"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Monday, January 21, 2013

MEREKA YANG TIDAK REDHA DENGAN ISLAM SIRI 1 HINGGA 4

SIRI 4


LANGKAH PERTAMA DALAM AGAMA

Kita sebenarnya masih samar-samar dan barangkali tidak dapat menangkap intipati sebenar perjuangan golongan yang tidak redha dengan Islam. Adakah mereka ini golongan yang gila kuasa, tamak kekayaan atau puak pelampau yang menjadikan perasaan benci sebagai tunjang perjuangan mereka? Dan dari golongan manakah mereka dapat dikategorikan?

Adakah mereka ini Yahudi, Nasara, Hindu, Buddha, Atheist ataupun golongan manusia Munafiq? Harus diingat musuh terbesar umat Islam sejagat ialah Yahudi dan Munafiq. Pada saat ini mereka sedang bekerjasama memporak-perandakan Islam dari dalam.

Buktinya kebanyakan kepimpinan Islam hari ini berkiblatkan New York, mereka telah menjadi petualang besar kepada dunia Islam. Kepimpinan mereka bercorak sekular, mereka itu lahirnya di negara Islam namun sangat membenci imej Islam. Kerana takut tidak popular maka, Islam itu dipakai di beberapa sudut sekadar cukup mengambil hati segolongan manusia di negara yang majoritinya beragama Islam. 

Mereka menolak untuk memajukan umat Islam SEBALIKNYA SAUDARA-SAUDARA MEREKA DIKETENGAHKAN. HABIS SEGALA KEKAYAAN UMAT DIRATAHNYA SESAMA SENDIRI, AKHIRNYA UMAT ISLAM YANG DIPIMPINNYA JADI BODOH DAN TULI.

Islam terus terkebelakang kerana mereka tidak ada hati untuk membangunkan hal-hal fardhu kifayah bagi umat Islam. Pemikiran umat Islam disumbat dengan pelbagai budaya kuning sehingga menyebabkan rosaknya jiwa dan mundurnya cara berfikir. 

Penentangan mereka sudah jelas dan pasti sekali kerana mereka mahukan umat Islam walaupun tidak menjadi kafir tetap terpengaruh dengan falsafah-falsafah mereka supaya pemikiran umat Islam itu sentiasa bercelaru dan tidak tentu arah. Inilah cara yang paling berkesan untuk mengalahkan Islam kerana kekuatan Islam itu berpunca dari KEIMANAN KEPADA ALLAH.

Iman ialah TUNJANG (FOUNDATION) KEPADA KEBENARAN DAN PERKARA-PERKARA YANG BENAR. Oleh itu iman inilah yang sedang diserang bertubi-tubi oleh fahaman-fahaman jahat ini. Mereka tahu KEDUDUKAN IMAN itu kepada Islam yang dengan kata lain jika Iman kuat, Islam pasti kuat. 

Tetapi kalau Islam (zahirnya) yang kuat belum tentu imannya kuat. Dijelaskan di sini bahawasanaya Islam disempurnakan selepas teguhnya Iman para sahabat terhadap Allah dan Rasul SAW. Islam diangkat sebagai agama yang diRedhai Allah ketika topik keimanan telah sempurna disampaikan.

Dari Abu Ma’bad dari Ibni Abbas r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz bin Jabal ketika baginda SAW mengutusnya ke Yaman.  “Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum ahli kitab, kemudian apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah mereka supaya mereka menyakini bahawa SESUNGGUHNYA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN BAHAWA SESUNGGUHNYA NABI MUHAMMAD IALAH PESURUH ALLAH…..” (H.R Bukhari dan Muslim).

Bagi manusia yang ada hasrat menentang Hukum-Hakam Allah secara terang-atau tersembunyi, TIDAK KIRALAH mereka dilahirkan sebagai bangsa apa sekali pun, mereka inilah manusia perosak ataupun lebih jelas digelar ‘Dajjal Kecil’.

