"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Showing posts with label Bediuzzaman (oleh: Ihsan Qasim As Salihi). Show all posts
Showing posts with label Bediuzzaman (oleh: Ihsan Qasim As Salihi). Show all posts

Monday, January 21, 2013

Bab 3: Akhir Hayatnya dan Penutup (bah.5)

FASAL KETIGA


AKHIR HAYATNYA

1368-1379H
1950-1960M 

TAHUN 1950M

Kaum Muslimin gembira dengan kedatangan Parti Demokrasi di dalam pemerintahan, bukan kerana parti ini parti Islam, akan tetapi kerana dua sebab utama:

1. Parti ini menyingkirkan musuh paling sengit Islam.

2. Parti ini memberi lebih kebebasan kepada kegiatan-kegiatan Islam dan mengembalikan adzan yang mengikut syarak.

Oleh kerana itu Sheikh Badiuzzaman mengirim telegram untuk mengucapkan selamat kepada presiden baru Jalal Bayar dan berharap semoga Allah memberinya taufik untuk berkhidmat demi Islam. Presiden membalas telegram tesebut yang berisi pernyataan rasa terima kasihnya.(54)

MAHKAMAH LAIN DI ISTANBUL

Setelah tinggal di kota Aski Syahar, Sheikh Badiuzzaman menuju ke kota Sparte. Di sana beliau tinggal selama tujuh puluh hari untuk menemui murid-muridnya dan mengenang kembali tahun-tahun pengasingannya di sana.

Pada waktu itu, beberapa muridnya di Istanbul mencetak risalah “Mursyid asy-Syabab”37(Genclik Rehber/ Pembimbing Pemuda) dengan huruf baru. Hal ini menyebabkan tuduhan baru terhadap beliau dengan alasan melanggar pokok ke 163 dalam undang-undang Turki, yaitu pokok yang melarang sebarang kegiatan yang bertujuan mendirikan negara di atas dasar-dasar agama. Sheikh Badiuzzaman dipanggil ke Istanbul untuk menghadap ke mahkamah tinggi. Tanggal 22 Januari 1952M ditentukan sebagai hari untuk meneliti tuduhan ini. Selama waktu itu beliau menulis beberapa pembahasan risalah “Miftah ila ‘Alam an-Nur”(Kunci kepada dunia an-Nur). Badiuzzaman menuju ke Istanbul dan tinggal di hotel Aq Syahar. Ini adalah kunjungan pertama ke kota Istanbul setelah ditinggalkannya selama dua puluh tujuh tahun.

Istanbul............................kota yang indah itu. Istanbul............................kota masjid dan menara................kota yang beliau tinggali selama bertahun-tahun yang tak dapat dilupakannya...............kota yang beliau tinggalkan di dalamnya beratus-ratus sahabat sehidup semati sebelum bermulanya tahun-tahun pengasingan, penjara dan kesendirian yang memakan umurnya sebanyak seperempat abad.

Begitu beliau sampai di Istanbul, sahabat-sahabat lamanya mengunjungi bagaikan air bah. Suatu pertemuan yang sangat mengesankan...betapa banyak kenangan masa lalu...kenangan jihad di jalan Allah dan di jalan RasulNya yang tercinta.
Beliau juga dikunjungi oleh murid-murid an-Nur dan para mahasiswa mukmin yang sangat rindu untuk melihat pembimbing utama mereka, melihat orang yang menghabiskan seluruh umurnya untuk berjihad di jalan Allah pada tahun-tahun paling genting, orang yang membawa di tangannya lampu petunjuk di tengah-tengah taufan yang paling ganas, tanpa kehilangan semangat dan diterminasi.
-----------------------------------------------
37 Risalah ini mengandungi petikan-petikan risalah-risalah an-Nur yang berkenaan dengan kehidupan pemuda di dunia maupun di akhirat. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dengan judul “Raid asy-Syabab” dan diterbitkan di Beirut pada tahun 1974.

MAHKAMAH
Mahkamah diadakan pada tanggal 22 Januari 1952M. Sheikh datang dengan diiringi ratusan murid an-Nur. Ruangan mahkamah telah dipenuhi oleh rakyat yang datang untuk mengikuti perkara ini dan untuk melihat sheikh yang menyibukkan Turki selama bertahun-tahun. Serambi mahkamah juga penuh sehingga sesak sampai ke jalan raya. Sheikh duduk di tempat yang dikhususkan untuk orang tertuduh. Jaksa lalu membacakan laporan para ahli yang ditugaskan untuk meneliti risalah “Mursyid ash Syabab”, kemudian Sheikh pun selesai ditanya. Laporan para ahli itu antara lain menyatakan: “Bahawa pengarang berusaha – di dalam risalahnya ini – untuk menyebarkan fikrah keagamaan. Dia berusaha menggambarkan jalan tertentu untuk para pemuda melalui fikrah-fikrah ini. Dia juga menyeru kaum wanita agar berpakaian sopan dan tidak berjalan-jalan dengan pakaian yang menampakkan tubuh mereka kerana hal itu menyalahi fitrah dan menyalahi Islam dan adab-adab al-Quran.

Pengarang juga menyeru pengajaran agama. Ini berarti dia menyokong mendirikan sistem negara berdasarkan keagamaan...dan seterusnya”.

Setelah tuduhan selesai dibaca, Sheikh Badiuzzaman bangkit untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut. Kata beliau secara ringkas, “bahawa tiga puluh lima tahun dari umurnya memberikan contoh baik yang tidak diragukan lagi, bahawa beliau tidak membuat kerja-kerja politik secara mutlak. Beliau juga tidak mempunyai hubungan dengan sebarang perkara keduniaan atau dengan arus yang membahayakan. Apa yang penting dan menyibukkan beliau hanyalah berkhidmat untuk al-Quran dan menerangkan hakekat-hakekat iman. Dan beliau telah berusaha dan masih senantiasa berusaha dengan segala daya upayanya untuk menyelamatkan iman, dan bahawa keputusan pembebasan yang dikeluarkan oleh mahkamah-mahkamah yang berlainan memberikan bukti pasti akan hal itu. Adapun mengenai risalah “Mursyid asy-Syabab”, maka apa yang dilakukan oleh para pemuda dengan mencetaknya seharusnya membuat gembira dan senang hati, kerana risalah ini berusaha untuk menyelamatkan para pemuda dan pemudi dari berbagai arus yang berjuang untuk menghancurkan kerangka masyarakat dan merobohkan tubuhnya”.(55)

Sidang pertama mahkamah selesai dan sidang selanjutnya adalah pada tanggal 19 Februari.
Ketika sidang kedua diadakan pada waktu yang telah ditentukan, di sana terjadi kesesakan lebih hebat, sampai polis tidak dapat menguasai orang-orang bersesakan. Dalam suasana sesak dan berhimpit-himpit ini, sidang tidak mungkin diadakan. Oleh kerana itu ketua mahkamah berkata para hadirin: “Jika kalian mencintai syaikh, maka lapangkanlah tempat ini sehingga kami dapat meneruskan sidang pengadilan”.
Banyak orang yang bubar sehingga pengadilan pun dapat dimulai. Pemilik percetakan yang mencetak risalah dipanggil menghadap, lalu pengakuan polis pun di dengar. Setelah itu Badiuzzaman bangkit mengemukakan sanggahannya terhadap laporan para ahli. Ketika waktu sembahyang Asar tiba, beliau meminta izin untuk mendirikan sembahyang. Permintaannya diluluskan, bahkan ketua mahkamah mengumumkan sidang kedua ini selesai. Pada sidang ketiga yang diadakan pada tanggal 5 Maret 1952M, polis mengambil langkah keselamatan yang ketat. Ratusan polis disebarkan di depan dan di dalam mahkamah, sehingga mereka dapat mengatur ribuan pecinta dan murid Sheikh Badiuzzaman. Pada mulanya mahkamah mendengarkan pengakuan mahasiswa yang mencetak risalah ini. Kemudian para pembela Badiuzzaman menyampaikan pembelaannya dan mereka menjawab semua tuduhan yang ditujukan kepada Badiuzzaman.

Akhirnya, ketua mahkamah bertanya kepada Badiuzzaman:
- Apakah ada lagi yang ingin kamu katakan sebagai tambahan yang telah kamu katakan tadi?
- Saya harap kalian mengizinkan saya untuk menambah satu kalimat lagi.
- Silakan!
- Sebenarnya saya tidak layak mendapat pujian dari pembela-pembelaku yang mulia, kerana saya tiada lain hanyalah khadam al-Quran dan iman. Saya tiada kata lain kecuali ini.

Akhirnya mahkamah mengeluarkan keputusan pembebasannya.(56)

MAHKAMAH SAMISUN 1953M

Setelah bebas dari mahkamah Istambul, Sheikh Said Nursi pergi ke Emirdag, disana beliau mempunyai banyak kenangan, murid dan sahabat. Pada suatu hari di bulan Ramadhan, Sheikh Said Nursi keluar bersendirian berjalan di ladang yang berhampiran dengan kota tanpa menyedari bahawa seorang mata-mata polis dengan tiga orang anggotanya mengawasi beliau.

Sheikh tidak dapat meneruskan jalan-jalannya kerana orang-orang tersebut menemuinya dan memaksanya untuk memakai topi. Mereka menggiringnya ke balai polis. Sheikh protes terhadap perlakuan ini. Beliau menulis surat bantahan kepada jabatan keadilan dan jabatan dalam negeri Ankara. Di dalamnya beliau mencela perlakuan yang biadab ini. Beliau juga mengirimkan salinan bantahannya itu kepada salah seorang muridnya di Ankara agar dia mengikuti perkara ini melalui sumber-sumber resmi. Dari Ankara beberapa muridnya memutuskan untuk mengirim salinan bantahan tersebut ke surat khabar Islam yang terbit di Samisun dengan nama “Butuk Cihad” (Jihad Terbesar) dan dimuat di sana. Pada waktu itu terjadi peristiwa wartawan terkenal Ahmad Amin Yalman. Seorang pemuda Muslim berusaha membunuhnya. Pemuda tersebut menembaknya beberapa kali, akan tetapi dia tidak meninggal. Ahmad Amin Yalman ini adalah wartawan terkenal dari kelompok Dunmah38 Catatan amal perbuatannya dipenuhi dengan kerja-kerja memusuhi Islam. Antara lain dia menuntut pembentukan negara kecil Armenia di Turki. Dia juga meminta supaya Amerika Serikat menjajah bumi Turki secara militer guna mengatur urusannya, kerana Turki tidak dapat mencapai suatu peringkat di mana ia dapat mengatur dirinya sendiri!!

Peristiwa ini dieksploitasi semua surat khabar dan majalah yang menentang Islam dan juga dieksploitasi oleh semua perhimpunan Yahudi Masuni yang membenci suasana kebebasan yang mulai dirasakan oleh pergerakan-pergerakan Islam di Turki. Mereka ingin menampakkan bahawa memberi sebarang kebebasan kepada pergerakan-pergerakan seperti ini nantinya akan berakibat timbulnya kemunduran, teorisme dan seterusnya. Dalam peristiwa ini, surat khabar pembangkang yaitu surat khabar Parti Rakyat juga mendapat kesempatan emas untuk membalas dendam terhadap kekalahannya dalam pemilu dan untuk menyerang pemerintah dengan tuduhan bahawa pemerintah membiarkan orang mundur dan jika mereka tidak segera mengatasi masalah ini dengan tegas, maka akibat buruk akan menimpa Turki!! Propaganda surat khabar sangat sengit, sampai para pemimpin Parti Demokrasi yang memerintah tidak dapat menghalangnya. Ini di samping ada sayap yang memusuhi Islam di dalam tubuh parti tersebut. Pemerintah akhirnya mengeluarkan perintah untuk membredel semua surat khabar dan majalah Islam, menangkap semua penulis dan pemikir Islam yang bekerja untuk surat khabar dan majalah tersebut. Di antara yang ditangkap adalah Sheikh Najib Fadhil dan pensiunan Jenderal Jawad Rif’at Atelkhan, Osman Yuksel dan lain-lainnya. Semua itu hanya kerana beberapa tetes darah orang Yahudi yang menyebarkan kejahatan bertahun-tahun di Turki dan telah menusuk bangsa Turki yang Muslim di punggungnya dalam banyak sikapnya. Dalam penangkapan-penangkapan ini turut ditangkap direktur penanggung jawab surat khabar “Buyuk Cihad” dan salah seorang murid an-Nur, yaitu Mustafa Songghor, yang juga termasuk penanggung jawab yang giat dalam surat khabar tersebut. Keduanya di bawa ke mahkamah kota Samsiun. Mahkamah lalu menghukum keduanya, akan tetapi mahkamah banding membatalkan hukuman tersebut dan bahkan membebaskan mereka berdua. Ada masalah lain yang timbul. Di kota Samsiun Sheikh Badiuzzaman dituduh kerana makalahnyayang disiarkan di surat khabar “Buyuk Cihad” dengan judul “Akbar Burhan” (Bukti terbesar). Beliau diharuskan menghadap ke mahkamah Samsiun. Pada waktu itu Sheikh sakit dan telah tua, umurnya telah mencapai delapan puluh tahun. Dan meskipun beliau mendapat keterangan dokter dari kota Emirdag dan juga dari kota Aski Syahar, akan tetapi mahkamah Samisun memaksa beliau untuk hadir. Kerana desakan ini, maka beliau menuju ke Istanbul untuk kemudian menuju ke Samisun. Akan tetapi penyakitnya bertambah setelah beliau sampai di Istambul sehingga beliau tidak mungkin meneruskan perjalanannya, maka beliau minta keterangan kesihatan dari departemen kesihatan dan mengirimkannya kepada mahkamah. Keterangan kesihatan ini menguatkan bahawa keadaan Sheikh Badiuzzaman tidak memungkinkannya untuk melakukan perjalanan baik melalui darat, laut maupun udara, akan tetapi meskipun ada keterangan kesihatan yang jelas ini, jaksa umum tetap menuntutnya menghadap mahkamah.

