"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Monday, January 21, 2013

Ingat! Nikmat Allah Boleh Ditarik Balik Pada Bila-Bila Masa

Berhati-hatilah dalam perjuangan.

Banyak orang yang jatuh selepas mencapai sedikit kejayaan. Dengan kejayaan yang hanya secubit mereka lupa kepada Allah. 

Mereka tenggelam dalam mengumpul nikmat Allah tetapi mereka terlupa kepada pemberi nikmat itu. Nikmat yang Allah berikan kepadamu iaitu Allah lebihkan kamu dalam beberapa hal.

Ingat !

Nikmat Allah boleh dicabut. Berapa banyak sudah orang yang dikurniakan berita-berita kerohanian dicabut nikmat itu daripadanya? Dan dia kembali ketahap lama. Kamu jangan jadi begitu.

Kamu hendaklah awasi diri. Ingat akan asal-usulmu yang hina-dina lalu dimuliakan Allah dengan mengeluarkan kamu daripada kampung halamanmu, diujikan ke atasmu beberapa ujian.

Kemudian dibentuk kamu untuk berjaya mengatasinya. Dan Allah curahi nikmatNya kepadamu dengan membuka kepadamu sekian banyak ilmu daripada ilmu ghaib.

Allah lah yang mengajar kamu.
Allah lah yang mentarbiah kamu.
Allah lah yang memimpin kamu.
Allah lah yang meletakkan kamu pada tempat duduk kamu sekarang.

Satu tempat yang sangat diingini oleh orang-orang yang mengejar dunia dan orang yang mengejar akhirat. 

Tetapi Allah beri kepada mu.

Allah lah yang membentuk kamu melalui orang-orangNya...

Jangan sesekali kamu merasa kamu dapat sampai ke sini dengan hasil usahamu sendiri.

Tidak! Tidak! Tidak!
Bukan! Bukan! Bukan!

Tetapi kamu sampai ke tempat dudukmu sekarang adalah dengan rahmat dan kasih sayang Allah,
dengan Rahman dan Rahim Allah,
dengan limpah kurnia dari Allah.

Barang siapa dikehendaki Allah duduk di tempat ini ia diletakkan oleh Allah di sana.
Tetapi barang siapa yang sudah dibenci Allah akan dihinakan, dijatuhkan daripada kedudukannya.

Awasi dirimu!

Jaga setiap tindakan walaupun sekecil-kecilnya. Berpandulah kepada syariat, tambahlah ilmu dan pelajari rahsia-rahsia kejadian.

Ingat!

Jangan lalai kepada zikrullah. Ingatlah zikir itu ada tiga iaitu qolbi, qawli, fi’li.
Laksanakan ketiga-tiganya sekaligus.
Jangan menghinakan diri dengan menjatuhkan diri ke lembah kelalaian.

BERHATI-HATILAH,
BERHATI-HATILAH,
BERHATI-HATILAH.

Allah mencipta kamu, Dia tahu apa yang kamu buat. Wallahualam.

Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...