AWALUDDIN MAKRIFATULLAH

Mengenal Allah ialah langkah yang mula-mula sekali diambil oleh manusia untuk diri mereka dikatakan orang yang beragama. Inilah yang dikatakan beriman dengan Allah seperti yang diucapkan pada awal Kalimah Syahadah.

Beriman kepada Allah ialah kunci kepada segala ilmu dalam segala bidang. Kalimah Syahadah diucapkan oleh seluruh penghuni langit dan bumi sehingga jika diabaikan tidak sah iman seseorang manusia. Inilah yang dikatakan strategi atau formula Rasulullah yang diajarkan Allah agar dakwah baginda mudah diterima dan mencapai matlamat sucinya.

Oleh sebab formula Rasulullah SAW itu ternyata berjaya mengubah manusia secara keseluruhan, maka formula yang sama juga digunakan orang-orang jahat ini untuk menjahanamkan manusia. Mereka tahu perkara yang dapat masuk ke dalam hati dan pemikiran manusia ialah Iman.

Oleh itu mereka ciptakan suatu cara fikir, fahaman, ideologi, falsafah, doktrin dan ‘isme-isme’ yang beribu macam agar manusia yang hatinya lemah serta kosong tanpa Cahaya Kebesaran Allah itu dapat beriman kepada selain Allah.

Sebab itulah timbulnya falsafah-falsafah ketuhanan yang baru, falsafah anti tuhan, falsafah cinta dunia, materialistik, budaya homoseksual dan takut mati. Cita-cita mereka untuk melihat manusia membenci Allah telah berjaya dan kini mereka hanya menunggu saat kehancuran umat Islam yang redha dengan perjuangan mereka.

KEKELIRUAN YANG SUDAH SEBATI

Pemikiran manusia secara keseluruhannya sudah terkeliru dan dalam merungkai kecelaruan itu kita mengguna pakai pula kaedah-kaedah penyelesaian separa Islamik yang bercampur dengan ideologi-ideologi sesat yang lain.

Maka penyelesaian jenis apa yang kita ingin capai dengan mengambil sedikit Islam, sedikit kapitalisme, sedikit atheism atau sedikit komunisme? Kita beragama Islam tapi dalam berniaga kita bersifat kapitalis, untung RM 1000 pulang kepada masyarakat RM 10. Kita seorang pemimpin Islam tapi kita memimpin ala sosialis dan kepimpinan kita tercemar dengan korupsi dan nepotisme. 

Kita guru agama tapi diri kita materialis, hedonis dan mementingkan diri sendiri. Kita umat Islam tapi bila bermasyarakat kita menghina-hina, berburuk sangka dan mengumpat.

 Kita dikatakan pejuang Islam, namun metode yang kita gunakan tidak Islamik, tidak bijaksana, bila-bila boleh membunuh atau mengamuk. Islam melarang riba’ lalu kita praktikkan riba’, akhirnya umat Islam sendiri yang hidup merana menanggung hutang yang tidak berkesudahan.

Kalau ada kaedah Islamik pun cuma untuk sebahagian urusan sahaja padahal kalau dijalankan seluruhnya pasti mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Jadi manusia itu sebenarnya mengambil sesuatu kaedah berdasarkan apa yang dapat menguntungkan mereka walaupun pada sudut moralnya menyusahkan orang lain. 

Tidak cukupkah bukti kerosakan yang selama ini berlaku di hadapan mata kita akibat mengambil selain Islam dalam kehidupan? Inilah yang berlaku pada zaman ini, di mana KESAN KEMASUKAN ideologi salah dan songsang dalam kaedah Syara’ telah menyebabkan kebatilan mengatasi kebenaran.

Dan ia berlaku dalam dunia Islam sendiri! Masih butakah kita dalam menilai keadaan ummah kita yang ditindas kerana kebodohan kita sendiri? Kekeliruan inilah yang kita katakan KEKELIRUAN YANG SUDAH SEBATI dengan amalan harian kita secara sedar atau tidak.

Kalau beginilah keadaan kita, nampaknya tangan-tangan dajal kecil sudah berjaya merosakkan pegangan dan kepercayaan kita. Maka yang salah itu benar dan yang benar itu salah!