Desakan ini adalah sesuatu yang aneh dan luar biasa serta tidak berperi kemanusiaan. Tetapi akhirnya, kerana ‘inayah Allah maka mahkamah tidak mengambil pendapat jaksa umum. Mereka memutuskan – kerana bersandarkan kepada keterangan kesihatan tersebut – supaya mahkamah Istanbul mewakili mereka untuk menyidang Sheikh. Setelah selesai sidang, mahkamah memutuskan bebas terhadap Sheikh, kerana tidak ada sesuatu yang dapat dihukum dalam makalah tersebut.(57)

BADIUZZAMAN DAN BANGSAWAN ROMAWI

Sheikh tinggal di Istambul selama kurang lebih tiga bulan. Kebanyakkannya beliau tinggal di rumah salah seorang muridnya yang terdekat. Pada tahun itu (1953M), Istambul sedang bersiap sedia menyambut peringatan pembukaannya yang ke 500 tahun. Peringatan besar benar-benar diadakan. Sheikh Badiuzzaman diundang bersama para undangan resmi lainnya. Dalam peringatan tersebut beliau bertemu dengan bangsawan Romawi yang bernama Ashno Cras. Dialog antara keduanya sebagai berikut:
Said Nursi: Kalian dapat termasuk orang-orang yang selamat pada hari kiamat kelak jika kalian meyakini agama Nasrani yang benar dengan syarat mengakui kenabian Muhammad (s.a.w) dan mengakui al-Quran sebagai kitab suci dari sisi Allah.
Bangsawan: Saya mengakui itu.
Said Nursi : Bagus. Apakah engkau mau mengumumkan hal itu di depan para pemimpin rohani lainnya?
Bangsawan: Ya saya mengatakan hal itu akan tetapi mereka tidak menerimanya.(58)

KEMBALI KE KOTA KENANGAN BARLA

Setelah berada di Istambul selama hampir tiga bulan, Sheikh rindu untuk mengunjungi kota-kota yang pernah ditempatinya selama beberapa waktu yang tidak mungkin dilupakannya. Maka beliau mengunjungi Emirdag, lalu Aski Syahar, kemudian menuju ke Sparte. Di sana beliau tinggal selama delapan hari. Dari sana beliau bersama beberapa muridnya berangkat menuju ke kota kenangan Barla. Kota yang menyaksikan tumbuhnya awal pergerakan an-Nur dan risalah-risalah an-Nur. Kota tempat pengasingan beliau. Allah memberkati beliau pada hari-hari pengasingan tersebut dan menjadikannya hari yang paling berharga baginya serta menjadikan kenangan-kenangan di kota ini kenangan yang paling dicintainya.

Hari ini beliau kembali ke kota ini. Setelah dua puluh tahun yang dipenuhi dengan banyak peristiwa dan ujian. Beliau kembali ke kota ini dalam keadaan bebas dan diiringi hasil dakwahnya, yaitu murid-murid yang wajah mereka bersinar cemerlang dan hati mereka penuh dengan cinta kepada Allah dan RasulNya.

Masyarakat mendengar kedatangan Sheikh. Mereka semua keluar. Laki-laki, perempuan, anak-anak dan muda-mudi ingin melihatnya. Anak-anak melompat-lompat kegirangan sambil berteriak: “Syaikh datang...Syaikh datang...!”. Mereka belum pernah melihat Syaikh yang berwibawa ini, akan tetapi mereka mendengarnya dari orang tua mereka. Ketika Sheikh menuju ke rumah yang dahulu ditempatinya selama delapan tahun, yaitu rumah yang merupakan sekolah an-Nur, beliau melewati rumah seorang murid lamanya, Mustafa Jawish. Dia adalah tukang kayu yang membuatkan kamar tak beratap di antara dahan-dahan pohon tempat beliau beribadah dan bertafakkur. Beliau melewati rumah muridnya itu dan melihat gembok besar di depan pintu. Murid lama yang setia itu telah meninggal pada tahun 1937M ketika Sheikh hidup dalam pengasingannya di Kastsmonu. Orang itu telah meninggal sehingga beliau tidak dapat menemuinya setelah beliau keluar dari Barla. Tidak terasa air matanya keluar dari kedua matanya dan membasahi pipinya. Akhirnya Sheikh sampai di rumahnya yang dahulu. Beliau sampai di sekolahnya yang pertama, di mana pohon yang dicintainya itu masih berdiri tegak di depannya, seakan-akan ia juga menyambut kedatangannya. Perasaannya bercampur baur. Beliau meminta murid-murid dan para penduduk membiarkannya seorang diri. Pohon ini adalah sebahagian dari kehidupan dan kenangannya. Berapa malam beliau lalui di antara dahan-dahannya untuk bertahajjud dan berdzikir kepada Allah. Berapa jam beliau lalui untuk mengarang risalah-risalah an-Nur sambil mendengar bunyi dahan dan daunnya serta kicauan burung di atasnya. Berapa malam pada musim dingin yang panjang lagi gelap membuat beliau tidak dapat tidur di kamarnya itu. Beliau tidak mempunyai penghibur dalam kesunyian itu selain bunyi pohon ini yang ditiup angin atau bunyi tetesan hujan dari dedaunan. Itu semua adalah penghibur dalam kesunyiannya, selingan dalam kesendiriannya dan kawan dalam keterasingannya. Sekarang beliau kembali kepadanya untuk membelainya setelah dua puluh tahun meninggalkannya. Ingin rasanya beliau mendekapnya kedadanya. Beliau tidak kuasa untuk menahan air mata ketika menemuinya. Setelah itu beliau naik ke kamarnya dan berkhalwat di dalamnya selama lebih kurang dua jam. Beliau menangis mengenang kembali hari-hari panjang yang dilaluinya disini. Para penduduk dan murid-murid yang berada di sekeliling rumah mendengar isakan tangis Syaikh mereka sehingga merekapun turut menangis pula.(59)

MAHKAMAH AFIYUN MEMBEBASKAN RISALAH-RISALAH AN-NUR TAHUN 1956M

Pada tahun 1948M mahkamah Afiyun telah membentuk panitia yang terdiri dari para pakar untuk meneliti risalah-risalah an-Nur dan mengeluarkan pendapat mengenainya serta melihat apakah ada isinya yang melanggar undang-undang Turki atau tidak. Mahkamah ini berlangsung selama lapan tahun. Akhirnya pada tanggal 25 Mei 1956 mahkamah mengeluarkan keputusannya bersandarkan kepada laporan yang diajukan oleh panitia bahawa risalah-risalah ini bebas dari sebarang unsur yang menyalahi undang-undang. Keputusan ini berarti bahawa risalah-risalah an-Nur boleh dicetak dan disebarkan secara terang-terangan. Dan memang murid-murid an-Nur segera menyingsingkan lengan baju untuk mencetak risalah-risalah an-Nur di percetakan-percetakanIstanbul, Ankara dan Samisun. Sebelum dicetak, naskah aslinya diteliti dahulu oleh Sheikh.
Sheikh sangat gembira dengan percetakan risalah-risalah an-Nur. Kata beliau: “ini adalah hari raya risalah-risalah an-Nur. Saya menunggu-nunggu hari seperti ini. Selesai sudah tugasku dan saya akan segera pergi sebentar lagi”.(60)
Jika beliau keluar untuk suatu urusan, beliau akan segera pulang dan berkata kepada murid-muridnya: “Naskah-naskah asli pasti sudah datang. Kita tidak boleh membiarkannya menunggu. Kita harus pulang segera”.

SHEIKH PADA PILIHAN RAYA UMUM TAHUN1957M

Pada tahun 1957M berlangsunglah pemilihan umum di Turki. Ada dua parti utama yang berlomba-lomba merebutkan pemerintahan yaitu: Parti Demokrasi yang sedang memerintah dan Parti Rakyat sebagai pembangkang. Ada juga beberapa parti kecil yang tidak banyak pengaruhnya dalam pemilihan umum tersebut. Meskipun Parta Demokrasi bukan parti Islam, akan tetapi suasana kebebasan di Turki setelah mereka memegang kendali pemerintahan dan lenyapnya gelombang permusuhan yang keji terhadap Islam, semua itu memberi cukup alasan bagi pergerakan-pergerakan Islam untuk memilih Parti Demokrasi. Dan walaupun Sheikh Said Nursi tidak masuk ke kancah politik dan tidak membentuk parti politik serta tidak menyertai sebarang kegiatan politik, akan tetapi beliau memutuskan untuk memberikan suaranya untuk Parti Demokrasi pada waktu itu. Beliau pergi ke tempat pemilihan umum dan memilih Parti Demokrasi.(61)

AKHIR HAYATNYA

Sheikh Said Nursi menghabiskan tahun-tahun akhirnya bersama murid-muridnya di Sparte. Kadang-kadang beliau mengunjungi Barla dan Emirdag. Dan kerana telah lanjut usia, beliau banyak berbaring di atas kasur. Beliau tidak banyak menemui orang-orang dan beliau tidak mampu menerima kunjungan ratusan orang.
Kata beliau: “Membaca risalah-risalah an-Nur seratus kali lebih baik daripada bercakap-cakap denganku”.
Murid-muridnya memahami kondisi beliau. Mereka tidak mendatanginya kecuali jika beliau meminta. Akan tetapi meskipun demikian, beliau tidak terasing dari dunia luar sama sekali, kerana beliau masih mengikuti berita dan menunjuk salah seorang muridnya untuk membacakan berita terpenting di dalam surat khabar. Beliau senantiasa memperhatikan berita percetakan risalah-risalah an-Nur dan pengadilan yang berbagai ragam terhadap murid-muridnya. Pada tanggal 16 April 1958M, semua orang yang berhidmat untuk Sheikh dari kalangan murid-muridnya dan orang-orang yang menerbitkan risalah-risalahnya ditangkapi di Ankara, Istanbul dan Sparte. Tampil untuk membela mereka adalah seorang pembela yang bernama Bakar Baraq. Pembela ini menemui murid-murid an-Nur yang dijebloskan di penjara Ankara dan berkata kepada mereka: “Saya ingin mengambil pendapat kalian tentang masalah yang kalian hadapi. Apakah kalian suka jika saya berusaha untuk membebaskan kalian dari penjara ini secepat mungkin, ataukah kalian mau saya berusaha untuk membela dakwah kalian dan menerangkannya tanpa memperhatikan masalah pembebasan kalian?”. Murid-murid an-Nur menjawab serentak: “Kami mengharap engkau memfokuskan saja segala daya dan upayamu untuk menerangkan dakwah kami yang mulia, kerana kami tinggal di penjara bertahun-tahuan”.(62) Pembela ini paham bahawa dia bukan berada di depan orang-orang biasa, akan tetapi dia di depan orang-orang yang menadzarkan dirinya untuk dakwahnya. Pembela ini berjanji kepada dirinya sendiri untuk memikul tugas membela murid-murid an-Nur di semua mahkamah...dan itu betapa banyaknya!

PERTEMUAN TERAKHIR

Pada akhir hayatnya Sheikh Said Nursi mengadakan rentetan perjalanan. Seakan-akan beliau ingin mengucapkan selamat tinggal kepada murid-muridnya. Pada tanggal 19 Desember 1959M beliau pergi keAnkara, kemudian ke Emirdag. Dari sana beliau menuju ke Konya kemudian kembali lagi ke Ankara. Setelah itu beliau pergi ke Istanbul pada tanggal 1 Januari 1960M. Di sana beliau tinggal selama dua hari. Kemudian beliau kembali ke Ankara sekali lagi. Reporter majalah Time telah mewawancara beliau secara panjang lebar dan dimuat pada tanggal 6 Januari 1960M. Kemudian beliau pergi ke Konya, lalu pada hari yang sama ke Sparte. Kunjungan yang brturut-turut ini menimbulkan ketakutan dan kemarahan orang-orang yang memusuhi Islam, sehingga surat khabar-surat khabarnya membuat propaganda sengit terhadap Sheikh dan menimbulkan opini umum yang jelek terhadapnya dengan membuat-buat cerita dusta dan bohong. Seolah-olah akan ada fitnah berdarah di dalam negara. Oleh kerana itu, ketika Sheikh kembali ke Ankara pada tanggal 11 Januari 1960M, pemerintah memberitahu kepadanya bahawa lebih baik beliau tinggal di Emirdag. Dan memang Sheikh kembali ke Emirdag, akan tetapi beliau meminta supaya pemerintah membenarkannya tinggal sebulan di Emirdag dan sebulan di Sparte.

Pada tanggal 20 Januari 1960M Sheikh Badiuzzaman berangkat dari Emirdag ke Sparte. Setelah beberapa waktu di sana beliau pergi ke Afiyun. Di Afiyun beliau tinggal sehari, setelah itu kembali ke Emirdag.

Pada bulan Maret tahun yang sama beliau sakit kuat. Beliau sakit radang paru-paru. Dan pada tanggal 18 bulan yang sama sakitnya bertambah kuat sehingga beliau pengsan beberapa kali. Kemudian beliau tertidur, dan baru terjaga menjelang sembahyang Subuh. Beliau berwuduk dan menukar pakaiannya, seakan-akan telah sembuh dari penyakitnya. Beliau sembahyang Subuh kemudian memanggil murid-muridnya satu persatu. Beliau mengucapkan selamat tinggal dan berkata kepada mereka dengan berlinangan air mata: “Saya titipkan kamu sekalian kepada Allah... saya akan pergi”.

