DI ZAMAN NABI MUSA A.S telah terjadi pembunuhan ke atas seorang perempuan. Setelah diusut untuk mencari pembunuhnya tidak juga ditemui pembunuhnya.
Maka masyarakat bani Israel menghadapkan perkara ini kepada Nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah untuk mendapatkan penyelesaian, maka Allah memerintahkan bani Israel menyembelih lembu, mereka balik bertanya kepada Musa a.s lembu yang bagaimana. Maka Musa a.s mendapat jawaban dari Allah, lembu tidak tua dan tidak muda. Mereka bertanya lagi apa warnanya, Musa a.s menjawab Allah berfirman, lembu yang kuning tua warnanya dan suka orang melihatnya.
Mereka minta penjelasan lagi, maka Allah jawab lembu itu belum pernah dipakai membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, lembu yang sihat tanpa belang.
Setelah itu disembelihlah seekor lembu betina yang punya syarat-syarat tersebut dan diambil lidahnya buat memukul tubuh si mati. Maka terjadi kejutan yang luar biasa si mati itu hidup semula, lalu mereka bertanya kepadanya siapa yang membunuh kamu, perempuan itu menjawab, anak saudaraku yang membunuhku kerana dia mahu lembu betina yang cantik itu.
وَإِذْ قَتَلْتُمْ نَفْسًا فَادَّارَأْتُمْ فِيهَا ۖ وَاللَّهُ مُخْرِجٌ مَّا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ
Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan. [Al Baqarah: 72]
فَقُلْنَا اضْرِبُوهُ بِبَعْضِهَا ۚ كَذَٰلِكَ يُحْيِي اللَّهُ الْمَوْتَىٰ وَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya. [Al Baqarah: 73]
Kejutan ini memberi kesan kepada sebahagian orang dari bani Israel bahawasanya Tuhan menjelma di dalam lembu dan lidah lembu boleh menghidupkan orang mati.
Ia menjadi satu doktrin bagi Musa Samiri yang mana ketika Nabi Allah Musa a.s pergi bermunajat ke Tursina, maka Samiri mencipta patung lembu daripada tembikar yang mulutnya ternganga.
Ketika mana angin bertiup kencang berbunyilah suara seperti lembu itu mengembuooooo. Maka Musa Samiri menyesatkan manusia dengan doktrin jelmaan Tuhan dalam tubuh lembu. Setelah Nabi Musa a.s turun dari Tursina, ia murka.
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُم بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوا إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Dan ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani". (Al Baqarah: 54)
Nabi Musa perintahkan mereka bertaubat. Taubat mereka hanya akan diterima Allah dengan membunuh diri mereka sendiri. Taubat bagi mereka yang syirik pada Allah dengan menyembah lembu ialah dengan membunuh diri sendiri. Lembu yang disembah, dibakar dan dibuang abunya ke laut.
قَالَ فَاذْهَبْ فَإِنَّ لَكَ فِي الْحَيَاةِ أَن تَقُولَ لَا مِسَاسَ ۖ وَإِنَّ لَكَ مَوْعِدًا لَّن تُخْلَفَهُ ۖ وَانظُرْ إِلَىٰ إِلَٰهِكَ الَّذِي ظَلْتَ عَلَيْهِ عَاكِفًا ۖ لَّنُحَرِّقَنَّهُ ثُمَّ لَنَنسِفَنَّهُ فِي الْيَمِّ نَسْفًا
Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap. (Toha: 97)
Akhirnya doktrin membakar lembu ini berubah kepada membakar mayat oleh penganut agama Hindu.
Doktrin jelmaan Tuhan dalam lembu ini menjadi ajaran sesat di kalangan bani Israel tetapi tidak mendapat tempat di sana tetapi berpindah ke India, hingga berkembang biak membesar menjadikan orang Hindu bertuhankan lembu.
Rupa-rupanya mukjizat boleh jadi untuk sebahagian orang sebagai ujian dan ada yang bertambah kafir dengan Allah seperti mukjizat lidah lembu yang digunakan untuk memukul mayat wanita sehingga ia hidup semula.
Mereka yang syirik tidak nampak kekuasaan Allah secara telus dengan mukjizat ini.
Pandangan mereka tersekat sampai kepada lidah lembu sahaja. Akhirnya mereka menganggap Tuhan menjelma dalam tubuh lembu.
Ajaran ini berkembang di India. Ajaran bertuhan kepada lembu itu adalah ajaran Musa Samiri. Oleh itu tidak hairanlah Yahudi menjadikan Mumbai sebagai markasnya seperti yang terbongkar ketika serangan mujahidin di Dekkan pada tahun 2008.