"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Monday, January 21, 2013

MEREKA YANG TIDAK REDHA DENGAN ISLAM SIRI 1 HINGGA 4

SIRI 3


Ingatlah , sesungguhnya manusia itu sering saja lupa kepada Tuhannya. Mereka merasa takjub dengan kebijaksanaan akal fikiran mereka yang dibiarkan hanyut ditungganga Iblis dan hawa nafsu.

Mereka berasa serba cukup dan serba kuat dengan kekayaan dan kekuasaaan mereka. Manusia Ini sebenarnya menghidap dua penyakit jiwa yang paling berbahaya iaitu gila harta dan gila kuasa. 

Usaha untuk menjahanamkan kemanusiaan bukan sahaja dibuat melalui peperangan fizikal namun yang lebih dahsyat lagi iaitu melalui racun-racun ideologi berukun anti tuhan.

Setelah kita mengetahui modus-operandi TANGAN-TANGAN JAHAT, maka kita pastinya tertanya-tanya siapakah dalang kepada usaha-usaha jahat ini, manusia-manusia yang kita gelarkan ‘DAJJAL-DAJJAL KECIL’. 

KEKEJAMAN MANUSIA

Kemunculan fahaman-fahaman baru di dunia dipelopori bangsa Eropah yang kemuncaknya di sekitar kurun ke 18 dan awal kurun ke 20.

Ketika itu Eropah adalah suatu bangsa yang paling berkuasa dan paling kaya di muka bumi dengan hasil penjajahan serta ekploitasi kemanusiaan. Kerajaan terbesar di dunia ketika itu ialah Kerajaan British dan Peranchis yang menguasai 2/3 dunia. Kerajaan Inggeris ialah empayar yang paling banyak termakan budi dengan Freemason. 

Urusan dunia pada ketika itu dicatur di England antara syarikat terbesar di dunia yang diuruskan oleh Freemason antaranya Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menjadi wakil utama dunia Eropah sejak awal penubuhannya.

Di samping itu telah berlaku beberapa revolusi perindustrian yang telah membangunkan ekonomi serta teknologi canggih di negara di samping dasar kolonialisasi yang sangat menguntungkan empayar-empayar barat. Kesinambungan kekuasaan bangsa Eropah berterusan sehingga kini dengan lahirnya Amerika Syarikat yang mencapai kemuncaknya selepas perang dunia kedua.

Di kemuncak era kolonialisasi sepanjang kurun ke 18 hingga awal kurun ke 20, telah berlaku banyak kacau-bilau dalam kehidupan manusia. Dunia pada zaman itu telah menjadi tempat berlakunya kerosakan seperti yang tidak pernah dilihat pada kurun-kurun sebelumnya.

Selain peperangan dan pertumpahan darah, manusia secara keseluruhannya berdepan dengan satu gerakan yang menyerang tuhan, agama, kemanusiaan, jati diri, kepercayaan, pegangan, pemikiran dan gaya hidup.

Seseorang manusia itu tidak kira pangkat atau kedudukan, miskin, kaya, berilmu, tidak berilmu semuanya terpaksa berdepan dengan kedatangan ideologi-ideologi sesat yang pada ketika itu dipelopori oleh golongan ilmuan dan pemerintah yang bencikan tuhan. 

Golongan yang bencikan tuhan ini telah berjaya meniup angin-angin kesesatan ini ke dalam masyarakat melaui dakyah-dakyah palsu yang memperlihatkan kesesuaian ideologi mereka ke atas manusia. Semakin hari semakin ramai orang yang tertipu dan menerima ideologi sesat ini dan di sini bermulalah peperangan secara global antara manusia dengan Tuhan. Manusia mula mengeluarkan pendapat-pendapat rasmi mereka tentang ketuhanan. 

Bagi mereka tuhan itu mungkin ada, mungkin tiada (fahaman Existentialisme). Kecelaruan sebegini sengaja ditekankan ke atas manusia agar mereka menilai tuhan dari aspek yang ditentukan dalam fahamannya tadi yang akhirnya menyebabkan mereka menolak sedikit demi sedikit peranan Allah dalam kehidupan seperti dalam hal penciptaan, undang-undang, kenegaraan, ekonomi dan kemanusiaan.

Di Eropah ideologi-ideologi kenegaraan dicetuskan bagi mengubah corak pemikiran masyarakat yang menyebabkan peperangan dan penaklukan. Gerakan ini kebanyakannya bermula di pusat-pusat pengajian di mana idea-idea baru yang bertentangan dengan pemikiran waktu itu diketengahkan dan di eksperimen ke atas masyarakat. 

Akibatnya berlakulah revolusi di sana sini antaranya di Amerika, Peranchis, Russia dan Sepanyol yang konon-kononnya mengembalikan kuasa ke tangan rakyat.

Namun akhirnya mereka diperintah kembali oleh diktator-diktator yang zalim yang digunakan oleh pihak sama yang pernah menjadi penasihat kepada raja atau pemimpin yang pernah dijatuhkan sebelum mereka. 