Dan setelah mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawannya yang lain beliau menuju ke Sparte dengan kenderaan. Beliau tinggal di sana beberapa lama. Beliau mengimami murid-muridnya waktu sembahyang Isyak. Sembahyang Tarawih – kerana waktu itu adalah awal bulan Ramadhan – diimami oleh muridnya yang bernama Tahiri Mutlu39

Kesihatan Sheikh semakin Baik sehinggalah masuk 10 Ramadhan. Setelah itu penyakitnya kambuh lagi dan panasnya bertambah naik. Pada suatu hari beliau membuka kedua matanya dan berkata kepada murid-muridnya yang bergantian merawat beliau: “Kita akan pergi!!” ketika salah seorang muridnya bertanya: “Wahai Sheikh hendak kemana kita pergi?” “Ke Urfa. Bersiap-siaplah kalian!!”

Beberapa murid yakin bahawa Sheikh berbicara dalam keadaan sadar, kerana tidak masuk akal beliau akan berpergian dalam kondisi yang demikian. Tambahan lagi kenderaan mereka sedang rusak dan perlu waktu untuk mereparasinya.

Mereka menanyakan hal itu sekali lagi kepada Sheikh dengan harapan Sheikh merubah pikirannya, akan tetapi Sheikh menjawab: “Siapkan kenderaan lain. Tidak dapatkah kita membayarnya sebanyak dua lira? Saya siap menjual jubahku jika perlu”.

Kerana Sheikh sudah bertekad hati, maka murid-muridnya segera menyewa kenderaan lain. Sheikh masuk kenderaan dengan diboyong oleh murid-muridnya. Kenderaan pun berjalan menuju ke Urfa membawa Sheikh dan tiga orang muridnya.

39 Biram Yuksel menyebutkan di dalam kenang-kenangannya: “Sheikh menyebut saudara Tahiri Mutlu sebagai saudar tua dan pemimpin murid-murid an-Nur. Dan memang beliau mempunyai sifat-sufat yang jarang ada pada orang lain seperti; beliau berpuasa tiga bulan yang penuh sepanjang tiga puluh tahun, dan tidak pernah terlihat beliau solat witir setelah Isyak, kerana beliau bangun malam, bertahajjud lalu baru berwitir. Beliau adalah perbendaharaan berharga bagi dakwah menurut murid-murid an-Nur. Beliau sangat patuh terhadap perintah Sheikh. Oleh kerana itu, saya belum pernah mendengar Sheikh mengatakan sesuatu seperti yang dikatakannya kepada saudara Tahiri Mutlu. Sheikh berkata mengenainya: “Saudara Tahiri Mutlu adalah salah seorang wali Allah yang saleh. Ia tidak menganggap dirinya berada di dunia”. Dia pulang ke rahmatullah pada tahun 1977M dalam usia tujuh puluh tahun yang penuh dengan ketakwaan”. (Dari Son Sahitler Jilid 1 hal. 439)

PEMBURUAN SAMPAI MATI

Ketika polis yang ditugasi mengawasi Sheikh menyaksikan keberangkatannya, dia segera memberitahu balai polis pusat. Para petugas keamanan sangat geram dengan hal itu. Mereka memanggil salah seorang murid Sheikh dan menghujaninya dengan pertanyaan yang bertubi-tubi: “Kenapa Sheikh kalian pergi? Dan hendak kemana? Kenapa kalian tidak memberitahu kami?”

Murid tersebut mengaku tidak tahu arah tujuan Sheikh. Katanya mungkin beliau menuju ke Igridir.
Telegram, telefon dan sistem perhubungan lain di antara pelbagai pusat keamanan di kota-kota Turki mulai digunakan untuk saling mengontak. Seakan-akan seseorang yang membahayakan telah lolos dari penjara. Ciri-ciri kenderaan dan nomernya diberikan kepada seluruh pos-pos polis dan tempat-tempat pemeriksaan. Cuaca waktu itu hujan. Murid-murid Sheikh sengaja menutupi nomer kenderaan dengan tanah liat supaya tidak ketahuan. Kenderaan meluncur cepat menuju ke Urfa. Dan setelah perjalanan jauh yang meletihkan di dalam cuaca ribut, akhirnya mereka sampai di Urfa pada tanggal 21 Maret. Mereka tinggal di hotel Apac Palace. Setelah ketahuan, polis segera mengepung hotel dan salah seorang daripada mereka masuk dan memberitahu Sheikh – yang sedang sakit di atas kasur – bahawa beliau harus segera meninggalkan kota ini dan kembali ke Sparte. Perintah tersebut datang dari menteri dalam negeri sendiri. Dialog berlangsung seperti berikut:

Polis: ini ada perintah dari menteri dalam negeri yang mewajibkan kamu pergi ke Sparte.
Badiuzzaman: Kamu aneh. Saya datang ke sini bukan untuk meninggalkannya lagi. Barangkali saya nanti mati. Tidakkah kamu melihat kondisiku? Beliau menoleh kepada murid-muridnya dan berkata: Terangkan kondisiku.
Ketiga-tiga murid tersebut lalu digiring ke pos polis dan mereka disiasat:
-Mengapa kalian datang ke sini? Siapa yang memberi kalian izin?
-Kami adalah pengikut Sheikh. Kami melaksanakan apa yang disuruhnya tanpa bicara.
-Katakan kepada Sheikh kalian bahawa di sana ada perintah ketat dari penguasa tertinggi. Kalian harus meninggalkan Urfa segera dan kembali ke Sparte. Jika kalian tidak dapat pergi dengan kenderaan kalian, kami akan menyiapkan kenderaan ambulans.
-Beliau sedang sakit tenat. Beliau tidak sanggup berpergian sejauh dua puluh empat jam lagi.
-Kalian harus tetap pulang. Kami ada perintah dari menteri dalam negeri. Kalian harus meninggalkan Urfa sekarang juga.
-Kami tidak dapat mencampuri urusan Sheikh kami. Jika kalian mau maka katakanlah kepada beliau sendiri. Jika beliau menyuruh kami pergi, maka kami akan pergi.
Ketua polis semakin berang:
-Apa maksud kalian?! Tidakkah kalian dapat menyuruhnya sedikitpun?
-Ya, kami tidak dapat.
Ketua polis berteriak:
-Jika kalian terikat dengan Sheikh kalian maka saya pun terikat dengan ketua-ketua saya.
Saya beri kalian waktu dua jam untuk meninggalkan kota ini dan kembali ke Sparte.
Berita pengusiran Sheikh Badiuzzaman dari kota Urfa tersebar di kalangan penduduk. Hal ini membuat gelojak massa di antara para penduduk. Beribu-ribu penduduk berkumpul di sekitar hotel. Berita tersebut sampai kepada ketua cabang Parti Demokrasi di Urfa. Dia segera menemui ketua polis dan berkata kepadanya:
-Jika kalian mengusir Sheikh Badiuzzaman dari sini maka kalian akan berhadapan denganku. Kalian tidak akan dapat menyentuhnya sedikitpun dan tidak dapat memindahnya selangkah pun kerana beliau tamu kami.
-Saudara, perintah ini datang langsung dari atasan... dari kementerian sendiri. Oleh kerana itu ia harus dirujukkan kembali.
-Bagaimana beliau dapat kembali? Tidakkah kalian melihat beliau dalam kondisi sakit tenat dan tidak dapat bergerak? Beliau datang ke sini sebagai tamu. Tindakan keras tidak perlu.

Ketika dialog ini berlangsung di balai polis, murid-murid an-Nur pergi ke rumah sakit dan membawa dokter kerajaan ke hotel untuk memeriksa Sheikh dan mendapatkan keterangan kesihatan darinya yang menyatakan bahawa beliau tidak mampu untuk berpergian. Dokter kerajaan datang ke hotel dan memeriksa Sheikh Badiuzzaman. Dia mendapatinya bahawa panas badannya sudah naik sampai 40 derajat. Maka beliau menulis keterangan kesihatannya yang menerangkan bahawa beliau harus beristirahat dan tidak dipindah kemana-mana. Akantetapi ketua polis berkeras dengan sikapnya. Beliau harus meninggalkan kota ini. Dia mengambil keputusan untuk menemui Sheikh sendiri. Sheikh mengizinkan ketua polis masuk. Ketua polis itu lalu menyampaikan bahawa perintah itu tegas dan bahawa beliau harus meninggalkan kota ini menuju ke Sparte. Badiuzzaman berkata: Saya sekarang pada saat-saat terakhir dari kehidupanku. Saya tidak dapat kembali. Mungkin saya akan mati di sini. Tugasmu sekarang adalah menyiapkan air untuk memandikanku setelah saya mati. Ketua polis dan anggota-anggotanya keluar dari kamar dengan menundukkan kepala. Para penduduk Urfa dan pelbagai organisasi dan perhimpunan menghujani Ankara dengan telegram yang berisi kutukan mereka terhadap sikap yang jauh dari nilai-nilai kemanusiaan tersebut. Orang-orang membanjiri hotel. Semuanya ingin melihat dan memandang Sheikh untuk kali terakhir kali. Meskipun sebelum ini Sheikh tidak menerima kunjungan seperti ini – kerana kesihatannya yang tidak memungkinkan – akan tetapi kali ini beliau tidak menolak seorang pun. Beliau bahkan menemui ratusan dan ratusan orang dan mendoakan bagi mereka satu persatu.

SAAT-SAAT TERAKHIR

Pada sore hari, panas badan beliau naik. Mulut beliau tidak dapat berkata-kata, akan tetapi bibir beliau komat-kamit mengucapkan doa. Pada jam setengah tiga pagi, salah seorang muridnya memeriksa panas badan beliau. Dia mendapati telah menurun sedikit, maka dia selimuti beliau dan menyalakan lampu kamar sambil bersyukur kepada Allah kerana kesihatan Sheikh semakin baik. Akan tetapi subuh sudah hampir tiba sedang Sheikh belum bangun juga. Salah seorang murid memandang wajah beliau dan diapun lalu tahu keadaan yang sebenarnya. Sheikh telah kembali ke rahmatullah.
Kalender di dinding menunjukkan hari Rabu tanggal 25 Ramadhan 1379M bertepatan dengan tanggal 23 Maret 1960M.
Berita ini kemudian tersebar di hotel. Direktur hotel naik bilik Sheikh. Dia bertemu dengan ketua polis yang juga hendak pergi ke kamar beliau; Ketua polis bertanya kepadanya:
-Ada berita apa?
-Beliau telah meninggal dunia
-Apakah benar-benar telah meninggal dunia?
-Ya!

Berita ini lalu tersebar di Urfa, sehingga ribuan orang berkerumun di sekitar hotel. Selanjutnya berita ini tersebar di seluruh kota Turki yang lain sehingga orang-orang membanjiri Urfa. Jenazah Sheikh dipikul oleh murid-murid dan pecinta-pecintanya. Puluhan ribu orang melawatnya. Hujan turun rintik-rintik ketika jenazah Sheikh yang mulia ini dikebumikan di kuburan Ulu Cami.(63)

REVOLUSI TAHUN 1960M DAN MASALAH JENAZAH SHEIKH

Pada tanggal 27 Maret 1960M terjadilah revolusi tentara yang menggulingkan Parti Demokrasi. Para penguasa diseret ke pengadilan yang dijuluki “Mahkamah Undang-undang”. Mahkamah akhirnya memutuskan hukuman sampai mati atas perdana menteri Adnan Mandras dan dua orang menterinya yang lain serta menghukum penjara dalam masa yang berbeda-beda atas menteri-menteri dan penguasa-penguasa lainnya dalam pemerintahan Parti Demokrasi. Pemerintah yang baru juga menunjukkan permusuhan kepada semua arus dan pergerakan-pergerakan Islam di Turki, termasuk di dalamnya pergerakan murid an-Nur. Seakan-akan kedengkian dan kemarahan musuh-musuh Islam terhadap Sheikh Said Nursi tidak berakhir dengan kematiannya. Mereka ingin membalas dendam terhadapnya sedang beliau sudah berada di dalam kuburan. Mereka membuat suatu perkara yang tidak pernah terjadi seumpama di dalam sejarah kecuali sangat jarang sekali. Mereka memindahkan jenazah Sheikh yang mulia ke suatu tempat yang tak diketahui. Perinciannya sebagai berikut:

Pada tanggal 11 Julai 1960M, datuk bandar Urfa bersama komandan tentara bagian daerah utara terbang menuju kota Konya di mana saudara kandung Sheikh Said Nursi yaitu Syaikh Abdul Majid40 tinggal. Beliau dipanggil ke istana datuk bandar dan dikatakan kepada beliau:

-Kami akan memindah jenazah saudaramu Syaikh Said Nursi dari Urfa. Pemindahan ini berdasarkan permintaanmu. Jadi tanda tangani kertas ini.

-Saya tidak memintanya.

-Jangan banyak cakap, tanda tangani saja kertas ini!

Demikianlah Syaikh yang lemah ini dipaksa dengan berbagai ancaman untuk melakukan kehendak mereka. Berikut ini kami nukilkan catatan almarhum Syaikh Abdul Majid meneganai pemindahan jenazah saudara kandungnya itu:(64)

“Pada awal bulan Julai yaitu setelah lima bulan kemeninggal duniaan saudara kandungku, seseorang mandatangiku pada suatu siang hari. Saya mengenalnya kemudian bahawa nama orang tersebut adalah Ibrahim Yuksel dan bahawa dia adalah ketua bagian keamanan. Dia berkata bahawa datuk bandar mengundangku. Maka saya pergi bersamanya ke bangunan datuk bandar. Di sana saya melihat tiga jenderal sedang bersama datuk bandar. Salah seorang di antara mereka bernama Jamal tural dan yang lain bernama Rafiq Tulka. Jamal Tural berkata kepadaku:

- Banyak orang dari daerah utara dan selatan datang menziarahi kubur saudara kandungmu. Dan sebagaimana engkau ketahui bahawa kita sekarang dalam keadaan genting. Oleh kerana itu kami ingin memindahkan jenazah saudara kandungmu itu – dengan bantuanmu juga – ke tengah-tengah Anatoli. Harap turunkan tanda tanganmu di kertas ini.

