABBI' oleh Ustaz Abdul Halim Abbas.
INI adalah ilmu untuk mengubah cara berfikir dan mengubah sikap untuk para murabbi gunakan dalam usaha mendidik umat manusia.
Fikiran
seperti warna- hitam, putih hijau kuning, merah, ungu, kelabu dan
lain-lain. Fikiran manusia boleh diwarnai dengan hanya satu warna atau
bermacam-macam warna.
Mewarnakan kain yang putih sangatlah
mudah. Demikian mewarnakan fikiran kosong daripada sebarang pendirisn
sangatlah mudah. Tetapi mengecat kenderaan atau rumah dengan cat baru
atau warna lain, payah sedikit.
Sekiranya kita misalkan
akal manusia seperti air jernih, maka air jernih boleh diwarnakan dengan
bermacam-macam warna. Demikianlah akal boleh dicorakkan dengan
bermacam-macam warna fikiran. Tetapi air yang sudah berwanna merah
adalah sukar sedikit kalau hendak ditukar kepada hijau.
Walau
bagaimana susah sekalipun, Allah mudahkan kerja ini dengan
mengembalikan air itu kepada fitrahnya. Fitrah air itu jernih. Bagaimana
air itu kembali kepada an fitrahnya? Lihatlah segala air yang telah
tercemar oleh tangan manusia yang jadi bermacam-macam warna. Allah
pancarkan kepadanya cahaya sang suria. Berubahlah ia menjadi wap, dibawa
oleh udara naik ke langit. Berkepul memutih menjadi awan, dan Allah
menurunkannya ke muka bumi dengan warna fitrah iaitu jernih. Setelah
itu mudahlah air itu diwarnakan oleh manusia menurut warna apa yang dia
mahu.
Demikianlah akal manusia. Fitrah asalnya adalah
bersih daripada sebarang syirik. Fitrah asalnya patuh kepada Allah.
Fitrah asalnya mengakui Allah sebagai Tuhannya. Ia tercemar oleh
pengaruh duniawi, pengaruh nafsu dan syaitan serta pengaruh fikiran
bikinin manusia. Jadi bagaimana hendak mewarnakan fikiran manusia yang
sudah diwarnai dengan bermacam warna? Jawabnya, mudah saja. Kembalikan
akal manusia kepada fitrahnya. Fitrah asalnya ialah “Tuhanku Allah”.
Setelah itu, warnakan menurut apa yang anda kehendaki. Bukankah anda
ingin warnakan fikiran umat dengan Islam? Kembalikan akal manusia kepada
tauhid. Kosongkan daripada segala-galanya kecuali Allah. Sesudah itu
warnakan akal manusia dengan ajaran Islam yang anda cita-citakan. Islam
itu ibadah, muamalah, munakahat dan jenayah.
Bagaimana
mengosongkan akal manusia dengan mengemdalikan ia kepada fitrah asalnya
yang berbunyi, “ Tuhanku hanya Allah”. Tanyalah hati mereka, siapa
jadikan langit dan bumi? “Allah.” Siapa menurunkan hujan? “Allah” Siapa
mematikan yang hidup? “Allah” Siapa mancipta aiar man hingga menjadi
manusia? “Allah” Sipa mengawal angin? “Allah” Siapa menumbuhkan
pohon-pohon? “ Allah” siap mengawal petir? “Allah”
Oleh itu, Allah-lah yang menguasai kerajaan langkit dan bumi. Firman Allah:
Terjemahannya: Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi.
-Ali Imran: 189
Siapakah
yang menaikturunkan nafsumu? “Allah” siapa yang menguasai dirimu?
“Allah” Oleh itu lihatlah dengan mata hatimu bahawa Allah dapat dilihat
dalam semua ciptaan-Nya di alam ini.
Setelah semuanya
musnah, siapa yang tetap kekal? “Allah.” Sebelum segala-galanya ada,
siapa yang ada, sipa yang ada? “Allah.” Fiman Allah:
Terjemahannya: Dialah yang awal dan Dialah yang akhir.
-Al Hadid: 3
Sebelum
ada segala-galanya, yang ada hanya Allah. Setelah segala-galanya tiada,
yang ada hanya Allah. Adanya itu, ada yang sebenar-benarnya ada. Ada
yang hakiki hanyalah Allah.
Terjemahannya: Tidak ada apa-apa dan tidak ada segala-galanya melainkan Allah
Setelah
tidak ada apa-apa lagi di dalam hati kecuali fitrahnya saja iaitu
Allah, maka beritahulah kepada mereka akan firman-firman Allah dan sabda
Rasulullah. Dengan cara inilah fikiran diwarnai. Warnakan dengan jihad,
semangat perjuangan, kesediaan berkorban, keyakinan kepada Akhirat,
kepada wa’ad dan wa’id.
Fikiran itu hendaklah dicetak
dengan warna-warna yang terang. Maksudnya, ilmu yang jelas dan terapi
supaya tidak bercelaru. Oleh itu, ilmu mantik diperlukan untuk menyusun
hujah dan kata-kata yang tersusun lagi tepat mengena sasaran.
Oleh
itu, sekiranya kita hendak mewarnakan akal mereka supaya merasai sabar,
maka hujah mengenai kesabaran mesti disusun. Contohnya, hujah Al Quran
dan Hadis, hujah athar, hujah kata-kata hukama, hujah pengalaman manusia
atau sejarah. Insya-Allah akan memberi kesan di dalam hati pendengar
dan dapat mencorak fikirannya mengikut yang anda kehendaki. Tegasnya,
mengikut ajaran Islam. Demikianlah, satu contoh. Maka kiaskanlah yang
lainnya.
0 comments:
Post a Comment