Perkara ini berulang-ulang setiap masa dan tidak pernah mendatangkan manfaat kepada masyarakat umum melainkan kemudaratan yang bertimpa-timpa. Pemimpin silih berganti dengan fahaman-fahaman yang berbeza-beza namun tidak berhasil memimpin manusia kearah kesejahteraan kerana ideologi kenegaraan yang di bawa mereka tetap berasal dari satu rukun yang sesat. 

Namun seperti halnya teori Evolusi, ideologi-ideologi sesat ini terus diperjuangkan walaupun akibat buruknya telah pun dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat.

Revolusi Amerika dan Peranchis yang berlaku selang beberapa tahun, telah dicatur oleh pihak yang sama. Tengok saja nama Thomas Paine dalam sejarah Amerika dan Peranchis. 

Beliau ialah tokoh yang disanjung-sanjung 'revolusionist' namun dalam catatan sejarah namanya tidak sebesar George Washington ataupun Maximillian Robespierre atau Danton atau Bonaparte.

Thomas Paine ialah seorang propagandis, setelah berjaya merangka revolusi di Amerika pada tahun 1776, beliau bermastautin di Peranchis sepanjang tahun 1790an untuk mengintai peluang melakukan revolusi di Peranchis. 

Pada waktu itu raja Peranchis berketurunan keluarga diraja Bourbon, Louis ke 16 dan isterinya diapit oleh aristokrat dan politikus yang sentiasa menjerat Louis. Akhirnya kepala Louis dan isterinya dipenggal di guillotine, kerajaan digulingkan, keturunan bangsawan dihapuskan dan muka bumi Peranchis. Ketika itu, kerajaan Peranchis diuruskan oleh golongan aristokrat dan politikus yang dipimpin Freemason di bawah bendera 'REPUBLIKAN'. 

Raja Louis yang dahulunya penyokong utama revolusi Amerika (bandar Louisville dinamakan sempena Louis 16 atas sumbangan beliau kepada pihak revolusi) terperangkap dengan percaturan Freemason yang mahukan dia mati bukan atas sebab ketidakadilan Louis namun kerana dendam lama puak Freemason terhadap keluarga diraja Bourbon yang pernah mengharamkan pergerakan Templar di Peranchis 400 tahun sebelumnya.

Di Amerika Syarikat setelah revolusi 1776, telah terbangun fahaman-fahaman baru dalam ekonomi yang rata-ratanya membawa lebih banyak kesusahan kepada orang awam dan menambahkan hutang negara. Secara keseluruhannya, ideologi ekonomi Amerika Syarikat yang dipelopori ilmuan-ilmuan yang mengambil dasar yang berukun anti tuhan telah merumuskan suatu sistem ekonomi yang dapat memaksa seluruh lapisan rakyat dan negara ‘dirompak’ dan ‘berhutang’secara tidak langsung. 

Lebih parah lagi, bangsa Amerika yang majoritinya berkulit putih (Kaukasia) juga diserang habis-habisan dalam segala sudut moral, etika dan gaya hidup sehingga menyebabkan lahirnya budaya-budaya songsang dan jahat dalam masyarakat mereka.

Masyarakat Amerika yang kononya ‘liberal’ ini tidak sedar yang mereka sebenarnya telah dikawal seperti sebuah mesin oleh sistem Kapitalis dimana seluruh cara fikir dan gaya hidup mereka ditentukan oleh pihak-pihak tertentu yang bencikan Allah dan kemanusiaan. 

Kemuncak kepada kecelaruan yang sangat hebat ini ialah tercetusnya perang dunia pertama yang menjadi tapak permulaan kepada perang besar kemanusiaan seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis mengenai Hari Kiamat. “Sesungguhnya sebahagian daripada tanda Kiamat itu, banyaknya berlaku Al Kharaj iaitu pembunuhan (peperangan)” (Riwayat Mutawatir).

Percaturan tangan-tangan jahat, tidak kiralah bernaung pada pertubuhan elit bawah tanah mana sekali pun, mempunyai matlamat yang telah dirangka ratusan tahun. Umat Islam kehilangan penaung kekhalifahan akibat perancangan dajal kecil ke atas kekhalifahan Islam terakhir iaitu Kerajaan Islam Uthmaniyyah. 

Sepertimana yang berlaku kepada Louis ke 16, Sultan Abdul Hamid ke 2 juga menghadapi masalah yang sama. Beliau dikelilingi ahli perniagaan dan politikus yang berpaksi kepada anti Islam. 

Akhirnya kerajaan Uthmaniyyah diuruskan oleh ahli-ahli politik sekular dan kekhalifahan runtuh sepenuhnya pada tahun 1923 (Sultan Mehmet ke 6) semasa umat Islam di seluruh dunia sedang cuba menyelamatkan akidah dan roh Islam yang tinggal sekadar nyawa-nyawa ikan.

