ISNIN, 10:25 PAGI. 03-11-1997, 2 REJAB 1418.
CINANGNING, BOGOR.
BASMALAH WALHAMDALAH
MATLAMAT KITA IALAH LIE’LA I KALIMATILLAH. Kerja kita ialah mendorong menggerakkan umat Muhammad buat menegak Kalimah Allah itu dan dalam masa yang sama menyekat kaum kafir dan munafiq daripada menegak kalimahthogut.
Di berbagai belahan dunia ini, telah bermunculan usaha-usaha dari berbagai-bagaithoifah yang berusaha menegak Kalimah Allah dengan gaya yang sesuai dengan biah serta syakilah masing-masing. Ada yang sesuai dengan Jamaah Tabligh, ada yang sesuai dengan Ikhwanul Muslimin, ada yang sesuai dengan pondok pesantren, ada yang sesuai dengan Hamas, ada yang sesuai dengan Taliban, ada sesuai dengan tareqat-tareqat seperti Naqshbandi, Qadiriah, Syadziliah, Ahmadiah (bukan Qadiani) dan Khalwatiyah.
Masing-masing thoifah ini berjuang menegakkan komponen–komponen Islam yang tidak syumul. Oleh itu kita berharap akan muncul seorang tokoh ‘PEMERSATU’ atau petugas essembly yang akan merajut komponen-komponen ini. Kita akan memunculkan perajut-perajut yang berkepakaran, yang bisa merajut komponen-komponen umat Muhammad ini menjadi jamaah muslimin Ahlus Sunnah atau dalam bahasa Rasulullah s.a.w,
عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين
(HR. Imam Ahmad, Al Hakim)
Dalam bahasa yang lain ia dikenali dengan sebutan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Untuk menghasilkan perajutan itu perlu diwujudkan penyebabnya. Penyebabnya ialah jangan sampai umat Islam dirugikan oleh musuh dan mencapai keuntungan bersama. Oleh itu perlu ada 2 perkara dalam fikiran kita iaitu berusaha jangan sampai dirugikan musuh dan berusaha untuk mendapat keuntungan bersama.
Apabila musuh umat Muhammad ini bergerak dengan lebih keras memusuhi umat Muhammad, maka umat Muhammad ini tidak berlari-lari meminta pertolongan kepada kuffar tetapi akan meminta pertolongan kepada rakan-rakan sekiblat. Oleh itu dalam jamaah Ahlus Sunnah, kaum muslimin perlu digerakkan pula untuk berusaha membantu sahabat-sahabat sekiblat ketika mereka diserang musuh Islam seperti yang terjadi pada gerakan Hamas. Sudah tentu tolong-menolong, bantu-mambantu itu hanya untuk keselamatan dan keuntungan bersama. Sikap kita masih dalam tingkat mencari keuntungan bersama sepreti korporat bekerjasama antara satu sama lain. Umat Islam masih belum mencapai tingkatتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ.
0 comments:
Post a Comment