"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Thursday, May 22, 2014

Sumber daya manusia itu dari tiga daya

Sumber daya manusia itu dari tiga daya. Daya spiritual, daya mental dan daya fizikal.

Daya yang ada dalam spiritual ialah IMAN, KEYAKINAN dan EHSAN.
Daya yang ada dalam mental ialah ILMU, FIKIRAN serta PENGALAMAN.
Daya yang ada dalam fizikal ialah IRADAH (kemahuan) dan QUDRAH (kekuatan) yang berteras dari nafsu.

Melalui psikologi sumber daya manusia, boleh dikeluarkan dan dibina dari spiritual, mental dan fizikalnya. Cuma yang sering terjadi, sumber daya itu tidak terkendali sehingga digunakan untuk kejahatan.

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. [Al Ankabut: 45]

Solat adalah penggerak daya yang ada dalam spiritual, mental dan fizikal. Lihat pada solat, padanya ada rukun qalbi. Rukun qalbi itu adalah penggerak daya spiritual. Padanya ada rukun qauli. Rukun qauli adalah penggerak daya mental. Padanya da rukun fi'li. Rukun fi'li adalah penggerak daya fizikal.

Melalui solat, daya spiritual, mental dan fizikal dikeluarkan dan dibina. Melalui solat juga ketiga-tiga daya ini dikendali. Oleh sebab itu orang-orang yang betul-betul solat mengikut amanah Allah, sumber daya manusia pada dirinya jadi subur dan terkendali dengan baik.

Solat bisa memberi daya fizikal yang kuat, dia adalah disiplin yang lebih tangkas dari latihan ketenteraan. Solat boleh memberi daya mental yang kuat apabila orang yang solat itu bisa menghafal seluruh Al Quran. 

Mana ada intelektual yang lebih tinggi dari Al Quran. Solat boleh memberi daya spiritual yang mantap kerana rohani yang paling ampuh ialah rohani yang bergantung teguh dengan Allah.

May 20 at 5:19pm

Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...