Tempat-tempat ibadah itu pada mulanya adalah tempat tinggal Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sama juga seperti Baitul Haram dan Masjidil Aqsa, akhirnya menjadi tempat kunjungan dan ziarah, akhirnya menjadi tempat munajat dan ibadah.
Begitulah orang-orang yang membawa rahmat, tempat tinggalnya menjadi pusat ibadah. Manakala orang-orang yang membawa berkat, makamnya menjadi tempat munajat dan ziarah.
Kami sebut ini semua kerana hendak hubung kaitkan antara makam wali dengan makam Nabi-Nabi. Antara rahmat dan berkat para wali, antara mukjizat para Nabi dengan keramat para wali.
Apabila kita bina semula tempat-tempat peninggalan para wali dan menghidupkan Sunnah para Nabi, maka bersambunglah berkat dengan rahmat, bersambunglah dengan keramat.
Air dari mukjizat mengalir kepada keramat, air dari rahmat mengalir kepada berkat, keagungan para Nabi turun kepada wali-wali.
Apabila semua ini mengalir teratur dari puncak menuju muara, maka lautan akan menerima semua air tanpa menolak walau sedikit pun. Maksudnya, masyarakat akan menerima dan mendapat keberuntungan dari jalur yang disediakan Allah.
Hiburan orang mu'min ialah tempat-tempat ibadah, ibadah yang paling kemuncak ialah solat dan diiringi ibadah puasa berikutnya haji di Makkah dan sunat pula ziarah makam Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
Manakala masjid-masjid dan makam-makam para wali adalah cawangan dari Masjidil Haram dan makam Nabi. Itu juga merupakan tempat-tempat 'hiburan' secara kecil-kecilan bagi penduduk tempatan.
0 comments:
Post a Comment