- Dia menghulurkan kertas tersebut kepadaku. Saya membacanya lalu saya berkata:

- Saya tidak meminta ini. Saya harap kalian membiarkannya beristirahat di kuburannya itu.

Akan tetapi mereka terus mendesak dan mereka mengatakan bahawa saya tidak

boleh tidak harus menandatanganinya juga.

Setelah ditanda tangani, kami pergi ke lapangan terbang. Dari sana kapal terbang tentara membawa kami ke Urfa.

Kemudian kami menuju ke bangunan tentara. Mereka memberi saya makan akan tetapi saya menolaknya kerana saya tertekan dan dalam kondisi yang sangat jelek. Pada jam tiga malam kami pergi ke kuburan.
------------------------------------
40 Beliau adalah seorang ulama yang utama. Beliau adalah guru bahasa arab, kemudian menjadi Mufti, lalu menjadi tenaga pengajar di Institut Imam dan Khatib serta Institut Islam Tinggi di Konya. Beliau menterjemahkan karangan bahasa arab saudaranya, Sheikh Said Nursi, ke dalam bahasa Turki (Yaitu buku al-Mathnawi al-Arabi an-Nuri dan Isyarat al-I’jaz). Beliau juga menterjemahkan beberapa risalah an-Nur ke dalam bahasa Arab. Meninggal dunia pada tahun 1967M dalam usia tujuh puluh tujuh tahun. Semoga Allah meliputinya dengan rahmatNya.

Di sana ada peti mati di serambi dan beberapa tentara. Seorang dokter tentara mendekatiku lali berkata: “Jangan gelisah dan jangan sedih. Kami akan memindah Sheikh ke Anatoli”.
Justeru kerana kata-kata dokter itu jiwaku bergetar dan saya menangis terisak-isak. Dokter itu memanggil para tentara dan berkata kepada mereka: “Kita pindahkan Sheikh dari peti matinya ke peti mati yang itu”. Para tentara ragu-ragu dan takut. Kata mereka: “Kami tak dapat. Kami takut Allah memurkai kami”.
Dokter berkata: “Saudara-saudara kita ini diperintah orang. Tidak boleh tidak kita harus melaksanankannya juga”.

Para tentara lalu menggali kuburan dan mengeluarkan peti mati. Mereka membuka peti mati tersebut. Dan saya berkata kepada diri sendiri: “Pasti tulang belulang saudara kandungke sudah hancur”. Akan tetapi ketika saya menyentuh kain kafannya, rasanya beliau baru saja meninggal dunia kelmarin. Kain kafan itu masih baik. Hanya ada sedikit warna kuning di bagian kepala dan ada satu lobang sekecil tetesan air. Dan ketika dokter membuka kafan tersebut untuk melihat wajahnya, saya melihat senyuman diwajahnya itu. Sheikh mulia yang dizalimi itu kami angkat dan kami letakkan di peti mati lain yang lebih besar yang telah disiapkan oleh para tentara. Lalu bekas kuburan tersebut kain tutup semula dengan rerumputan.
Setelah beres semuanya, kami pergi kelapangan terbang. Jalan raya sunyi dari penduduk dan dipenuhi oleh para tentara yang bersenjata lengkap. Waktu itu memang ada larangan keluar rumah.

Kapal terbang tidak cukup untuk memuat peti mati tersebut. Maka kapal terbang lain disiapkan. Peti mati diletakkan di dalamnya dan saya pun duduk di sebelahnya. Hati saya sedih bukan main. Mata saya berlinangan air mata. Kapal terbang itu menuju ke Afiyun. Dari sana peti mati dibawa ke kota Sparte dengan kenderaan ambulan. Dan di sana jenazah Sheikh Said Nursi dikebumikan semula, di suatu tempat yang sampai sekarang tidak diketahui umum”.41

PENUTUP

Inilah sejarah seorang yang hidup berjihad di jalan Allah dn menghabiskan umurnya selama dua puluh delapan tahun dalam pengasingan, penjara dan tekanan yang tiada habis-habisnya. Akan tetapi beliau dapat – dengan kurnia Allah – menggoncangkan Turki dari ujungnya dan menimbulkan ketakutan di hati musuh-musuh Islam. Ketakutan itu tidak habis dengan kemeninggal duniaannya, bahkan tetap menghantui mereka padahal beliau telah berada di pembaringannya yang terakhir!
Mereka memindahkan jenazah ke tempat yang tak diketahui. Apakah dengan demikian ketakutan dan kekhawatiran mereka turut hilang?

Sama sekali tidak!
Kerana orang-orang yang berguru kepada beliau, dan orang-orang yang membawa cahaya Islam di tangannya akan senantiasa menjadi sumber ketakutan dan kekhawatiran mereka.

Maha Benar Allah Yang Berfirman:
“Allah telah menetapkan: Aku dan RasulKu pasti menang” (Surat al-Mujadilah)
---------------------------------
41 Barangkali ini adalah sebagai pengkabulan takdir terhadap keinginan beliau di dalam wasiatnya kepada murid-muridnya supaya kuburannya tidak diketahui kecuali oleh beberapa orang muridnya saja.(Mulhaq Emir Dag jilid 2 hal. 173). 

Bab 3: Syaitan dan Politik (bah.4)

AKU BERLINDUNG KEPADA ALLAH DARI SYAITAN DAN POLITIK


Sheikh Said Nursi memberi alasan mengapa beliau mengundurkan diri dari medan politik pada waktu itu dan berpindah kepada fasa “Said Baru” sebagai berikut:

“Said lama telah memasuki kancah politik selama hampir sepuluh tahun dengan harapan dia dapat berkhidmat untuk agama dan ilmu dengan jalan tersebut. Akan tetapi usaha-usahanya hilang dibawa angin ketika dia melihat bahawa jalan itu banyak problemanya dan diragukan, dan bahawa ikut campur di dalamnya adalah sesuatu yang melampaui batas – bagi diriku, kereaa ia menghalangiku melakukan kewajiban yang lebih penting. Ia ada bahayanya, dan kebanyakkannya adalah penipuan dan pembohongan. Dan di sana ada kemungkinan bahawa seseorang itu menjadi alat bagi orang asing tanpa disedarinya. Demikian pula, orang yang masuk ke kancah politik ada dua kemungkinan, menyetujui politik negara atau menentangnya. Maka jika saya menyetujuinya, maka ikut masuk campur di dalamnya – bagi diriku – adalah sesuatu yang melampaui batas dan tidak berguna bagiku, kerana saya bukan pegawai negara dan juga bukan wakil di dalam parleminnya. Maka tidak ada ertinya – ketika itu – aku melakukan hal-hal yang berkenaan dengan politik. Dan jika saya masuk ke dalam pihak penentang atau politik yang berbeza dengan negara, maka saya harus masuk – ketika itu – dengan jalan pemikiran atau dengan jalan kekuatan. Jika masuknya dengan jalan pemikiran maka saya tidak ada hajat juga, kerana masalah-masalahnya telah jelas sekali. Semua orang mengetahui masalah-masalah tersebut seperti saya, maka tidak ada gunanya banyak bicara. Dan jika masuknya dengan kekuatan yakni dengan jalan menampakkan penentangan untuk mencapai tujuan yang diragukan dengan menimbulkan masalah-masalah, maka di sana banyak kemungkinan saya masuk ke dalam ribuan dosa dan kesalahan, kerana banyak orang akan menderita kerana kejahatan seorang manusia saja. Perasaanku tidak rela untuk masuk ke dalam dosa dan membiarkan orang-orang yang tidak bersalah di dalamnya hanya kerana satu kemungkinan atau dua kemungkinan daripada sepuluh kemungkinan. Oleh kerana semua itu, maka Said Lama meninggalkan politik dan majlis-majlis keduniaannya sebagaimana dia meninggalkan rokok dan membaca surat khabar”.(53)

FASA KETIGA: SAID KETIGA

Peringkat ini, yang Said Nursi menamakan dirinya sendiri dengan nama: “Said Ketiga” dimulai sejak keluarnya beliau dari penjara kota Afiyun sampai kewafatannya pada tahun 1960M. Keadaan di Turki pada peringkat ini berbeza dengan kembalinya kegiatan parti-parti politik setelah di sana hanya ada pemerintahan satu parti. Peringkat ini semakin jelas mulai dari tahun 1950M, iaitu tahun kemenangan parti penentang, Parti Demokrasi, dalam pemilihan umum dengan kemenangan besar. Dengan demikian Parti Rakyat Republik disingkirkan dari kerusi pemerintahan yang memerangi Islam selama seperempat abad. Di sini kita melihat “Said Ketiga” menambah kegiatan “Said Baru” dengan kegiatan lain, iaitu mengajarkan risalah-risalah an-Nur secara klasikal, di samping mengajak dan menasihati para politikus dan orang-orang yang berada di dalam pemerintahan untuk mengikuti ajaran-ajaran Islam. Beliau juga menerangkan bahawa jalan satu-satunya yang benar adalah jalan Islam. Beliau melakukan demikian itu tanpa masuk ke dalam kancah politik bahkan beliau tetap jauh daripadanya bagi menumpukan segala usahanya untuk mendidik jiwa dan memperkuat iman serta mengingatkan manusia akan Allah dan hari akhir, serta sentiasa memperingatkan murid-muridnya agar supaya mereka menjadikan pekerjaan yang positif lagi membangun sebagai simbol mereka, tanpa masuk campur dalam membela hak-hak mereka dengan kekuatan materi, atau menoleh kepada arus-arus yang memusuhi dan sibuk dengannya.

KE EMIRDAG SEKALI LAGI

Setelah keluar dari penjara Afiyun, Badiuzzaman tinggal di salah satu rumah di kota Afiyun selama dua bulan. Di depan rumahnya selalu ada dua orang polis yang mengawasi orang-orang yang mengunjunginya dan murid-muridnya. Itu ertinya adalah penjara dalam bentuk lain. Akan tetapi kita melihat beberapa perubahan pada kehidupan Sheikh Badiuzzaman setelah keluar penjara. Dahulu Sheikh tidak pernah membenarkan seorang pun untuk menginap di dalam rumahnya, sehingga pintu rumah selalu dikunci mulai maghrib sampai fajar keesokan harinya. Akan tetapi sekarang, kerana umurnya yang telah tua dan kerana perlu rawatan, maka beberapa muridnya menginap di salah satu kamar dan mereka tidak masuk ke kamarnya kecuali permintaanya.

Pada tahun itu (1949M), risalah-risalah an-Nur tersebar luas kerana setelah keputusan bebas yang dikeluarkan oleh berbagai mahkamah beliau mengizinkan untuk dicetak dengan mesin memiograf (mesin cetak). Ribuan naskah yang dicetak tersebar di desa, daerah dan kota-kota sehingga menarik banyak pengikut dan menyalakan lampu iman di dalam ribuan hati.

Demikianlah “Pergerakan an-Nur” bergerak di dalam realiti masyarakat Turki. Tidak seorang pun dapat menafikannya. Pengadilan yang silih berganti atas Sheikh Badiuzzaman dan murid-muridnya tidak dapat menjadi penghalang di depan pergerakan ini. Bahkan hikmah Allah berkehendak sebaliknya, pengadilan-pengadilan ini menjadi alat yang efektif untuk menyebarkan risalah-risalah an-Nur. Yang demikian itu kerana pembelaan mengagumkan yang disampaikan oleh Sheikh Badiuzzaman di alam mahkamah-mahkamah tersebut – yang diadakan secara terbuka – merupakan sebaik-baik alat untuk menerangkan tujuan risalah-risalah an-Nur dan membongkar tujuan orang-orang yang menentangnya. Pembelaan tersebut ditulis oleh murid-murid an-Nur dan disebarkan secara rahasia kepada orang banyak. Begitu pula pengadilan-pengadilan tersebut – dan kejadian sebelumnya, yaitu penangkapan murid-murid an-Nur dan penahanan mereka – adalah sebaik-baik alat untuk berkenalan dikalangan murid-murid an-Nur yang datang dari berbagai desa, daerah dan kota, sehingga penjara menjadi tempat berkenalan, bersatu, bersahabat dan mengajarkan huruf Arab serta memperbaharui janji menadzarkan diri mereka untuk berkhidmat demi Islam. Benar-benar ia adalah “Sekolah Yusuf”.

Mahkamah Afiyun telah memutuskan untuk merampas risalah-risalah an-Nur, akan tetapi mahkamah bandingan membatalkan keputusan ini kerana bersandar kepada mahkamah tinggi di Denizli yang telah memutuskan keputusan pembebasan risalah-risalah an-Nur dan membenarkannya diedarkan. Kerana kejadian tersebut, maka mahkamah lain diadakan untuk meneliti kembali perkara ini. Ketika mahkamah sedang melaksanakan sidang-sidangnya, pemerintah di Ankara telah ditukar, kerana Parti Demokrasi memegang kendali pemerintahan pada tahun 1950M setelah menang dalam pemilihan umum bebas yang pertama kali di Turki dengan mengalahkan Parti Rakyat Republik yang telah memerintah negara selama seperempat abad dan yang menonjol dengan permusuhannya yang sengit terhadap Islam pada masa pemerintahannya.

