"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Monday, January 21, 2013

MEREKA YANG TIDAK REDHA DENGAN ISLAM SIRI 1 HINGGA 4

SIRI 1


PUNCA KEROSAKAN DI MUKA BUMI

SABAN HARI kita dimomok dengan berita-berita peperangan, pembunuhan, kezaliman, kekejaman, korupsi dan penipuan yang semakin hari semakin dahsyat dan tidak berperi kemanusiaan.

Dalam sejarah manusia, peristiwa-peristiwa kejam ini bukanlah sesuatu yang baru malah ianya seusia dengan umur kewujudan manusia di muka bumi ini.

Sesuailah dengan Firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata), "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman, "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman, "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar". Malaikat itu menjawab, "Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (Al Baqarah: 30-32)

Pada dasarnya, terdapat dua golongan besar yang wujud di kalangan manusia iaitu manusia yang membuat kebaikan dan manusia yang melakukan kerosakan di muka bumi. Manusia yang melakukan kerosakan ini terdiri dari golongan bukan Islam mahupun orang Islam sendiri (Munafiq). Di sini ingin dibicarakan hal golongan manusia yang jahat ini serta peristiwa-peristiwa yang menjadi punca kepada kerosakan dunia.

Oleh sebab Islam telah disempurnakan dan diangkat sebagai agama rasmi umat manusia akhir zaman, maka timbullah rasa benci sebahagian manusia kepada agama Allah ini.

Mereka sangat marah kepada Allah kerana telah menurunkan satu cara hidup yang menepati fitrah asal kejadian manusia yang berlawanan sekali dengan tuntutan hawa nafsu mereka yang sentiasa inginkan kebebasan dan kerosakan.

Orang yang benci kepada Allah ini telah melancarkan perang habis-habisan kepada Islam dan umatnya dengan pelbagai cara termasuk menyerang gaya hidup, cara fikir, idealogi, ekonomi, pembangunan dan kerohanian.

Manusia-manusia ini telah mengajak orang ramai untuk tidak kenal kepada Allah, tidak takut kepada Allah, tidak malu kepada Allah dan membenci Allah secara terang-terangan. Mereka inilah manusia yang dikategorikan sebagai golongan yang membuat kerosakan di muka bumi Allah sehingga Hari Kiamat.

APA YANG MEREKA FAHAM TENTANG ISLAM?

Islam dipandang oleh orang kafir sebagai ideologi atau cara fikir, cara hidup, mentaliti dan undang-undang yang merangkumi seluruh kehidupan manusia. Bagi melancarkan perang ke atas wahyu agung ini, orang kafir telah menggerakkan seluruh kepandaian mereka untuk mencatur satu strategi dahsyat yang boleh menentang Islam dan melahirkan kekeliruan dan haru-biru dalam masyarakat.

Maka dilahirkan pada setiap zaman, ideologi atau fahaman-fahaman baru yang berukun dan bertunjangkan kesesatan seperti ideologi KOMMUNISME, ZIONISME, SOSIALISME, FASCISME, HUMANISME, ATHEISME, LIBERALISME, DARWINISME dan beribu macam ‘isme’ lagi.

Fahaman ini berpunca dari salah satu idea anti tuhan yang dipanggil ‘MATERIALISME’ yang menafikan terus kewujudan, kekuasaan dan peranan Allah SWT secara universal. Di sini tidak perlulah kita memperincikan objektif dan tujuan dalam setiap fahaman di atas kerana matlamat terunggul mereka MEROSAKKAN PEMIKIRAN MANUSIA DAN MENJAHANAMKAN DUNIA.

Sebagai contoh mari kita lihat bagaimana mereka mempromosi dan mempertahankan teori Evolusi yang diketengahkan oleh Charles Darwin (1809-1882) yang secara umumnya menyatakan bahawasanya kehidupan di alam semesta ini berlaku secara tidak sengaja (accidental) dan umat manusia berasal dari keturunan monyet (homo erectus) serta seluruh kehidupan ini berasal dari laut.

Teori ini gagal dibuktikan kesahihannya sehingga hari ini kerana tiada bukti yang relevan pernah ditemui dan andaian (hipotesis) mereka tersasar satu-persatu sehingga seluruh eksperimen mereka sentiasa menemui jalan buntu. Namun amat menghairankan, komuniti saintis barat tetap berpegang dengan teori sesat ini sehinggakan mereka yang tidak menerimanya dikatakan tidak layak bergelar saintis. 

Teori ini dijadikan asas pendidikan Sains di seluruh institusi pendidikan barat dan diperkuatkan lagi dengan propaganda media massa. Begitu juga sikap mereka dalam mencampuri urusan-urusan lain di mana suntikan racun kesesatan diserapkan ke segenap bidang ilmu seperti dalam bidang agama, sastera, budaya, ekonomi dan kenegaraan.

Jadi fahamlah kita bahawasanya bagi mereka ini, soal salah atau betul tidak pernah menjadi ukuran. Yang penting, fahaman sesat ini telah menukar cara fikir manusia terhadap kehidupan secara keseluruhan. Di sini kita dapat melihat KEWUJUDAN SUATU JENIS KUASA ATAU CAMPUR TANGAN TERTENTU yang memperjuangkan fahaman-fahaman sesat ini agar ia dijadikan satu pegangan dalam kehidupan sesebuah komuniti. 

Tidak kira ideologi itu berasal dari mana atau dari siapa, asalkan asasnya itu bercorak melawan tuhan, cepat-cepat mereka perjuangkan.

Mereka juga memperkuatkan teori mereka dengan hujah palsu yang dibuat mengikut citarasa orang ramai di waktu itu. Ibarat, jika orang ramai tidak suka dengan pemerintahan raja yang zalim, dicetuskan untuk orang ramai ‘revolusi’ untuk menggulingkan raja padahal raja yang zalim itu dahulunya menekan orang ramai atas nasihat pihak yang sama. Inilah rahsia kejayaan mereka dalam mencetuskan huru-hara dalam masyarakat selama ini.

Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...