BADIUZZAMAN SEBAGAI PEMIMPIN DAN MUFTI
Pada tahun 1912M menjelang terjadinya
perang Balkan, Badiuzzaman dilantik sebagai pemimpin Angkatan Penebusan
yang terdiri dari sukarelawan Muslimin yang datang dari utara Anatolia.
Sebelum
tercetusnya Perang Dunia Pertama, Badiuzzaman telah menjadi anggota
Pasukan Khusus iaitu sebuah yayasan politik, tentera dan keamanan rahsia
yang dibentuk atas perintah Sultan. Tugasnya ialah menjaga kesatuan
daerah kesultanan dan memerangi musuh-musuhnya.
[1]Khutbah
tersebut dalam bahasa Arab telah dicetak beberapa kali. Sheikh
menterjemahkannya sendiri ke dalam bahasa Turki dan menambahnya dengan
beberapa tambahan. Dan Sheikh Muhammad Said Ramadhan al-Buthi
menterjemahkan secara ringkas khutbah tersebut sebagaimana Sheikh Asim
al-Husaini mentrjemahkannya secara lengkap dari teks Turki dan
diterbitkan di Beirut pada 1974M. Teks di atas adalah nukilan terjemahan
terakhir ini. Di antara anggota-anggotanya ialah para penulis dan
pemikir. Badiuzzaman adalah anggota yang paling bersemangat dalam
bahagian “Persatuan Islam” di dalam yayasan ini.
Panitia yang tediri dari para ulama’ anggota yayasan ini telah mengeluarkan fatwa jihad. Mereka adalah:
1. Syaikh Islam Khairi Affandi
2. Syaikh Sanusi (Penasihat wilayah timur)
3. Hamdi Yazar
4. Muhammad As’ad Affandi
5. Badiuzzaman Said Nursi
Yang
menulis fatwa adalah Muhammad As’ad Affandi. Meskipun Badiuzzaman
termasuk pendukung perdamaian dan penentang peperangan akan tetapi
ketika perang tercetus dan kerajaan Uthmaniah menganggotainya, beliau
segera mengangkat senjata menuju ke medan perang. Pasukan Khusus
memanfaatkan segala potensi yang ada untuk menyebarkan fatwa jihad ke
seluruh pelusuk kerajaan Uthmaniah dan seluruh kerajaan Islam yang
dikuasai oleh orang asing. Fatwa tersebut dicetak dalam berbagai bahasa
kaum Muslimin.
Setelah menyertai pengeluaran fatwa jihad,
Badiuzzaman kembali ke Wan. Di sana beliau membentuk beberapa pasukan
jihad yang terdiri dari murid-muridnya dan Para sukarelawan lainnya.
Mereka kemudiannya memulakan latihan perang. Kata Badiuzzaman kepada
murid-muridnya, “Bersiap-siaplah kalian. Sesungguhnya kegoncangan hebat
sudah di ambang pintu.”
Murid-murid Badiuzzaman terkenal
dengan ketelitian dan keberaniannya sehingga kumpulan Armenia yang
bergabung dengan tentera Rusia takut berhadapan dengan para mujahidin
tersebut. (16)
0 comments:
Post a Comment