Ketika Parti Demokrasi memegang pemerintahan, mereka mengeluarkan ampunan umum di dalam negara. Demikianlah perkara ini ditutup. Setelah tinggal selama dua bulan di kota Afiyun, Sheikh Badiuzzaman bersama murid-muridnya menuju Emirdag. Beliau tinggal di sana selama dua tahun. Setelah itu beliau mengunjungi kota Aski Syahar pada tahun 1951M. Ini adalah kunjungan bebas pertama yang dilakukannya, kerana sebelumnya beliau tidak bisa melakukannya sebelum tahun 1950M. Di sana beliau bertemu dengan murid-muridnya yang lama dan baru. Sheikh Badiuzzaman tinggal selama satu setengah bulan di kota ini, di hotel Yeldez. Beliau bertemu dengan semua peringkat rakyat yang terus-menerus mengunjunginya.

Bab 3: Penjara Dan Kurungan Fikiran (bah.3)

PENJARA DENIZLI (SEKOLAH YUSUF KEDUA)


Dari Ankara, Sheikh dikirim ke Sparte, kemudian ke penjara kota Denizli. Dan ketika pemerintah membentuk panitia untuk meneliti risalah-risalah an-Nur untuk mengetahui apakah ia mengandung tajuk-tajuk politik atau salah satu tuduhan daripada tuduhan-tuduhan yang disebut di atas, Sheikh memprotes panitia ini yang terdiri dari orang-orang bodoh dan tidak layak untuk menilai risalah-risalahnya. Beliau berkata: “Para ahli tersebut – yang tidak mempunyai sebarang kepakaran pun – tidak layak untuk meneliti risalah-risalah an-Nur. Oleh karena itu, saya menuntut dibentuknya panitia tertinggi di Ankara yang terdiri dari para ilmuwan. Jika perlu, para spesialis dan ilmuwan Eropah diundang untuk meneliti risalah-risalah ini. Jika di dalamnya ada unsur yang perlu mendapat hukuman, maka saya rela untuk dihukum”.

Benar saja, pemerintah segera membentuk panitia lain yang terdiri dari para ilmuwan dan para pakar untuk meneliti dan mengkaji semua risalah-risalah an-Nur. Hasilnya, mereka tidak menemukan sesuatu yang menimbulkan tuduhan. Laporan mereka mengatakan: “Badiuzzaman tidak mempunyai aktifitas politik dan tidak ada sebarang bukti bahwa dia membentuk tarekat sufi atau membuat organisasi rahasia. Tajuk-tajuk bukunya, semuanya berkisar pada masalah-masalah ilmiah dan iman. Ia adalah tafsir al-Quran al-karim”(47)

Badiuzzaman meringkuk di penjara Denizli selama sembilan bulan di sel yang terasing. Murid-muridnya juga dimasukkan penjara yang sama. Ada dua orang murid yang paling dekat dengan beliau yang meninggal dipenjara tersebut. Di penjara tersebut Badiuzzaman menulis risalah “ath-Thamrah”. Beliau menulisnya pada dedaunan lalu diletakkannya di dalam kotak mancis dan dilemparkan secara sembunyi-sembunyi dari jendela penjara. Murid-muridnya di luar mengambilnya lalu mereka menyalinnya.33
---------------------------------------
33 Biografi kehidupan hal.348, dan mukadimah risalah ath-Thamrah min Syajarah al-Iman.

PEMBELAAN YANG MENGAGUMKAN

Ketika dalam penahanan, mahkamah tinggi mengadakan beberapa sidang untuk mengadili Badiuzzaman. Beliau menyampaikan pembelaan yang mengagumkan di depan mahkamah ini, yang kami nukilkan sebahagiannya sebagai berikut: (48) “Ya, kami adalah sebuah organisasi, yaitu organisasi yang ada setiap masa mempunyai empat ratus juta anggota. Mereka setiap hari menyatakan hubungan mereka dengan undang-undang besar organisasi ini sebanyak lima kali. Mereka senantiasa berlomba-lomba untuk merealisasikan semboyannya yaitu “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara”. Kami adalah anggota organisasi yang suci dan agung ini. Tugas kami adalah mengenalkan saudara-saudara kami yang beriman terhadap hakekat al-Quran dengan pengenalan ilmiah yang mendalam. Itu adalah bantuan yang kami pikul di bahu kami untuk menyelamatkan dari penjara abadi yang mengancam kami.

Dengan aspek kebenaran apa kalian boleh menghentikan pergerakan risalah-risalah an-Nur? Ia adalah khidmat untuk hakekat-hakekat al-Quran, sedang al-Quran adalah hakekat yang terikat dengan a’rsy Allah Yang Maha Agung. Siapa yang sanggup dan berani menghentikan hakekat yang terikat dengan a’rsy Allah Taala?

Keterangan ini tidak saya tujukan kepada anggota mahkamah ini saja, akan tetapi juga kepada kelompok-kelompok yang membuat pakatan jahat di Sparte sana. Saya sungguh hairan bagaimana orang-orang yang saling memberi salam dengan salam al-Quran dan keterangan serta mukjizatnya dituduh mengikuti politik dan organisasi rahasia?! Pada waktu yang sama, orang fasik seperti Doktor Dozi dibenarkan membuat kedustaan terhadap al-Quran dan hakekat-hakekatnya dengan congkak dan terus-menerus, lalu hal itu dianggap sebagai hal yang suci karena ia adalah kebebasan pendapat dan pikiran. Inikah kebebasan pendapat dan pikiran? Sedang nur al-Quran yang enggan selain bersinar di dalam hati berjuta-juta muslimin yang terkait dengan undang-undangnya, maka ia adalah bahaya yang patut disebut dengan kata-kata jahat, jelek dan politik!

Kalian menuduhku memusuhi “republik”, akan tetapi saya katakan kepada kalian: sesungguhnya sejak saya menjadi pelajar, saya diberi makanan terdiri dari roti dan lauk. Saya makan sebagian daripadanya dan sebagian yang lain saya taburkan untuk semut-semut yang ada dekatku – kerana menghargai jama’ah mereka dan menghormati kedisplinan dan persaudaraan mereka -. Dari hal ini kalian dapat mengetahui sampai di mana penilaianku terhadap hakekat republik yang baik. Bukti yang paling besar atas penghargaan saya terhadap republik adalah penghormatanku terhadap para khalifah Islam. Mereka disamping menjadi khalifah adalah juga sebagai presiden sebuah republik. Kehidupan mereka adalah kehidupan republik, bukan sekadar pengakuan di mulut saja, akan tetapi sesuai dengan hakekat dan kenyataannnya.

Adapun mengenai republik sekuler, maka kami tahu bahwa ia adalah sesuatu yang tidak memberi kebaikan atau kejahatan kepada agama. Akan tetapi kalian telah membuka jalan kepada setiap kejahatan dan kerosakan akhlak dan pendustaan terhadap Allah dan alam semesta, dengan nama kebebasan perasaan dan fikiran, sehingga ketika kalian sedar akan satu ayat al-Quran yang menafsirkan dan menerangkan hakekat-hakekatnya, kalian mengangkat suara mengingkarinya dan kalian mengatakan: organisasi politik rahsia...dan membahayakan!!

Jadi masalahnya sekarang adalah sangat bahaya dan jahat. Kalian berusaha untuk menutup-nutupinya dengan pakaian sekulerisme. Jika memang demikian keadaannya, maka ketahuilah bahawa jika seandainya saya mempunyai seribu nyawa, maka saya siap untuk mengorbankan semuanya demi hakekat alam terpenting, yaitu agama Allah Ta’ala. Saya akan berlindung dari kalian dengan satu benteng saja yaitu:
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)

Kalian berbelit-belit dan mengatakan bahawa kerja-kerja keagamaanku tiada lain adalah pengeksploitasian dan alat untuk mengacaukan keamanan, akan tetapi saya katakan kepada kalian sebaliknya, bahawa tuduhan kalian ini tidak lain adalah pengekploitasian dan alat untuk membunuh agama atas nama menjaga keamanan.

Kalian mengetahui bahwa risalah an-Nur menerangi sejak dua puluh tahun, maka apakah kalian mencatat sejak hari itu sampai sekarang satu kejadian yang mengganggu keamanan? Jadi sebenarnya pokok nombor 163 tidak lain adalah bola yang kalian tendang ke mana saja yang kalian kehendaki, dan kehendak kalian tiada lain adalah memusuhi agama.

Jadi dengarkan wahai orang-orang yang menjual agamanya dengan dunia dan berbalik kepada kekafiran mutlak, saya katakan dengan sebesar kekuatan yang diberikan Allah kepadaku: Lakukan apa yang boleh kalian lakukan, kerana yang paling kami dambakan adalah mengorbankan kepala kami demi menebus hakekat terkecil daripada hakekat-hakekat Islam.

Setiap saat kami menunggu hukuman mati dari kalian. Penjara luar dalam keadaan ini adalah seratus kali lebih buruk daripada penjara dalam.

Kalian berkata: Mengapa kamu tidak memakai topi kami walau sekalipun sejak dua puluh tahun yang lalu? Dan kamu tidak pernah membuka kepalamu untuk menghormati mahkamah ini walau sekalipun, padahal tujuh belas juta orang berdisplin dengan pakaian ini?

Maka saya katakan: Mereka bukan tujuh belas juta, akan tetapi bahkan tidak ada sedikitpun dari mereka yang memakainya kerana kehendak dan pilihan mereka sendiri, kecuali orang-orang yang bodoh yang menggonggong di belakang kehinaan dan kejatuhan Eropah.

Orang seperti saya adalah termasuk di antara orang-orang yang meninggalkan kehidupan sosial sejak dua puluh lima tahun, maka tidak boleh disebut menentang atau engkar. Katakanlah itu suatu penentangan, maka selagi Mustafa Kamal sendiri tidak sanggup mematahkan penentanganku, dan dua mahkamah serta pemerintah tiga kota tidak bisa mempengaruhiku, maka apa gunanya kalian berceramah dan menyia-nyiakan waktu untuk perkara bodoh ini?”.(49)

Kata beliau lagi di bahagian lain pembelaannya: “Inilah hakekat dan kami mengatakan dengan tegas: Hai orang-orang yang menjual agamanya dengan dunia! Hai orang-orang kafir yang celaka! Belanjalah sesukamu. Dunia pasti akan berakibat buruk bagimu. Dakwah suci ini telah ditebus dengan jutaan pahlawan dan kami pun telah siap untuk menebusnya dengan nyawa kami. Kami seribu kali lebih mengutamakan tinggal di penjara daripada kami melihat perkara-perkara haram dilanggar. Di bawah kediktatoran ini tidak mungkin dikatakan bahawa di sana ada kebebasan; kebebasan ilmu atau kebebasan perasaan atau kebebasan bersuara atau kebebasan beragama. Para pencari kebebasan tinggal pilih mati atau meringkuk di dalam penjara dengan berlindung kepada Allah Ta’ala seraya berkata: (Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)

Tuduhan yang ditujukan kepada risalah-risalah an-Nur bukanlah masalah peribadi atau sesuatu yang sederhana sehingga mengurangi nilainya. Ia adalah masalah yang penting bagi umat, bangsa, negara dan seluruh umat Islam. Semua negara Islam pasti akan mengikuti masalah ini dengan penuh perhatian.

Kami mengumumkan bahwa kami menjadi anggota jama’ah Islamiah yang dianggotai oleh lebih dari tiga ratus juta muslim. Kami adalah partai Allah dan kami adalah bersaudara dan bersolidaritas, khadam al-Quran, tentara Allah dan partaiNya...hai tuan-tuan! Hai ketua mahkamah!

Ketika kalian menghukum risalah-risalah an-Nur dan murid-muridnya, dan kalian mengakui kekafiran dan kezaliman, serta berusaha menutupi hakekat-hakekat al-Quran dan keimanan dari mata manusia, dengan itu semua kalian ingin menghalang jalan yang dilalui oleh berjuta-juta bahkan beratus-ratus juta muslimin sehingga mereka sampai kepada kebahagiaan abadi yang hakiki, maka dengan melakukan semua itu kalian tidak akan memetik hasilnya selain kemarahan dan rasa jijik mereka.

Orang-orang zindiq dan munafik memperdaya kalian dan mempermainkan keadilan dan kebenaran serta menyelewengkan negara dari tugas utamanya kepada hal-hal yang tidak ada gunanya. Mereka mengatakan kediktatoran sebagai republik, kemurtadan itu disiplin, kebodohan dan ketololan sebagai peradaban, dan kezaliman itu adalah undang-undang. Dengan itu mereka telah mengkhianati negara mereka dan memukulnya dengan pukulan yang semestinya hanya dilakukan oleh orang asing”.(50)

Meskipun keputusan mahkamah yang membebaskan Sheikh Badiuzzaman dari semua tuduhan keluar pada tanggal 15 Juni 1944M, akan tetapi beliau tetap tidak dibebaskan.

Ini adalah suatu perlakuan aneh dalam sejarah keadilan. Beliau dikurung di sebuah hotel selama dua bulan meskipun surat pemerintah yang menangkapnya dari ibukota Ankara telah datang.

Tetapi ternyata surat tersebut sampai pada akhir bulan Augustus 1944M. Isinya mengatakan bahwa beliau harus diasingkan – padahal beliau adalah orang yang telah dibebaskan oleh mahkamah, demikian pula risalah-risalah beliau – ke Emirdag sebuah desa di propinsi Afiyun.

DI EMIRDAG TAHUN 1944M

Badiuzzaman diletakkan di dalam penjagaan ketat di dalam sebuah rumah. Di depan pintunya ada pengawal yang tidak pernah meninggalkan pintu tersebut untuk mengawasi gerak-geri Syaikh yang alim dan terasing itu.

Biasanya, beliau keluar berjalan di dataran dan kebun-kebun berhampiran Emirdag pada waktu musim panas. Polisi senantiasa mengekorinya kemana saja beliau pergi. Pada suatu waktu, mereka menyakiti beliau, yaitu dengan menanggalkan serbannya dari kepalanya dan menyeretnya ke pos polisi dengan alasan beliau menyalahi peraturan.