BUDAYA YANG SEDANG MENYERANG KITA

Perkara yang kita takutkan sudah berlaku dan ia sedang menyusup masuk ke dalam keluarga Islam dengan kadar yang cukup pantas. Budaya songsang ini telah masuk melalui rancangan-rancangan TV yang berbentuk sekular atau keagamaan, melalui elemen hiburan, program fesyen, program masak-memasak dan kebudayaan.

Seperti juga halnya ideologi anti tuhan, budaya songsang yang masuk ke dalam masyarakat bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan. Ia adalah suatu gerakan yang disokong oleh tangan-tangan jahat yang sangat suka melihat manusia menjadi rosak, suka kepada maksiat, jauh dari Tuhan dan cara fikir serta gaya hidup yang tidak diRedhai Allah. Sedar atau tidak, umat Islam kini terpaksa berdepan dengan budaya songsang Gay, Lesbianisme, Biseksual dan Transeksual yang telah subur semula sejak pertengahan kurun ke 19 yang bermula di Jerman. 

Budaya yang telah pupus ribuan tahun lalu, kini telah kembali dengan magnitud yang lebih besar dan mereka telah berjaya masuk ke dalam agama, pemikiran dan cara hidup orang Islam.

Sekali lagi kita tanyakan, berapa ramai yang mengatakan perkara ini perkara biasa (tidak salah) dan berapa ramai antara kita yang yakin perkara sumbang di atas adalah jelas salah? Inilah masalah yang berlaku kerana terdapat antara umat Islam yang menolak dan ada juga yang menerima. 

Jika dikumpulkan sesama umat Islam untuk dibincangkan hal ini, nescaya perselisihan pendapat akan berlaku. Bagi yang menyokong (ahli simpati), mereka menyatakan bahawasanya orang-orang ini juga mempunyai hak untuk menikmati kehidupan seperti orang lain.

Bagi yang menolak pula, mereka menyatakan budaya yang dibawa manusia-manusia malang ini dapat merosakkan nilai moral dan membawa manusia kepada kekeliruan yang luar biasa. Inilah yang kita katakan kekeliruan yang sudah sebati, dimana hal-hal yang batil itu BOLEH DIKOMPROMI DAN DIAMBIL RINGAN seolah-oleh ia perkara semulajadi.

 Di serata dunia sekarang mereka sudah pun mendapat hak-hak yang kononnya sepatutnya mereka peroleh sehinggakan pihak-pihak agama ada yang terpaksa bertoleransi dengan mereka. 

Sudahlah agama itu sering diperlekehkan, terpaksa pula menerima masuk budaya yang sudah terang-terang terkutuk dan di luar fitrah semulajadi manusia.

Ditekankan di sini, budaya songsang ini bukan sahaja berkaitan dengan cara perhubungan mereka namun apa yang ditakutkan ialah cara hidup yang mereka bawa termasuklah cara berpakaian, cara fikir, idea-idea dan tuntutan-tuntutan hak mereka yang mereka bawa masuk ke dalam kehidupan harian manusia.

APA CARA FIKIR TERBAIK UNTUK UMAT ISLAM

Di sini eloklah kita mengambil jalan mudah dalam memandang isu ini iaitu KITA BENCI APA YANG ALLAH BENCI DAN KITA SUKA PADA APA YANG ALLAH SUKA. Perkara jahat sebegini perlu kita bendung supaya orang-orang yang sudah terlanjur dapat kembali ke pangkal jalan. SINGKIRKAN BUDAYA dan cara hidup mereka dan gantikan dengan budaya Islam di mana YANG BENAR ITU JELAS NAMPAK BENAR DAN YANG SALAH ITU SENANG PULA NAMPAK SALAHNYA.

Jika mereka melahirkan individu songsang (tidak kiralah apa jantinanya atau cara hidupnya) sehingga ada yang menjadi ikon negara, ikon bangsa, idola masyarakat, kita juga perlu melahirkan insan muslimin dan muslimah SEJATI yang bebas dari IDENTITI, IMEJ dan CARA FIKIR mereka. 

