"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Thursday, May 22, 2014

Dua dorongan untuk menegakkan keadilan

Kesan dari lurusnya pengurusan di bidang ekonomi akan wujud kemewahan. Kesan dari lurusnya pengurusan politik, akan wujud keadilan.

Kesan dari kesederhanaan penggunaan alat-alat teknologi, akan wujud keseimbangan. Kesan dari meninggalkan maksiat dan kejahatan, akan wujud kesihatan fizikal.

Apabila wujud kemewahan, keadilan, keseimbangan dan kesihatan maka cukuplah sebagai asas membina negara 'BALDATUN THOYYIBAH'. 

Manakala untuk mendapat 'WA RABBUN GHOFUR' perlu kepada iman dan taqwa.

Ada dua dorongan untuk menegakkan keadilan, kemewahan, keseimbangan dan kesihatan fizikal iaitu dorongan fitrah semulajadi dan dorongan iman.

Kalau keadilan, kemewahan, keseimbangan dan kesihatan fizikal dicapai dengan sebab dorongan fitrah, maka hanya dapat nikmat dunia, pada sisi Allah tidak ada nilai. Mereka hanya dapat 'BALDATUN THOYYIBAH'. Manakala kalau kesemua itu dicapai kerana dorongan iman, maka itulah jalan ke arah mendapat 'ROBBUN GHOFUR'.

May 19 at 8:37pm


Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...