Manusia terjerumus dalam peperangan dan kehancuran disebabkan memilih untuk sehidup dan semati dengan fahaman-fahaman sesat ini. Tangan-tangan jahat ini telah mendorong manusia untuk berperang demi memperjuangkan ideologi sesat mereka dan inilah yang berlaku semasa perang dunia kedua yang telah menyebabkan kematian dan kerosakan yang amat dahsyat dan tidak berperikemanusiaan. 

Kemuncak kepada kekejaman ini ialah pengguguran bom atom ke atas Bandar Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945 oleh Amerika Syarikat dengan alasan ingin menamatkan perang yang telah memusnahkan sejumlah 200,000 nyawa dalam sekelip mata.Begitulah seterusnya pada masa kini, segala penceroboh ke atas negara-negara teluk dibuat mengikut taktik yang sama iaitu dengan menyodorkan fitnah-fitnah yang dahsyat sehingga menyebabkan perbuatan mereka tidak lagi dianggap suatu kezaliman.

MEMBETULKAN SEMULA JALAN FIKIR YANG TERBELENGGU

Namun persoalannya di sini ialah, berapa ramaikah orang Islam yang dengan yakin mengatakan perbuatan-perbuatan jahat sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan berapa ramaikah antara umat Islam yang rasa tindakan kejam ke atas manusia di Hiroshima itu suatu tindakan yang patut diambil?

Untuk mengungkai persoalan yang asas seperti ini juga manusia mudah jadi keliru. Kekusutan dalam fikiran manusia berlaku akibat mengambil jalan berfikir yang salah. Tindakan YANG JELAS-JELAS TERKUTUK, YANG DIPENGARUHI PERASAAN BENCI DAN MEMPUNYAI AGENDA JELAS UNTUK MENJAHANAMKAN KEMANUSIAAN adakalanya kita relakan kerana termakan tipu-daya propaganda yang dilemparkan oleh tangan-tangan jahat. Perang dunia kedua sebenarnya sudah dimenangi tentera bersekutu dan Jepun hanya menunggu masa untuk menyerah diri kerana mereka sudah kehabisan sumber kewangan dan sumber mineral besi untuk meneruskan peperangan.

Orang-orang Jepun sudah bersiap sedia untuk menyerah kalah namun peluang ini telah diambil oleh Amerika Syarikat untuk membawa kejahatan kepada suatu tahap yang lebih kejam iaitu era perang nuklear. Pernahkah berita-berita sebegini sampai kepada kita? 

Pemikiran kita ini sudah dipakejkan oleh mereka. Contohnya, sekiranya kita berkesempatan membuka buku 'American Caesar: Douglas MacArthur 1880-1964', terdapat satu pengakuan General MacArthur bahawasanya sekiranya Hiroshima tidak di bom, tentera Amerika yang sedang berada di peringkat terakhir untuk menawan Jepun akan diperangi habis-habisan. Kematian pasti lebih banyak daripada jumlah korban Hiroshima.

Nah, lihat bagaimana mereka memainkan isu kemanusiaan sebagai propaganda. Sekiranya kita tidak mempunyai maklumat lain untuk menimbang perkara sebegini, sudah tentunya kita akan menganggap rasional apa yang dikatakan oleh Mac Arthur kerana kata-kata sedemikian keluar dari mulut seorang wira perang dunia.

Kerajaan Amerika Syarikat yang telah dipengaruhi anasir jahat sejak dari awal kemerdekaannya (1776) bercita-cita menjadi kuasa terbesar dunia yang memonopoli segala kuasa, kekayaan dan kekuatan dunia. 

Selepas itu dunia sekali lagi terbahagi kepada dua kumpulan cuma kali ini dua pihak yang berkuasa ketika itu dilaga-lagakan demi mendatangkan ketakutan kepada masyarakat dunia. 

Jadi adakah kematian pada Perang Dunia ke-2 yang berjumlah 100 juta orang itu memberi apa-apa makna kepada manusia-manusia jahat ini? Adakah dunia berubah menjadi aman selepas perang dunia kedua? Tidak sama sekali!

Pada hakikatnya mereka langsung tidak mempedulikan kematian orang lain kerana mereka tetap berkuasa dan menikmati segala kekayaan dunia melalui kesengsaraan orang lain. Rakyat Amerika diheret berperang di Korea, Vietnam, Iraq, Iran dan Afghanistan. Rakyat Russia disuruh menawan Afghanistan dan menawan seluruh negara Balkan. 

Rakyat Eropah pula dihantar untuk memporak-perandakan negara-negara benua Afrika. Sewaktu itu manusia hanya diberi dua pilihan, samada memilih fahaman timur atau barat, kekayaan dunia atau anti tuhan, kebebasan beragama atau langsung tiada agama!

Kini salah satunya sudah tumbang namun kuasa yang satu lagi ini amat hebat dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada alam sejagat kerana ia juga memperjuangkan ideologi yang sesat lagi menyesatkan. Begitulah dunia ini dirosakkan oleh dajjal-dajjal kecil yang tidak jemu-jemu menghancurkan keharmonian dan menegakkan kebatilan.

Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...