"Akal adalah makhluk Allah terbesar yang melayakkan manusia menjadi khalifah-Nya. Tunjuk peta fikiran yang benar dan mendudukkan ilmu pada martabat yang sebenar supaya terjadi seperti sebatang pokok yang bermula dari akar tunjang, perdu, batang, cabang ranting, daun, bunga dan buah." - Ustaz Abdul Halim Abas

Thursday, May 22, 2014

Siapa yang tidak pandai menipu dianggap bahlul

Dunia dihidangkan dengan hiasan yang menarik, dengan solekan yang menawan. Tetapi ia adalah wanita tua yang telah runtok yang berjaya menipu insan bodoh dan fasiq yang jumlahnya majoriti. 

Sangat sedikit yang tidak terpengaruh dengan penipuan itu.

Sekarang siapa yang tidak pandai menipu dianggap bahlul, yang pandai menipu dianggap pintar. 

Makin pandai menipu, makin tinggi nilainya dalam perhatian masyarakat. Yang mengajar manusia menipu itu ialah Yahudi dan Dajjal. 

Masa ini siapa yang tidak tunduk kepada penipu dianggap sebagai penderhaka dan boleh dianggap sebagai penjahat. Penipu memegang teraju kekuasaan, teraju ekonomi, teraju masyarakat.

Mu’min haqiqi menolak demokrasi

Mu’min haqiqi menolak Demokrasi, muslim munafiqin meyakini Demokrasi. Revolusi adalah alat yang dipakai oleh kaum Demokrasi untuk dapatkan kuasa yang dimenangi “Demokrasi Islam”. 

Tetapi yang nyatanya para mujahidin adalah kaum GHURABA’.

إن الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباَ كما بدأ، فطوبى للغرباء

(HR. Ibnu Majah) 1

Paksaan menyekutukan Allah melalui demokrasi

Maka sekarang mereka berusaha memastikan berlaku syirik jali dalam jiwa kaum muslimin iaitu dengan memaksa mereka menyekutukan Keesaan Allah melalui DEMOKRASI. 

Sesiapa yang tidak terima Demokrasi adalah musuh buyutnya mereka.

Mulhidin di Russia sudah tumpas dan mereka terpaksa beri kebebasan untuk mengimani Allah atau Trinity. Benteng syirik jali tanpa berhala ialah Demokrasi, maka Demokrasi dijadikan kayu pengukur sama ada masih utuh iman kepada Tauhid atau sudah syirik dengan sebab terima Demokrasi.

Penerimaan Demokrasi menjadikan muslim masih boleh bersatu denggan Kuffar. 

Tetapi penolakan Demokrasi dan berpegang kepada Jihad menandakan iman masih utuh di dalam dada mu’min.

Penyokong ideologi kuffar di negara majoriti muslim yang menolak Wahyu akan dilibas satu-persatu

Para penyokong ideologi kuffar di negara majoriti muslim yang menolak Wahyu akan dilibas satu-persatu dengan berbagai cara, dengan penyakit atau terbunuh atau disingkirkan oleh kuasa rakyat. 

Yang lebih parah lagi, mereka akan saling salah-menyalahkan antara satu sama lain, padahal sebelumnya mereka bersatu sesama kuffar untuk memusnahkan Islam. 

Tuding-menuding ini akan terjadi seperti Kristian Ortodoks dituding oleh Roman Katholik yang mana akhirnya Turki menelan kerajaan Salib di Constantinople.

Di negara Salib pengakuan sebagai Kristian adalah semata-mata sebagai alat politik untuk dapat pengaruh dan kekuasaan bukan lagi kerana Aqidah. 

Kalau kerana Aqidah, mereka telah terpecah kepada 72 golongan. Demikian juga pengakuan Islam di negara minoriti dan majoriti Islam, bukan kerana Aqidah tapi kerana politik. 