Di rumah juga, dengan pengakuan doktor rasmi pada waktu itu di Emirdag, mereka memberi racun pada makanan beliau sehingga seminggu penuh beliau terbaring di atas tempat tidurnya kerana merasakan kesakitan. Badiuzzaman merasa jijik dengan perlakuan ini dan juga beliau kecewa dengan keadaan yang tidak jauh berbeda dengan penjara terasing. Maka beliau lalu menulis surat kepada ketua keamanan daerah Afiyun. Kata beliau: “Saya tidak tahu mengapa kamu tidak memperhatikan perlakuan yang menyalahi undang-undang dan tidak adil yang saya terima dan yang tidak ada tandingannya sampai sekarang? Contohnya, saya ingin pergi berjama’ah dengan orang-orang yang sedikit – namun perintah dikeluarkan untuk melarang saya pergi ke masjid. Undang-undang apa ini yang mengharuskan perlakuan ini terhadap seorang yang terasing, sakit, tua dan tak berdaya! Apakah muslihat di dalamnya? Kemudian apa yang ditakuti dari menerima persahabatan beberapa orang yang membantuku dalam keperluan asasiku, sedangkan saya hidup seperti di dalam penjara terasing di dalam kamar dingin dan di dalam suasana terasing, sakit, miskin dan tua, undang-undang apa yang melarang saya berhubungan dengan seorang atau dua orang yang ingin berkhidmat kepadaku untuk keperluan asasi yang tidak bisa saya lakukan sendiri?”(51)

Beliau juga menulis di dalam salah satu suratnya supaya para penguasa di Ankara mendengarnya: “Jika seorang hakim dan tertuduh itu orang yang sama, maka kepada siapa kamu mengajukan perkara? Saya telah lama bingung di dalam masalah ini. Ya, keadaanku hari ini meskipun bebas akan tetapi saya diawasi dengan pengawasan yang lebih ketat daripada hari-hari ketika di penjara dahulu. Satu hari dari kehidupan ini menekan diriku lebih banyak daripada satu bulan penuh di dalam penjara terasing itu. Saya dilarang – meskipun saya lemah dan tua –pada musim dingin yang sangat dingin ini dari segala sesuatu. Karena sejak dua puluh tahun saya merasakan penderitaan penahan yang terasing, maka saya katakan : Tugas kemanusiaan bagi pemerintah adalah menjaga hak-hak saya yang tidak mungkin bisa diengkari oleh seorang pun. Yang demikian itu karena setelah pengawasan selama sembilan bulan terhadap apa yang saya tulis selama dua puluh tahun, pemerintah terpaksa mengakui bahwa ia bebas, akan tetapi di sana ada tangan-tangan tersembunyi – yang berkhidmat untuk kuasa asing – tidak peduli untuk menjadikan sesuatu yang kecil menjadi besar untuk mengatakan bahwa saya ini jahat dan untuk membungkam mulutku. Tujuan mereka satu: supaya kesabaranku hilang kemudian saya berkata: Cukuplah sampai di sini saja penderitaanku. Ya, perampasan hak-hak kemanusiaanku dari diriku – setelah semua ini – adalah suatu penghinaan, dan bahkan suatu bentuk kezaliman yang paling dahsyat. Saya mendengar bahwa penguasa pusat memerintahkan pmerintah daerah ini untuk memberiku uang pensiun. Saya berterima kasih kepada mereka, akan tetapi saya umumkan kepada mereka bahwa kebebasanku di dalam melaksanakan kewajibanku adalah lebih penting dari segala sesuatu. Ia adalah rukun pertama daripada undang-undang kehidupanku.

Perlucutan kebebasanku dari diriku dengan waham-waham bohong membuatku sangat jemu dengan kehidupanku, meskipun ia banyak diliputi dengan kesenangan. Saya tidak mengatakan ingin penahanan atau penjara, akan tetapi saya lebih mengutamakan kuburan gelap itu daripada keadaan seperti ini. Mereka yang mengatakan tidak ingin menzalimi diriku dan menghukum bebas terhadapku, mereka harus mengembalikan kepadaku kebebasanku sebelum segala sesuatunya dan tidak mendekatinya dengan jahat. Saya bisa hidup tanpa makanan, akan tetapi saya tidak bisa hidup tanpa kebebasanku.

Ya, orang yang hidup selama sembilan tahun dengan wang tidak lebih dari 200 lira Turki tanpa menghinakan dirinya dengan meminta sedekah, mengemis, meminta zakat dan hadiah, tidak syak lagi orang itu hari ini lebih membutuhkan kebebasan daripada kehidupan.

Akan tetapi saya mengatakan: Yang menghiburkan diriku ialah, meskipun sepuluh orang dihalang bertemu denganku, akan tetapi sejuta muslimin tekun mengkaji risalah-risalah an-Nur yang tersebar di kalangan mereka. Jika para penguasa dapat membuatku bungkam di depan orang-orang, akan tetapi mereka tidak akan dapat membungkam risalah-risalah an-Nur yang telah sampai ke selaput jantung. Setiap naskhah darinya mewakili diriku di dalam berbicara dan menerangkan. Ia tidak mungkin akan dapat dibungkam oleh kekuatan apapun di bumi”.(52) 

DI MAHKAMAH AFIYUN (SEKOLAH YUSUF KETIGA)

Apakah berlalunya dua puluh dua tahun atas kehidupan pengasingan, tinggal di suatu tempat secara paksa, pengawasan dan memata-matai seorang tua yang telah mencapai umur tujuh puluh lima tahun cukup bagi penguasa zalim Ankara pada waktu itu?

Tidak. Polisi rahasia tetap senantiasa mengintai gerak-gerik beliau dan pergerakan murid-muridnya, dan mereka tetap senantiasa mencari-cari bukti atau alasan apa saja untuk menangkap beliau dan murid-muridnya.

Pada tanggal 23 Januari 1948M, polisi menyerbu rumah Sheikh Badiuzzaman dan rumah lima belas murid-murid an-Nur. Mereka semua dibawa ke penjara kota Afiyun. Kemudian suasana dibuat kacau dan huru-hara di beberapa kota antara lain: Sparte, Denizli, Aydin dan Afiyun. Dalam kejadian itu sebanyak lima puluh empat murid an-Nur ditangkap.

Pada kali ini juga, tuduhan yang ditujukan kepada mereka sama dengan tuduhan-tuduhan sebelumnya yang Sheikh Badiuzzaman dan murid-muridnya telah dibebaskan darinya, yaitu tuduhan membentuk organisasi politik, berusaha menggulingkan pemerintah dan seterusnya.

Sidang mahkamah berlangsung lama sekali. Keputusan akhirnya dikeluarkan pada tanggal 6 Januari 1949M yang isinya menghukum penjara Sheikh Badiuzzaman selama dua puluh bulan dan menghukum murid-muridnya dalam jangka waktu yang berbeda-beda serta membebaskan sebagian yang lain.

Sheikh Badiuzzaman memprotes hukuman tersebut di dalam mahkamah banding sehingga diputuskan bahwa hukuman tersebut batal dengan bersandarkan kepada keputusan mahkamah Denizli yang membebaskan Sheikh dari tuduhan yang sama.

Mahkamah bersidang sekali lagi untuk melihat apakah mereka akan mengikuti keputusan banding atau tidak? Mahkamah sengaja memperpanjang masalah ini dan menangguhkan sidang bulan demi bulan, dan meskipun pada akhirnya mengakui keputusan mahkamah banding, akan tetapi ia sengaja memperpanjang proses pembebasan Sheikh Badiuzzaman supaya beliau meringkuk di dalam penjara sepanjang waktu yang dihukumkan kepadanya sehingga beliau tidak dpat memanfaatkan keputusan pembebasan tersebut.

Renungkanlah penghinaan yang dilakukan oleh mahkamah dan permainan murahan yang dipergunakannya untuk menyakiti seorang syaikh yang tidak mereka dendami selain hanya karena beliau mengatakan: “Tuhanku adalah Allah”.

Di dalam penjara yang didiami oleh Sheikh Badiuzzaman selama dua puluh bulan ini, beliau diperlakukan dengan buruk sekali. Meskipun beliau tua dan sakit, meskipun musim waktu itu adalah musim dingin yang membeku, mereka membiarkannya seorang diri di dalam penjara besar yang cukup untuk menampung enam puluh orang. Mereka membiarkannya seorang diri tanpa pemanas padahal salju bertumpuk-tumpuk di kaca jendelanya. Mereka juga memberi racun pada makanannya, akan tetapi Allah memeliharanya. Ketika murid-muridnya berusaha menolongnya, mereka dipukuli dengan kuat sehingga kaki mereka berdarah sampai ke pergelangan.

Di dalam penjara ini juga banyak penjahat dan pembunuh yang mendapat hidayah karena bimbingan Sheikh Badiuzzaman. Beliau juga terus mengarang antara lain “ash-Shu’a’ ke lima belas yang disebut risalah “al-Hujjah az Zahra”34 yang mengandungi bukti-bukti pasti atas kewujudan Allah Ta’ala dan KeesaanNya serta kebenaran kenabian Muhammad (s.a.w).

Ketika mahkamah terpaksa membebaskannya- setelah meringkuk di dalam penjara selama dua puluh bulan secara zalim karena keputusan mahkamah telah membebaskannya – mereka tidak membebaskannya pada waktu biasa, akan tetapi mereka melepaskannya pada tanggal 20 September 1949M pada waktu fajar. Beliau keluar dengan ditemani dua orang polisi dan beberapa muridnya ke rumah yang telah disediakan baginya. 

BEBERAPA FASA KEHIDUPAN BADIUZZAMAN

Setelah keluar dari penjara Afiyun, mulailah fasa ketiga dari kehidupan Badiuzzaman Said an-Nursi.

Apakah fasa-fasa tersebut? Dan apakah maksudnya? Berikut ini penjelasannya secara ringkas:
FASA PERTAMA : SAID LAMA
Ia adalah peringkat yang disebut oleh Said an-Nursi sendiri dengan nama: “Said Lama”. Ia berlangsung sampai beliau tinggal di Barla secara paksa tahun 1926M.
Di dalam fasa ini kita melihat Said Nursi berusaha untuk berkhidmat kepada Islam dengan memasuki kancah politik dan berusaha menghalang arus melawan Islam dengan bertarung dalam arena politik. Kita melihat beliau menemui Sultan Abdul Hamid dan menasehatinya dan kita melihatnya menulis makalah-makalah politik yang keras di dalam koran Vulcan, dan kita melihatnya berusaha mempengaruhi tokoh-tokoh organisasi Persatuan dan Kemajuan untuk mendorong mereka berada dalam barisan Islam, sebagaimana kita melihatnya pergi ke Ankara dan berusaha untuk memperkuat sayap Islam pada wakil-wakil dewan rakyat dan berusaha menghalang arus yang melawan Islam. Adapun delapan tahun terakhir daripada peringkat ini, ia merupakan peringkat transformasi kepada peringkat “Said Baru”.

FASA KEDUA: SAID BARU

Ia adalah fasa yang disebutnya sendiri dengan nama: “Said Baru”. Fasa ini dimulai dari permulaan kehidupannya di pengasingan di Barla tahun 1926M, dan berlangsung sampai beliau keluar dari penjara Afiyun tahun 1949M.

Di peringkat kedua ini kita melihat “Said Baru” meninggalkan kehidupan politik dengan slogannnya yang terkenal: “Aku berlindung kepada Allah dari setan dan politik”. Kemudian beliau memikul di bahunya masalah “menyelamatkan iman” di Turki. Hal itu beliau lakukan setelah yakin tidak mungkin berkhidmat untuk Islam dengan masuk ke kancah politik dan tipu daya serta pertarungannya yang mandul, khususnya setelah sekolah-sekolah agama ditutup, dan ratusan masjid diubah menjadi gudang atau kandang kuda atau pusat kegiatan remaja. Said Nursi berpindah dari bidang politik dan memfokuskan perhatiannya kepada aspek keimanan dan masalah-masalah akidah. Dengan demikian beliau melenyapkan kesempatan atau alasan dari musuh-musuh Islam untuk menghalang kegiatannya. Meskipun beliau telah diajukan ke mahkamah sebanyak enam kali, akan tetapi mahkamah-mahkamah tersebut tidak pernah mendapatkan bukti nyata yang menyatakan bahwa beliau menyalahi peraturan dan keamanan. Dan walaupun penguasa merasakan bahaya risalah-risalah an-Nur dan bahwa risalah-risalah tersebut membangun apa yang mereka usahakan untuk membangunnya, walaupun demikian, mahkamah-mahkamah tersebut tidak mendapatkan bukti undang-undang untuk melawannya. Apalagi Sheikh Said Nursi yakin melalui matanya bahwa jika beliau belum membina generasi yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya sehingga sampai ke dalam hati dan perasaannya yang paling dalam, maka segala sesuatu akan menjadi sia-sia dan tidak berguna.

Dapatkah berkhidmat untuk Islam dengan orang-orang yang tidak mempunyai apa-apa selain iman yang setengah-setengah? Dapatkah berkhidmat untuk Islam dengan jiwa yang tidak mengenal dan memahami Islam dengan baik? Bukankah itu merupakan pengaburan gambar Islam dan kekejian yang dapat dihubungkan dengannya?

Pandangan yang mendalam, berhati-hati dan jauh dari asal-asalan dan sifat tergesa-gesa ini barangkali merupakan pelajaran yang beguna bagi banyak orang, dan ia membuktikan bahwa di sana masih banyak kesempatan untuk berkhidmat demi Islam, tanpa memasuki kancah politik dan pertarungannya.  