Kemudian lahirkanlah usaha menarik mereka untuk kembali dengan cara hidup normal yang Islamik dan diRedhai Allah. Dengan kata lain, kita menerima mereka seperti manusia lain, cuma kita menentang cara hidup dan cara fikir mereka. Di sinilah terletaknya ukuran kekuatan KEPERCAYAAN DASAR kita iaitu YANG BENAR ITU TETAP BENAR DAN YANG SALAH ITU TETAP SALAH.      

BAGAIMANA HENDAK MENDAPAT KETULENAN IMAN

Di sinilah pentingnya kita kembali mengambil cara Rasulullah dalam menegakkan Islam. PULIHKANLAH IMAN KITA DAN PERIKSA KUALITINYA. Pada dasarnya inilah yang Rasulullah SAW perjuangkan selama ini iaitu KEIMANAN YANG MURNI DAN TULEN, SYARIAT YANG MENGIKUT KETETAPAN ALLAH DAN AKHLAK YANG MENJADI BUAH DARI BERPEGANG TEGUH KEPADA AKIDAH DAN SYARIAT ISLAM.

Kerap kali kita ditekankan tentang kesempurnaan cara hidup Islam, namun apa yang kita faham tentang cara hidup Islam itu kadang-kadang menjadi konflik dalam diri kita sendiri kerana sebenarnya ia telah bercampur-baur dengan ‘isme-isme’ atau cara fikir yang lain.

Iman yang tulen itu termasuklah menolak (dengan bijaksana) anasir-anasir falsafah sesat yang telah masuk ke dalam tauhid, syariat dan akhlak Islam. Syaratnya ialah menguatkan Iman dan beramal dengannya. Apabila kita sudah faham kemahuan Islam dalam tauhid, syariat dan akhlak tanpa dicemari unsur-unsur negatif yang lain maka wajiblah bagi kita menjalankan amalinya.

DASAR (FUNDAMENTAL) YANG KUKUH MENJAMIN KESELAMATAN KEPADA ISLAM kerana jika kita berpegang kepada KEBENARAN nescaya kita dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Oleh itu pastikan Iman kita bertepatan dengan KEBENARAN AJARAN RASULULLAH, FAHAM MATLAMATNYA DAN AMALKAN DALAM SELURUH KEHIDUPAN KITA.  

Dajjal-dajjal kecil akan terus-menerus mematahkan perjuangan Islam yang HAQ. Seperti para wali, mereka itu juga bersilih-ganti, tumbang yang satu, naik yang lain. Mereka tidak akan jemu mengganggu manusia dengan falsafah jahat mereka kerana mereka tahu manusia sentiasa suka mengikuti hawa nafsu dan tuntutan syaitan.

Terpulanglah kepada kita untuk membawa kepada masyarakat kebenaran yang sebenar-benar HAQ seperti yang dilakukan Rasulullah SAW. Cara pertama untuk mengatasi kejahatan mereka ialah dengan MEMULIHKAN IMAN KITA AGAR KITA FAHAM KEHENDAK ALLAH DAN MENDAPAT HIDAYAH DARINYA. 

Kedua, bangunkan HATI orang-orang Islam melalui program-program kesedaran, khidmat masyarakat serta aktiviti ekonomi yang dipergiatkan dengan usaha menyucikan Akidah umat Islam. KALAU ADA IMAN YANG TEGUH, DASAR YANG KUKUH DAN KELAKUAN YANG BETUL NESCAYA KEBENARAN DAPAT DIPERJUANGKAN. BUAH IBADAH IALAH KEMAJUAN, SEMAKIN BANYAK KITA MEMBANGUNKAN HUKUM TUHAN, SEMAKIN BANYAKLAH KEMAJUAN YANG AKAN TERCAPAI.

Firman Allah SWT, “Katakanlah! "Sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam". "Tidak ada sekutu bagi-Nya! Demikian itulah yang diperintahkan kepadaku, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang yang pertama menyerahkan diri kepada-Nya.” Surah Al An’am: 162-163

Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...