Sahabat-sahabatku, ketahuilah bahawasanya dunia ini adalah negara transit menuju ke Akhirat. Kita datang dari perjalanan panjang, dari alam roh yang suci murni, melalui alam rahim yang di sana dipadukan dengan roh dan jasad yang berasal dari tanah-tanih di muka bumi.
Seterusnya berangkat ke alam dunia yang berbaur antara jasmani, rohani, aqli, nafsu, Syaitan dan diawasi oleh yang Maha Suci. Yang paling suci daripada segala-galanya ialah al-Kholiq.
Kerana terlalu banyak campuran dalam batang tubuh manusia, maka manusia sendiri sering tidak dapat menentukan pengaruh siapa yang paling kuat dalam dirinya.
Apakah pengaruh al-Kholiq, iblis, tanah, akal atau roh? Keadaan yang tidak menentu ini namanya was-was.
0 comments:
Post a Comment