Bab 3: Gelombang Baru Memerangi Islam (bah.2)

GELOMBANG BARU


Gelombang memerangi Islam semakin meningkat. Hampir setiap tahun ada keputusan baru atau “pencapaian baru” menurut istilah penguasa, yang sebenarnya tiada lain merupakan unsur penghancur rukun Islam.

Pada tahun 1932M keluar perintah yang melarang adzan secara syarak di Turki. Adzan yang berkumandang sejak beratus-ratus tahun di seluruh pelosok negara ini diganti dengan bahasa Turki. Ia merupakan musibah baru yang membuat hat iberdarah dan mata menangis. Di mana kedudukan adzan yang menyejukkan hati dan mengkhusyukkan jiwa itu dibanding dengan adzan yang membuat hati lari dan pendengaran menjauh?

Di dalam masjid kecil di mana Sheikh Badiuzzaman sembahyang sebagai imam bagi para penduduk, mereka bekeras untuk mengumandangkan adzan dan iqamah dengan bahasa Arab di dalam masjid. Maka ketika berita membahayakan ini sampai ke telinga pegawai, pegawai tersebut segera mengatur orang-orangnya di dalam masjid. Mereka bersembunyi di tempat sembahyang kaum wanita supaya mereka dapat menangkap “para penjahat” ketika mereka sedang melakukan “kejahatan” tersebut.

Akhirnya, para penduduk itu ditangkap dan diiring pada waktu musim dingin dengan berjalan kaki, di jalan yang dipenuhi dengan salju, menuju Igridir.

Mari kita dengarkan salah seorang di antara mereka – yaitu muadzin masjid –meriwayatkan kenangannya terhadap kejadian tersebut. Katanya: “Betapa mereka menyiksa kami dalam masalah adzan ketika mereka mewajibkan kami adzan dengan bahasa Turki. Di sana ada perintah untuk mengganti adzan secara syarak – dengan bahasa Arab – dan beberapa ulama agama berkata: “Kita harus mentaati perintahulul amri (penguasa)”. Akan tetapi bagi saya, saya hanya berkata: “Saya  tidak mengerti apa yang disebut adzan Turki yang aneh ini. Bagaimana saya tahu bahawa suatu “pesta jeritan” telah disiapkan untuk saya?” Pada suatu hari mereka menyerbu masjid Sheikh Said Nursi. Mereka menangkap Abdullah Jawish, Mustafa Jawish, Sulaiman dan Ali – aku-, dan mereka mengusir yang lainnya. Mereka membawa kami ke kota Igridir dengan berjalan kaki di atas salju. Di sana kami dimasukkan ke dalam sel dan orang lain dilarang bercakap-cakap dengan kami. Pada suatu hari kami dihadapkan kepada pendakwa utama.

Di samping pendakwa itu ada dua pegawai polisi berpangkat leftenan kolonel dan kolonel. Mereka berkata kepadaku :
- Menurut yang kami dengar, kamu telah memberi orang Kurdi ini (Sheikh Said Nursi) wang sebanyak seratus dua puluh lima lira emas. Berapa banyak peralatan perang yang kamu beli dengan wang sebanyak ini?

Saya menjawab : pemerintah Turki seperti sebuah kapal dan kalian lebih mengetahui apa yang masuk dan keluar dari kapal ini. Sheikh tidak mempunyai bom atau bedil. Beliau justeru ingin menyebarkan ketenangan dan kedamaian.

Dia bertanya : Apakah kamu mempunyai anak?
Saya jawab : Ya

Katanya : Jika kamu tidak berkata jujur dan tidak mengatakan yang sebenarnya, maka tiang gantung menantimu!

Kataku : Orang ini (Sheikh Said) bukan orang apa-apa selain khadam al-Quran. Apa yang beliau lakukan dengan bom dan alat bedil? Bom dan alat bedilnya tiada lain adalah al-Quran.

Ketika mahkamah telah diadakan, hakim bertanya kepadaku: “Siapa yang mengumandangkan adzan dengan bahasa Arab?”. Saya pura-pura tuli. Saya diam, tidak menjawab. Seolah-olah saya tidak mendengar pertanyaanya. Hakim menoleh kepadaku dan bertanya: “Apakah namamu Sulaiman?” Saya menjawab: “Pada waktu musim dingin, kamu telah datang sehari sebelumnya”. Kata hakim, “Saya bertanya kepadamu, siapa namamu?” “Kamu telah tidur di Khan hai tuan”. Hakim tersebut sangat marah. Dia menoleh lalu berkata: “Keluarkan manusia terkutuk ini”.(37) 

DARI SPARTE KE PENANGKAPAN

Setelah kejadian itu, Sheikh Said dipindahkan ke Sparte pada tahun 1934M. Beliau tinggal di sana beberapa bulan. Masa tersebut beliau gunakan untuk menulis risalah-risalah an-Nur, yait,: risalah al-Iqtisad (ekonomi), risalahal-ikhlas (ikhlas), risalah at-Tasattur (menutup aurat), al-Isyaratath-Thalaathah (tiga isyarat), al-Mardha (orang-orang yang sakit), asy-Syuyukh (orang-orang tua). Semua risalah-risalah ini adalah dari al-Lamaat (kilauan cahaya) dan pada waktu yang sama al-Kalimat (kata-kata) dan al-Maktubat (tulisan-tulisan) juga sudah beliau karang.

Pada suatu pagi di bulan April tahun 1935M, sepasukan polisi menyerang rumah Sheikh Said. Mereka lalu menangkap beliau setelah menyelidiki seluruh penjuru rumah yang sederhana itu. Dan pada hari yang sama, polisi-polisi lain menyerbu rumah seratus dua puluh murid an-Nur di berbagai daerah. Tangan mereka dan juga tangan Sheikh Said Nursi digari. Mereka digiring ke penjara kota Aski Syahar untuk menunggu pengadilan terhadap mereka dengan tuduhan membentuk organisasi rahsia yang menentang penguasa dan berusaha menggulingkannya.(38) Pemerintah telah mengambil langkah keamanan ketat di sepanjang jalan. Tentera-tentera dengan senjata lengkap mereka menguasai jalan Sparte – Afiyun. Seluruh kota Sparte di bawah penguasaan tentera.

Tuduhan terhadap mereka sangat berat, antara lain sebagai berikut:
1. Membentuk organisasi rahasia.
2. Berusaha menghancurkan pemberontakan pimpinan Kamal Ataturk.
3. Mendirikan tarekat sufi.
4. Membangkitkan semangat keagamaan dengan menyebarkan risalah “at-Tassatur lian Nisaak”

Jika tuduhan ini terbukti, maka hukumannya ialah mati. Dan mereka memang telah menyebarkan bahawa murid-murid an-Nur dan Sheikh mereka akan dihukum mati, untuk menakut-nakutkan orang dan memperingatkan mereka agar tidak bergabung bersama barisan murid-murid an-Nur. 

KILAUAN CAHAYA DARI KEGELAPAN PENJARA: SEKOLAH YUSUF PERTAMA

Sheikh Said Nursi meringkuk di penjara terasing dengan tekanan-tekanan yang hebat supaya jiwanya terpengaruh. Namun meskipun mendapat tekanan-tekanan tersebut, beliau tetap menulis risalah-risalah an-Nur. Di penjara ini beliau menulis “al-Lamaat” kedua puluh delapan, kedua puluh sembilan dan ketiga puluh serta “as-Syuaat” pertama dan kedua. Di penjara ini pula banyak penjahat yang bertaubat kepada Allah Taala dan mengikuti jalan yang lurus karena pengaruh Sheikh.

Siasatan panjang terhadap Sheikh dan murid-muridnya tidak menghasilkan suatu bukti yang dapat disandari untuk menghukum sebelas bulan penjara karena risalah beliau “at-Tasattur li an-Nisaak” yaitu “al-Lamaat” kedua puluh empat. 

PEMBELAAN YANG TERKENAL

Di depan pengadilan Sheikh membela diri. (39) Berikut ini nukilan pembelaan beliau yang terkenal itu:
“Wahai para hakim sekalian! Saya dibawa ke sini dengan tuduhan bahawa saya seorang pembangkang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mengacau-bilau keamanan umum. Maka saya katakan kepada kalian: Sesungguhnya kemungkinan mengerjakan sesuatu itu tidak mesti ia pasti terjadi dan mesti ia harus dicela. Mancis mungkin bisa membakar rumah, akan tetapi kemungkinan ini tidak berarti bahawa ia penyebab kecelakaan itu.

Sesungguhnya kesibukan saya dengan ilmu-ilmu Islam tidak ditujukan kecuali untuk mendapatkan redha Allah Ta’ala. Tidak mungkin ditujukan untuk berkhidmat selain itu.

Kalian bertanya apakah saya termasuk orang yang sibuk dengan tarekat sufi? Maka saya jawab, Sesungguhnya zaman kita ini adalah zaman memelihara iman bukan memelihara tarekat. Banyak orang masuk syurga tanpa harus masuk tarekat sufi, akan tetapi tidak seorang pun masuk syurga tanpa iman.

Kalian bertanya dari mana kamu mendapat harta untuk mengumpulkan orang-orang disekitarmu dalam suatu organisasi? Maka saya bertanya kepada mereka : Dari mana mereka (polis) memperoleh dokumen-dokumen yang membuktikan bahawa saya sibuk bekerja untuk suatu organisasi atau saya mengerjakan sebarang pergerakan yang memerlukan harta? Kalian menyanggah dengan mengatakan saya bukan ahli pada pekerjaan yang saya kerjakan. Untuk mengajar ada jabatan yang khusus dan saya harus meminta izinnya dahulu, maka saya katakan kepada kalian, jika seluruh pintu kubur ditutup dan kematian ditiadakan dari wujud maka bolehlah izin itu hanya ada pada daerahmu. Akan tetapi karena tiga puluh ribu jenazah setiap hari dijemput kematian dan setuju terhadap hukumnya, maka ini bererti bahawa di sana masih terdapat banyak tugas dan kewajipan yang lebih penting daripada yang ada di daerah dan kekuasaanmu”(40) 

SESUATU YANG ANEH DAN JARANG TERJADI

Ketika murid-murid an-Nur dan bukti-bukti yang menunjukkan kesalahan mereka sedang bukti-buktinya dicari dan diselidiki, ditemukanlah di antara risalah-risalah an-Nur sebuah buku yang kulitnya bertulis kata-kata, "Kembali ke Ramadhan” dengan tulisan tangan.

Siapa Ramadhan ini? Di mana dia bekerja? Kenapa sampai sekarang belum ditangkap? Tidak syak lagi, tentu dia orang penting, karena namanya tercatat pada salah satu buku! Semua murid an-Nur menafikan bahawa mereka mengenalinya. Hal ini menambah keyakinan bahawa dia adalah pembantu Said Nursi yang paling utama. Perintah dikeluarkan untuk menyelidiki seluruh desa dan kota yang berdekatan dan menyiasat setiap rumah untuk menemukan orang yang merbahaya ini, Ramadhan.

Akhirnya, di salah sebuah desa yang jauh ditemukan seorang desa yang sederhana, tidak boleh menulis dan membaca, namanya Ramadhan. Dia ditangkap dan digiring dengan tangan dibelenggu dan pengawasan yang ketat ke penjara Aski Syahar. Meskipun orang yang patut dikasihani ini bersumpah beberapa kali bahwa dia tidak boleh membaca dan menulis dan bahwa dia belum pernah bertemu dengan Badiuzzaman, meskipun demikian, semua sanggahan dan permohonannya lenyap diterbangkan hembusan angin. Dia meringkuk selama dua bulan penuh di penjara sampai salah seorang pegawai meneliti buku tersebut. Ternyata buku itu membahas tentang puasa dan adab serta hikmahnya pada bulan Ramadhan.(41) 

PENGASINGAN BADIUZZAMAN KE KASTAMONU

Setelah meringkuk di penjara Aski Syahar selama sebelas bulan, Badiuzzaman diasingkan ke kota Kastamonu pada musim bunga tahun 1936M. Beliau digiringi ke balai polis. Di situ beliau meringkuk selama tiga bulan, kemudian dipindah kesebuah rumah kecil yang terletak tepat di depan balai polis supaya tetap dalam pengawasan. Rumah tersebut terdiri darpada dua tingkat. Tingkat bawah adalah tempat kayu bakar, tingkat kedua tediri dari dua bilik. Badiuzzaman membayar sewa rumah ini.

Beliau tinggal di Kastamonu selama tujuh tahun. Waktu itu beliau gunakan untuk terus menulis risalah-risalah an-Nur seperti “as-Shu’a” (sinar) ke tujuh, risalah “al-Ayah al-Kubra”28 (tanda terbesar), demikian pula “ash-Shu’a ketiga iaitu risalah “al-Munajah” (munajat), “ash-Shu’a” keempat, keenam, kelapan, kesembilan dan catatan “ash-Shu’a yang kelima.

WAKIL POS AN-NUR

Pada masa itu Badiuzzaman terus mengirim surat kepada murid-muridnya dengan berbagai cara untuk mengelabui mata-mata yang sentiasa mengawasi pergerakannya. Risalah-risalahnya dibawa secara rahsia, lalu disalin dan disebarkan keseluruh desa, daerah dan kota yang berdekatan. Dengan demikian telah terbentuklah “wakil pos an-Nur yang tugasnya difokuskan kepada membawa risalah-risalah dari satu desa ke desa lain, dan dari suatu kota ke kota yang lain. Masalah penyalinan risalah-risalah juga semakin tersusun dan kuat. Di sana ada beberapa murid menyalin lebih dari seribu risalah sendirian. Dengan cara ini risalah-risalah an-Nur disalin dengan tulisan tangan sebanyak enam ratus ribu naskhah, dan tersebar di seluruh pelosok Turki secara berperingkat-peringkat, mengatasi para tentera yang zalim dan mengumumkan bahawa cahaya Islam tidak mungkin dipadamkan selama-lamanya. Risalah-risalah ini yang mengandungi beberapa aspek penting dalam bidang akidah dan jawaban atas keraguan yang menyesatkan sekitar beberapa hadis Nabi (s.a.w), dan pemahaman terhadap dakwah agama Allah- lalu dikumpulkan dalam satu judul, yaitu “Mulhaq Kastamonu” (Lampiran Kastamonu). 