Kalau kerana Aqidah, umat Islam telah terpecah kepada 73 golongan. Kalau kerana politik, jelas-jelas tujuannya duniawi. 

Maka di tengah-tengah Aqidah yang berpecah ini, hanya satu yang benar iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

May 19 at 10:43am

Wajah manis pada hari ini tidak punya sinar iman

Kaum Muslimin tenggelam dalam kekelam-kabutan masalah hidup yang semeraut, yang kacau-bilau. 

Masing-masing berfikir untuk melepas diri sendiri daripada segala kesulitan. Mereka tidak nampak cahaya, tidak nampak harapan. 

Yang dihadapi hanya masalah-masalah, kesulitan dan kegelapan kerana seluruhnya telah diliputi fitnah. Masing-masing mahu lari dari fitnah tetapi tidak kepada Allah dan kepada Sunnah. 

Akhirnya terjebak dalam kebinasaan, ke dalam huru-hara, sengsara, petaka, dukacita dan lara. 

Oleh itu, wajah manis pada hari ini tidak punya sinar iman. Yang ada ialah wajah yang kusut masai, wajah yang suram, wajah yang keruh, wajah yang putus asa, yang hilang tempat perlindungan. 

Sangat sulit untuk dapat bertemu dengan wajah yang tepu dengan sinar keimanan. Mereka yang punya sinar keimanan sudah uzlah sesuai perintah Nabi s.a.w ketika berhadapan zaman fitnah.

Mempengaruhi melalui pengiklanan

Ada setengah orang menyukai sesuatu kerana dipengaruhi. Pada zaman moden ini, orang dipengaruhi iklan. 

Contohnya orang suka menonton filem kerana ia terpengaruh dengan iklan yang mempromosi filem itu. Oleh itu kita hendaklah faham bahawa terdapat dua cara sekiranya kita mahu membawa orang ramai menyayangi agama. 

Pertama, biar mereka terpengaruh secara sukarela tanpa paksa akan suasana keagamaan yang ada di sekeliling mereka. 

Kedua, kita mempengaruhi mereka dengan mengiklankan agama. Maksudnya berdakwah dan menghidupkan syiar yang bertujuan mempengaruhi masyarakat supaya mahu menyembah Allah.

Setelah itu kita programkan mereka untuk jadi mujahid, alim ulama, tajir, abid an lain-lain lagi dengan cara memberi kepada mereka maklumat dan latihan mengenai jihad, keutamaan ilmu dan kelebihan mengajar, keutamaan perniagaan dan kelebihan peniaga yang jujur, keutamaan ibadah dan kelebihan abid. 

Semua maklumat dimasukkan ke dalam fikiran mereka. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasul s.a.w terhadap sahabat-sahabat sehingga jelas kita lihat dengan mata hati, seorang bertanya sesuatu kepad Rasul berbeza jawapan Rasul dengan seorang yang lain, walaupun soalannya sama. 

Kenapa terjadi begitu? Menurut hemah saya kerana Rasul programkan dia (sahabat) untuk jadi watak-watak tertentu samada abid, mujahid atau ulama.

May 19 at 8:25pm

Tiada agama bagi mereka yang tiada akal

KEJAYAAN AGAMA adalah dengan sebab fikiran rakyat dipengaruhi. Kehebatan dan kekeramatan adalah bantuan untuk menguatkan agama. Asas agama ialah iman dan taqwa.

Sabda Rasulullah [maksud]: Tiada agama bagi mereka yang tiada akal.

Apabila iman kuat dan akal cerdas maka banyaklah kejayaan dapat dicapai. Oleh sebab itu kena perlu usahakan supaya daya fikiran umat Islam semakin tinggi dan dapat mengalahkan daya fikiran kaum kafir. 

Kita perlu kepada ahli fikir yang berpandangan tajam dan dapat menembusi kubu-kubu fikiran kaum Kapitalis dan Sosialis.

May 19 at 8:29pm

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...