"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Thursday, May 22, 2014

Rasa Hati

RASA HATI YANG PERLUKAN PERTIMBANGAN AKAL

Rasa hati ini mesti dibahaskan lagi, rasa hati yang mesti difikirkan dan dinilai oleh akal. Hati ialah rebutan antara malaikat dan syaitan. Kalau ada cetusan rasa hati, terus saja dijadikan tindakan. 

Ditakuti rasa hati itu bisiskan syaitan. Oleh itu ada jenis rasa hati yang mesti difikirkan, dibahas, direnung dan dinilai DENGAN BANTUAN AKAL. 

Apabila ditimbang-timbang oleh akal, diterima oleh syariat mungkin itu titisan ilham dari malaikat, maka bolehlah dijadikan tindakan. 

Oleh itu rasa hati seumpama ini kenalah dipertimbangkan oleh akal lagi berdasarkan hukum-hakam syariat. Tidak boleh terus saja bertindak mengikut rasa, takut-takut nanti tindakan itu akan membawa akibat buruk kerana ia dibisik oleh Syaitan.

RASA HATI YANG TIDAK MEMERLUKAN BANTUAN AKAL

ADA RASA HATI YANG LAIN LAGI YANG BOLEH TERUS DIPAKAI kerana ia tidak memerlukan pertimbangan. Tetapi ini susah hendak digambarkan bagi orang yang tidak ada pengalaman. 

Kalau kita terangkan secara ilmiah, ia tidak dapat mengagak juga. Mungkin dia akan memikirkan rasa yang pertama juga. Dia tidak dapat membezakan rasa pertama dengan rasa yang kedua. Rasa hati yang kedua ini "ILHAM". 

Ilham, Syaitan tidak campur tangan. Ini benar-benar dari malaikat. Hakikatnya dari Allah. Apakah tandanya? Tandanya akal langsung tidak mahu campur tangan, bahkan dihentikan pertimbangan otak. 

Ditutup pintu pertimbangan otak. Payah hendak disebut bagi mereka yang tidak pernah sampai ke peringkat ini. Siapa yang pernah diberi Allah, dia dapat merasa sendiri. Tak payah hendak diceritakan, sesuatu yang diilhamkan ke hati. 

Memang akal tidak terbuka bukan saja tidak mahu fikirkan bahkan akal terus terhenti, ditutup terus pembantu akal. Indah sungguh sesuatu yang dijatuhkan ke dalam hati yang tidak tahu dari mana sumber datangnya. Sekiranya sesuatu ilham itu patut dijadikan tindakan. 

Kalau ia tidak mahu bertindak, dia rasa gelisah, ibarat bayi dalam kandungan yang belum muncul keluar. Bila telah muncul keluar, si ibu terasa lapang. 

Demikianlah bila telah jadi tindakan, terasa lapang. Mungkin payah nak faham teori ilmiah ini bagi orang yang tidak pernah mengalaminya, payah memahaminya. 

Orang yang pernah mengalaminya akan berkata, "Ya, benar sungguh". Demikian kata hatinya.

Kongsikan :

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...