"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Monday, January 21, 2013

Membangun Fikiran

...petikan dari buku 'PANDUAN UNTUK MURABBI' oleh Ustaz Abdul Halim Abbas.

KEJAYAAN AGAMA adalah dengan sebab fikiran rakyat dipengaruhi. Kehebatan dan kekeramatan adalah bantuan untuk menguatkan agama. Asas agama ialah iman dan taqwa.

Sabda Rasulullah:

Terjemahannya: Tiada agama bagi mereka yang tiada akal.

Apabila iman kuat dan akal cerdas maka banyaklah kejayaan dapat dicapai.

Oleh sebab itu kena perlu usahakan supaya daya fikiran anak didik semakin tinggi dan dapat mengalahkan daay fikiran kaum kafir.

Kita perllu kepada ahli fikir yang berpandangan tajam dan dapt menembusi kubu-kubu fikiran kaum kapitalis dan sosialis.

Ahli fikir kita hendaklah selalu berbincang untuk memerah fikiran dan mengeluarkan pandangan. Allah SWT menjadikan setiap ahli fikir ada jalan fikirannya masing-masing.

Ia dimudahkan oleh Allah berfikir mengikut bakatnya. Misalnya ahlui ekonomi dimudahkan oleh Allah untuk berfikir mengenai ekonomi. Ahli pendidikan dimudahkan oleh Allah untuk berfikir mengenai pendidikan. Ahli pertanian dimudahkan oleh Allah untuk berfikir mengenai pertanian.

Setiap orang daripada ahli fikir ini hendaklah mencurahkan fikiran untuk ditimbang oleh masyaikh. Masyaikh akan menimbangkannya sama ada hendak dilaksanakan atau tidak.

Buah-buah fikiran hendaklah ditimbang bila waktu yang sesuai untuk dilaksanakan. Buah-buah fikiran yang tidak bernas dihormati, tidak ditolak dan tidak diterima. Boleh jadi ada gunana juga suatu hari nanti. Besi buruk berguna juga pada saat tertentu.

Pada orang awam yang lemah berfikir, pintu berfikir (mengeluarkan pendapat) ditutup. Tetapi bagi mereka yang diberi kelebihan oleh Allah untuk berfikir, pintu berfikir masih dibuka luas.

Apabila, manusia tidak berfikir dia bukan manusia lagi. Tetapi kalau dibebaskan mereka semahu-mahunya maka akan terjadilah seperti memberi kebebasan memakai senjata api.

Oleh kerana fikiran boleh maju disebabkan pengalaman dan ilmu maka kita kena usahakan supaya anak didik ada bakat berfikir, selalu manambah pengalaman dan menambah ilmu. Ilmu akan didapati dengan disiplin ilmu manakala pengalaman dengan dialami sendiri.

Lihat para wali dan Nabi, maraka alami setiap perkara sendiri sehingga mereka menjadi fatonah atau pintar. Manakala ilmu pula mereka dapat terus  daripada Allah SWT. Bagi orang awam, mereka mesti ada usaha dan ikhtiar untuk mendapat ilmu sebelum mendapat ilmu datang terus dari Allah SWT.

Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...