Manusia memerlukan Tuhan.
Oleh itu Islam membawa konsep penyembahan dan pengesaan Allah semata-mata.
...
Secara logiknya manusia memang PERLU KEPADA ALLAH. Buktinya, apabila manusia itu ditimpa kesusahan, bala bencana, kematian, diancam bahaya dan sebagainya pasti ALLAH lah yang dicarinya untuk mengadu dan meluahkan segala perasaaan yang tersirat di hatinya. Ajaran Islam menekankan konsep penyembahan dan pengesaan Allah semata-mata. Keinginan manusia ini dikaitkan dengan sifat beriman dan bertaqwa dalam diri seseorang. Allah SWT menjadikan manusia dalam keadaan berkeinginan untuk memuji-muji DiriNya. Contohnya, semasa Allah Yang Maha Perkasa memerintah ROH masuk ke dalam Adam, maka sampailah roh itu kebahagian hidungnya. Ketika itu bersinlah Adam a.s dan Allah SWT terus mengajarnya tasbih ’Alhamdulillah’.
Seluruh manusia bergantung harap kepada Rahmat dan Belas Kasihan Allah. Manusia Pada natijahnya diciptakan dengan perasaaan berterima kasih dan bersyukur. Cuma kadang-kadang dilalaikan oleh nafsu dan sifat bongkak yang menyebabkan kita lupa kepada Allah.
“Allah SWT menyediakan 1001 macam ujian beserta RAHMAT untuk dirasai oleh seluruh manusia tidak kira bangsa atau agama.”
Allah SWT menganjurkan manusia hidup dalam keadaan harmoni, berbaik-baik, sentiasa memberi maaf dan menghargai antara satu sama lain. Cara hidup yang dianjurkan Islam ini mempunyai visi yang cukup jauh iaitu menyelamatkan manusia di dunia dan di Akhirat.
Segala fitrah semulajadi manusia itu dibimbimg oleh Allah melalui tatacara dan panduan terbaik yang sesuai dengan diri manusia itu sendiri. Mahukah kita sekiranya Allah membiarkan kita begitu sahaja? Tanpa panduan, tanpa bimbingan? SUDAH TENTU TIDAK!
Adakah manusia masih lagi mahu menolak Islam? Sedangkan ianya terang-terang membawa manusia ke arah keamanan, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di Akhirat. Masih lagikah kita mengambil ringan soal fardhu ain dan fardhu Kifayah yang sepatutnya kita lakukan, sedangkan amalan-amalan itu dapat membina jambatan antara kita dengan Allah Yang Maha Mengasihani?
Sebab itulah para sahabat Rasulullah SAW tidak pernah jemu-jemu berdakwah menyebarkan Islam dan mengajak umat manusia mengagungkan Allah serta Hukum-HakamNya. Ini kerana mereka sudah dapat merasai ‘Haulawatul Iman’. Mereka merasakan Allah sentiasa bersama mereka, Allah sentiasa melihat, mendengar serta mengetahui apa yang terlintas di hati mereka. RASA CINTA mereka kepada Allah mengatasi cinta-cinta yang lain. Cinta kepada Islam membuat mereka sanggup berbuat apa sahaja, asalkan Islam dapat ditegakkan. Padanlah dalam waktu 23 tahun sahaja, ajaran Islam berkembang dengan pesat. Perjuangan itu kemudian diteruskan lagi oleh tabi’in, tabi’in-tabi’in sehinggalah sampai ke zaman kitasekarang ini. Mereka yang ada bibit cinta kepada Allah dan Rasul akan terus memperjuangkan Islam tanpa henti walaupun bilangan mereka sedikit.
Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Akan ada di sepanjang zaman di kalangan umatku yang akan menzahirkan kebenaran dan mereka tidak akan boleh diapa-apakan oleh musuh mereka sehingga datanglah kepada mereka itu Janji Allah. Dengan kata lain, apabila Allah menjemput mereka kembali ke PangkuanNya.”
Begitulah kedudukan Islam yang cantik dan indahitu. Sangat sesuai dengan fitrah dan logik pada akal. Maka mereka yang dapat memahami, menghayati, mengamalkan dan memperjuangkannya akan dapat merasa kemanisan berada di dalam Islam. Mereka juga akan merasa aman bila mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah.
0 comments:
Post a Comment