MASA MUDANYA
293H – 1343H
1873M – 1926M
KELAHIRANNYA
Di antara pergunungan yang gagah dan tinggi yang puncaknya dilitupi salji di langit yang putih bersih dan bersamaan dengan seruan fajar, lahirlah Said Nursi di desa “Nursi” iaitu salah sebuah desa di daerah Khaizan, penguasaan Bitlis, utara Anatolia pada tahun 1293H / 1873M.
Ayah beliau, Sufi Mirza adalah seorang yang sangat warak; tidak pernah makan makanan haram dan tidak pernah memberi anak-anaknya makan selain dengan yang halal.
Bahkan apabila beliau pulang bersama kambing-kambing gembalaannya dari tempat pengembalaannya, beliau mengikat mulut kambing-kambing tersebut supaya tidak makan tanaman orang lain.
Dan ibu beliau, Nuriyah berkata bahawa beliau tidak pernah menyusukan Said kecuali dalam keadaan suci dan berwudu’.

PERKEMBANGANNYA
Tanda-tanda kecermelangan dan kecerdasan telah nampak pada diri Said sejak kanak-kanak. Beliau sentiasa bertanya dan ingin tahu terhadap hal-hal yang tidak difahaminya.
Beliau menghadiri majlis-majlis orang besar-besar dan mendengarkan apa yang mereka bahas dalam pelbagai masalah.
Terutama sekali beliau sering mendengarkan ulama’ desanya yang berkumpul di rumah ayahnya pada malam-malam musim dingin yang panjang. Pernah terdetik di dalam fikirannya persoalan yang bagus sekali.
Kata beliau tentang dirinya sendiri, “Pada masa kanak-kanak, khayalan saya dahulu berkata, “Mana yang kamu utamakan; menghabiskan umur bahagia dengan para sultan dunia dan kemewahannya tetapi setelah itu berakhir dengan kehampaan atau kewujudan yang kekal dengan kehidupan yang biasa yang banyak kesukarannya?” Saya memilih yang kedua dan menolak pilihan pertama seraya berkata, “Saya tidak mahu kehampaan. Saya mahu kekekalan.” (1)

Beliau adalah orang yang bersifat satria, mulia, tidak menerima kezaliman dan tidak mahu berbuat zalim sejak kecil. Akhlak-akhlak ini telah tertanam pada dirinya sehingga ketika beliau dewasa, akhlak-akhlak tersebut tercermin pada sikapnya terhadap orang-orang yang ditemuinya dari kalangan para pemimpin dan penguasa.
LANGKAH PERTAMANYA DALAM MENIMBA ILMU
Beliau menerima ilmu pertamanya di pengajian desa Tagh dari Muhammad Affandi pada tahun 1882M. Beliau menerima beberapa pelajaran dari abangnya, Mulla Abdullah, pada cuti mingguan. Akan tetapi beliau tidak tinggal lama di desa ini, maka beliau meneruskan pelajarannya di desa Birmis.
Pada waktu itu sistem sekolah “al-Kuttab” (pengajian) di utara Anatolia memberikan hak membuka sekolah ilmiah agama kepada setiap murid yang lulus.
Yuran para pelajar ditanggung oleh pengasas sekolah tersebut jika dia mampu. Jika tidak maka yuran dibayar dengan zakat dan sedekah kaum keluarga. Oleh sebab itu, para pelajar sekolah agama banyak yang pergi ke serata desa-desa untuk mengumpulkan zakat untuk membayar yuran sekolah tersebut. Akan tetapi Said tidak rela menerima zakat atau sedekah sehingga ketika kawan-kawannya pergi ke serata desa itu beliau tidak mahu turut serta.
Hal ini melahirkan rasa kagum dan penghargaan dari orang-orang desa. Mereka lalu mengumpulkan bantuan kewangan dan menyerahkannya kepada beliau. Akan tetapi beliau menolaknya sehingga mereka menyerahkannya kepada abangnya, Mulla Abdullah.