TAUBAT SEORANG PEMABUK

Badiuzzaman sering keluar dari rumahnya. Beliau berjalan-jalan di tanah rata dan pergunungan yang berhampiran. Seringkali beliau juga masuk benteng peninggalan Kastamonu. Di sana beliau duduk untuk merenung dan membetulkan atau menulis risalah-risalah an-Nur. Pemerintah pun sentiasa memerhati pergerakannya itu.

Pada suatu hari, ketika beliau sedang duduk dengan bersandar pada dinding benteng, seseorang yang sedang mabuk berjalan terhuyung-hayang akan melewati beliau menuju ke tempat pelacuran yang ada secara terang-terangan. Orang yang mabuk itu sampai dekat benteng yang diduduki Badiuzzaman. Dia terhenti ditempatnya, tidak bergerak ke depan dan juga tidak mundur ke belakang. Dia menoleh ke atas, menoleh ke ulama yang berwibawa, yang berpakaian serba putih. Badiuzzaman memandangnya sebentar, lalu tersenyum dan mengucapkan salam kepadanya. Kata beliau kepada orang itu, “Kembalilah wahai saudaraku, jangan pergi ke sana! Kembalilah, mandilah. Bertaubatlah kepada Allah dan mulailah bersembahyang”.

Suara yang penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang ini menyelinap memasuki hati orang yang mabuk itu. Tanpa terasa, air mata berlinangan dari matanya. Dia menangis dengan teresak-esak. Dia segera kembali ke rumahnya. Orang yang ditugaskan untuk mengawasi pergerakan Badiuzzaman kehairanan. Dia segera mendatangi orang yang mabuk tadi dan berkata kepadanya sambil memegang bajunya, “Katakan kepadaku dengan cepat. Jawab pertanyaanku. Apa yang dikatakan orang Kurdi itu kepadamu?”.(42)

PERTEMUAN DENGAN DATUK BANDAR

Badiuzzaman diawasi oleh para penguasa Kastamonu. Oni Dughan dan Madhat Alti Ogh termasuk dua orang penguasa yang sering membuat Badiuzzaman kurang senang. Mereka berdua selalu mencari-cari sesuatu yang membuat beliau sakit hati.

Kerana Badiuzzaman masih sentiasa memakai pakaian dan serban kebiasaannya –itu bererti menyalahi peraturan pakaian. Maka datuk bandar Madhat Alti Ogh memanggilnya ke kediaman rasminya. Badiuzzaman mendatangi rumah datuk bandar itu dengan digiringi banyak polis. Beliau sangat marah. Ternyata salah seorang polis berusaha menanggalkan serbannya di jalanan. Beliau masuk ke rumah datuk bandar dan berkata sinis, “Dengar hai Madhat, di sana tidak ada apa-apa selain penghalang tipis di antara kita dan kematian yang kalian takuti. Jika kita melepasi penghalang ini, maka tidak ada lagi sesuatu yang perlu kita takuti. Oleh sebab itu, lakukan proses peraturan itu sesuka hatimu”. 

Wajah datuk bandar merah padam. Dia salah tingkah dan tidak bisa menjawab. Dengan susah payah tangannya mencapai loceng yang terletak di atas mejanya. Dia tekan loceng itu untuk memanggil para pegawainya supaya mereka membawa Badiuzzaman pulang ke rumahnya. Dia tak jadi melaksanakan niat jahatnya, padahal dia adalah datuk bandar yang terkenal dengan kebengisan dan kekerasan hatinya untuk menuntut Sheikh Badiuzzaman supaya menukar pakaiannya.(43) 

BERSAMA PARA PELAJAR SEKOLAH

Pada tahun-tahun gelap gelita itu pelajaran agama dihapuskan, sebagaimana kata-kata “Pencipta”, “Tuhan” dan “Allah Ta’ala” dihapuskan dari buku-buku sekolah dan diganti dengan kata-kata “alam”, “perkembangan”, “patriotisme”, “nasionalisme” dan seterusnya...”. Tujuannya adalah melenyapkan pengertian “Tuhan” dan menghilangkan idea “Pencipta” dari fikiran serta menyebarkan pemahaman bahawa iman kepada Allah Ta’ala adalah sama dengan kebodohan dan bahawa di antara tanda keilmuan dan pengetahuan adalah pengingkaran terhadap kewujudan Allah. Barangkali ada gunanya kami menukilkan penjelasan paragraf akhir di atas dari sub kata lafdhul jalalah “Allah” yang terdapat pada “Dairah Ma’arifal-Hayah” (Ensiklopedia kehidupan) Turki yang dicetak di Istanbul pada tahun1932M jilid pertama, agar suasana pemikiran yang dominan bagi orang-orang yang mengaku berilmu di Turki pada waktu itu jelas. Setelah kita membaca pengertian mereka tentang bagaimana tumbuhnya idea Ketuhanan pada manusia badwi, dan bagaimana perkembangan selanjutnya serta bagaimana kedatangan agama, akhirnya baris terakhirnya berbunyi sebagai berikut, “Sesungguhnya idea yang ingin disebarkan oleh agama-agama yang ada sekarang ialah bahawa Allah itu Esa dan bahawa Dialah Pencipta alam semesta, akan tetapi kemajuan sesuatu yang disebut “Allah”. Idea tidak percaya kepada Allah ini telah tersebar di kalangan orang-orang yang terpelajar”. (44)
---------------------------------------
~Peraturan pakaian: Peraturan yang dikeluarkan pada tahun 1925M. Dengan peraturan itu orang diharamkan memakai pakaian Othmaniyah dan hijab bagi kaum wanita. Peraturan itu juga mengharuskan pakaian terbuka dan pakaian ala Eropah serta topi. Demikianlah unsur-unsur perosak merosak iman kepada Allah pada diri generasi baru dan pembuat mereka bingung. Sayyid Abdullah Yakan, pengarang“al-Qamus al-Jadid”31 (Kamus Baru), menceritakan tentang kebingungannya ini ketika dia masih menjadi seorang pelajar di sekolah menengah. Dia berkata bahawa guru-gurunya sama sekali tidak pernah bercakap tentang Allah, maka dia bersama kawannya yang bernama Rif’at pergi mengunjungi Badiuzzaman. “Kami; saya dan kawan saya Rif’at, sentiasa mengunjunginya. Beliau bercakap-cakap bersama kami tentang kepentingan iman, keesaan Allah dan bahawa manusia tidak diciptakan tanpa peraturan. Pada akhir pertemuan, kami merasa seakan-akan baru dilahirkan semula. Jiwa kami menikmati kebahagiaan maknawi dan kegembiraan yang tak terhingga”.(45) 

Badiuzzaman merasa perlunya menulis risalah tentang tajuk penting ini, supaya menjadi alat untuk menyelamatkan ribuan bahkan ratusan pelajar dari generasi baru yang sedang kebingungan dan mencari-cari cahaya untuk hatinya dan hidayah untuk jiwanya. Kata Badiuzzaman dalam mukadimah risalah ini, “Kenalkan kami dengan Pencipta kami, kerana guru-guru kami tidak pernah mengingatkan Allah kepada kami!”. Maka saya katakan kepada mereka, “Setiap ilmu yang kalian baca sentiasa membahas tentang Allah dan mengenalkan Pencipta Yang Maha Mulia dengan bahasanya yang khusus. Dengarkan ilmu-ilmu tersebut dan jangan peduikan guru-gurumu itu. 

Misalkan, jika di sana ada farmasi besar. Di dalam setiap botol-botolnya ada ubat-ubat dan ramuan-ramuan mujarab. Ia dibuat dengan ukuran yang sangat teliti. Sebagaimana hal ini menunjukkan bahawa di belakangnya ada seorang ahli farmasi yang pintar dan ahli kimia yang mahir, maka demikian pula bulatan bumi yang mengandungi lebih dari empat ratus ribu macam hidupan –tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Setiap satu daripadanya, pada hakikatnya, adalah botol ramuan kimia yang teliti dan botol campuran hidupan yang mengagumkan yang jelas, bahkan kepada orang buta sekalipun – Ahli Kimianya Yang Maha Bijak lagi Mempunyai keagungan dan mengenalkan Penciptanya Yang Maha Mulia. Maha Suci Dia sebesar kesempurnaan, keteraturan dan keagungannya dan sebesar bandingannya dibanding dengan ahli kimia yang ada di pasar itu. Dan itu sesuai dengan ilmu kedoktoran yang kalian baca”.
-------------------------------
~Yeni Lugat: Yaitu kamus yang khusus mengenai risalah-risalah an-Nur. Di situ diterangkan kata-kata Arab, istilah-istilah syariat dan nama orang-orang di dalamnya.

~Sheikh menulis dialog dengan para pelajar ini di dalam masalah keenam risalah ath-Thamrah yang ditulisnya di dalam penjara Denizli.

TUDUHAN BARU DAN PENGADILAN LAIN

Pergerakan an-Nur senantiasa berkembang luas dan aktif kerana didorong oleh rasa rindu dan iman yang menyala-nyala di dalam hati. Maka pemerintah untuk menghalang pergerakan ini atau menghentikan kemajuan dan perkembangannya tidak berguna sama sekali. Maka menghadapi masalah ini, mereka menggunakan cara pengadilan dan penjara sekali lagi.

Pada tanggal 31 Ogos 1943M, ketika Sheikh Badiuzzaman sedang menderita demam yang hebat – kemungkinan besar kerana diracuni oleh polis rahsia –polis-polis menyerbu rumahnya dan memporak-porandakan seluruh isinya. Mereka tidak menemui apa-apa selain risalah-risalah yang membahas tentang iman, akhirat, akhlak dan lain sebagainya. Dan pada tanggal 18 September tahun yang sama, polis-polis sekali lagi menyerbu rumahnya dengan harapan dapat menemui sebarang bukti untuk menyeret Badiuzzaman ke mahkamah. Dan meskipun mereka tidak menemukan apa-apa selain buku-buku dan risalah-risalah yang semacam dengan yang dahulu, meskipun demikian, mereka menahan Sheikh Badiuzzaman pada tanggal 20 September. Dengan digiring oleh polis, beliau dibawa ke Ankara bersama seratus dua puluh enam murid an-Nur yang ditahan dari pelbagai kota.

Tuduhan yang ditujukan kepada Badiuzzaman dan murid-muridnya ialah seperti sebelumnya, Membentuk organisasi rahsia, menggerakkan rakyat untuk menentang pemerintah yang sekuler, berusaha unuk menggulingkan sistem pemerintahan dan menjuluki Mustafa Kamal dengan julukan “Dajjal” dan “Penghancur agama”. 

TABLIGH ITU WAJIB

Badiuzzaman dibawa ke Ankara dengan sebuah bas umum pada akhir Ramadhan yang siangnya amat panas. Panasnya siang yang sangat terik itu tidak dirasakan oleh ulama yang sedang berpuasa dan kini berusia tujuh puluh tahun itu. Di perjalanan beliau tidak melupakan kewajibannya bertabligh dan memberi petunjuk. Beliau menoleh kepada pengiringnya dan berkata kepadanya, “Bolehkah kita menyuruh pemandu untuk berhenti sejenak? Tidak ada paksaan dalam agama, akan tetapi saya ada beberapa nasihat yang ingin kuberikan kepada para penumpang”. Pemandu itu lalu memberhentikan bas. Badiuzzaman memandang para penumpang dan berpidato, “Malam ini, kemungkinan besar, adalah malam lailtul qadar. Pahala membaca al-Quran al-Karim pada hari biasa adalah sepuluh hasanah bagi setiap huruf al-Quran, dan pada bulan Ramadhan adalah seribu hasanah. Sedang pada malam lailatul qadar, pahalanya adalah sebanyak tiga puluh ribu hasanah. Jika salah seorang di antara kalian diberi lima lira emas sebagai upah suatu pekerjaan, mahukah kalian mendapatkannya? Para penumpang menjawab, “Ya, kami mahu itu”. Kata Badiuzzaman kepada mereka, “Jadi kalau begitu, setiap muslim daripada kalian hendaklah membaca surat al-Fatihah tiga kali, surat al-Ikhlas sekali dan ayat Kursi sekali. Ia pasti menjadi perbendaharaan kalian di dalam kehidupan kalian yang kekal kelak”.(46)

Di tengah perjalanan, ketika masuk buka puasa, bas berhenti. Sheikh Badiuzzaman berbuka puasa bersama para penumpang dan sembahyang maghrib bersama mereka.

DATUK BANDAR ANKARA BUNUH DIRI

Di Ankara, Sheikh Badiuzzaman dipanggil walikota, Nozad Tan Doghan. Mereka berdua bercakap tentang pakaian Sheikh. Nampaknya datuk bandar berusaha menukar pakaiannya secara paksa. Maka Sheikh menjawabnya bahawa beliau adalah orang yang terpendam dan bahawa peraturan pakaian tidak mengenainya. Ada pun mengenai serban ini, ia tidak akan dicabut kecuali dengan kepala ini! Kata beliau sambil menunjuk ke lehernya. 

Dan di antara takdir yang perlu kita renungkan ialah, bahawa datuk bandar bengis yang mengucapkan kata-kata keji dan menyakitkan Sheikh Badiuzzaman ini telah membunuh dirinya pada 9 Juli 1964M dengan menembak sendiri kepalanya.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...