Pada tahun 1888M beliau pergi ke Bitlis dan masuk ke sekolah Syaikh Amin Affandi. Baliau tidak lama di situ. Syeikh Amin tidak mahu mengajarnya keranau murnya masih sangat muda. Syeikh Amin lalu menyerahkannya kepada orang lain.
Hal ini membuatnya resah sehingga beliau menuju ke sekolah Mir Hasan Wali di Mukus dan kemudiannya ke sekolah Wasitan iaitu Kuwash. Selepas sebulan, beliau pergi bersama kawannya yang bernama Mulla Muhammad ke sekolah di daerah Bayazid, penguasaan Aghra. Di sinilah pelajaran agama asas bermula dalam kehidupan Said kerana sampai saat itu beliau tidak belajar melainkan ilmu nahu dan sharaf.

IJAZAH ILMIAHNYA
Di sekolah tersebut di bawah asuhan Syaikh Muhammad Jalali, Said menghabiskan masa selama tiga bulan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan intensif.
Beliau membaca semua buku yang diajarkan disekolah-sekolah agama. Dalam sehari beliau membaca 200 muka surat dari kitab-kitab matan yang sukar dan beliau memahaminya tanpa merujuk kepada keterangan dan nota kakinya.

Pada masa itu beliau terputus hubungan dari dunia luar dan menghabiskan kebanyakan waktunya – terutama malam hari di samping kuburan penyair yang juga seorang wali, Ahmad Khani untuk membaca di bawah cahaya lilin. Setelah tiga bulan, beliau menerima ijazah ilmiahnya dari Syeikh Muhammad Jalali.
KECERDASAN YANG LUAR BIASA
Pada tahun 1889M beliau pergi ke Bitlis dan menghadiri beberapa pelajaran Syeikh Muhammad Amin. Dari sana beliau menuju ke Kota Syairawan di mana abangnya, Mulla Abdullah tinggal. Lalu beliau pergi ke Si’rid iaitu ke skolah seorang ulama’ yang terkenal, Fathullah Affandi, yang menyoalnya, “Engkau telah membaca buku Suyuti[1] tahun lalu. Sudahkah engkau membaca buku al-Jami[2] tahun ini?”. Beliau menjawab, “Saya telah membaca semuanya.”
Kemudian Syeikh Fathullah Affandi menyebut beberapa kitab dan Said menjawabnya dengan mengatakan bahawa beliau sudah membacanya secara lengkap. Syeikh Fathullah kagum terhadap Said sehingga beliau berkata kepadanya, “Pada tahun lalu engkau gila, apakah engkau masih gila sampai sekarang?” Ketika itulah Said melahirkan persediaannya untuk diuji dalam pelbagai masalah kitab-kitab tersebut.
Dan memang benar, beliau tidak ragu-ragu menjawab sebarang pertanyaan, sehingga Syeikh kagum dan berkata, “Bagus… Kecerdasanmu luar biasa, akan tetapi saya akan menguji kekuatan hafalanmu. Bolehkah engkau membaca beberapa baris dalam buku ini dua kali dan terus menghafalnya?” Beliau menyerahkan kitab “Maqamat al-Hariri” kepadanya.
Said menerima kitab tersebut dan membaca satu muka surat kesemuanya dan ternyata beliau telah menghafalnya. Hal ini membuatkan Syeikh Fathullah bertambah kagum kepadanya sehingga beliau berkata kepadanya, “Sesungguhnya bertemu kecerdasan yang luar biasa dengan kekuatan menghafal yang luar biasa adalah amat jarang berlaku.”

Kemudian di tempat itu Said membaca kitab usul fiqh “Jam’ al-Jawami” karangan Subki selama satu atau dua jam sehari selama satu minggu dan beliau menghafalnya. Menyaksikan hal itu Syeikh Fathullah Affandi menulis di kulit kitab tersebut “Beliau telah menghafal seluruh “Jam’ al-Jawami” dalam masa satu Jumaat”. (2)
-------------------------------------------
[1] Maksudnya Syarah Alfiyah Ibn Malik karangan Suyuti.
[2] Buku terkenal dalam ilmu nahwu.
0 comments:
Post a Comment